Tuesday, December 31, 2013

Ujian buat Sahabat Inzar untuk diri

Kerol nanti balik rojer2 la aku eh", boleh lepak2” Akid tersenyum . Dialah teman bersendi masjid di kampung. Usai saja solat sunat, beranda masjid menjadi port kami. “InsyaAllah akid, apa2 nanti aku infom” balas aku. Itulah perbualan terakhir aku dengan Akid. Rakan sekelas sewaktu tingkatan 3 dahulu. Bermacam suka duka dalam ingatan kami. Akid sekarang sambung Ijazah di tahun 3 dlm bidang perladangan di UiTM Jengka dan aku masih menghabiskan pengajian disini.
31/12/2013. 6.30 pagi.
Kerul ko kenal x naqiudin?
Dia xciden tghari smlm, skrg tenat di hospital temerloh”

SMS dari Hanafi rakan sebilik semasa tingkatan 5. Rakan kelas Akid sewaktu diploma dulu. Tanpa banyak bicara, menghidupkan enjin motor dan terus pecut ke hospital temerloh.
Cik saya nak cari kawan saya, di masuk ICU semalam” tanya aku dalam berdebar. “ Betul ke kawan awak masuk ICU ni takda pun nama dia” balas petugas di kaunter. “ Kejap cuba cek di wad ICU 2” sambung dia lagi. Aku bergegas ke wad ICU 2 dan terpampang nama Akid. “ Tapi Encik, waktu melawat pkul 12, sekarang baru pukul 11”. Allah macamana boleh lupa. “ Tapi Cik, saya dari melaka, kejap lagi saya kena pergi ke LCCT” rayu aku. “ Itu la, memang tak boleh, boleh je akak buka pintu ni, tapi nanti akak juga kena” tegas petugas disitu.Aku berlalu, mencari surau, cas bateri telefon yang berkelip-kelip merah.
Pukul 12 aku terus ke tingkat 4 wad ICU 2. Ibu Akid menangis. Aku mula sebak. Allah!! Akid terbaring atas katil. Berselirat dengan wayar-wayar. Allah.. Allah.. “ Doktor macamana keadaan anak saya” Ibu aku teresak-esak. “ Keadaan dia kritikal itu je saya boleh bagitau, untuk selebihnya nanti kami panggil doktor pakar” balas doktor dengan nada perlahan.
Tengkorak kepala Akid retak, tulang pehanya terkeluar, leher dikuatiri patah. Allah! Menambah sebak perasaan. Tiba-tiba jururawat disitu mengeluarkan hasil imbasan Xray di paru-paru akid. Allahuakbar. Jelas gambar batang besi tercucuk di paru-paru Akid. Ibunya terus menangis. Keluarganya keluar di ruang menunggu. Tinggal aku dan Akid berdua.
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Aku memegang tangan dia dengan perlahan. Aku berbisik di telinga ” Akid, cepat-cepat la sembuh, boleh lepak2 kat masjid sama-sama. Jangan tinggal aku sorang, Sembuh la Akid” Lalu aku membaca surah al-baqarah ayat 255 di telinganya.
Allah. aku kaku. melihat sahabat aku dalam keadaan begitu. Sungguh ini peringatan buat aku. Ya Allah sembuhkan Akid. Beri kekuatan pada dia ya Allah. Aku sayang dia” Allah menitis air mata aku saat menunggang motor pulang ke bumi Melaka. Aku memecut untuk menghantar abang di LCCT, tapi malang tidak kesempatan. Singgah di Nilai berjumpa adik. Semua perancangan Allah. Beri aku kekuatan Allah.

Thursday, November 28, 2013

Perjalanan iLmu

وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ:وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.R Muslim)


Hadis yang mula² aku hafal. Mengingatkan aku jalan yang aku sedang tempuh. Nak gelak pun ada. Dulu aku ingat ambil engineering tak dapat masuk syurga. ye la. Ilmu agama sikit pun tak belajar. (takde dalam subjek)

Sebenarnya tidak. Bergantung atas individu tu sendiri. dan plan selepas ni? Semoga Allah permudahkan.

Saturday, October 19, 2013

Hati Breakdown

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar”.[Al-bayyinah 5]
Kekadang kita penat,putus asa, patah hati dalam melakukan kebaikan. Karenah manusia yang macam-macam, tak de support? kene condem? Kekadang juga iman kita tak kuat. Kerana amal yang semakin sedikit. Kerana “penyakit” yang semakin kronik.
Tapi jangan penat dalam kebaikan. Fikirkan keberkatannya!
Allah..Allah.. Allah.. Aku lemah.
Kuatkan imanku.

Tuesday, September 3, 2013

Times Flies Too Fast

Ya Allah, cepat masa berlalu. Sedar tak sedar nak habis dah belajar. Ramadhan, Syawal, then nak masuk Zulkaedah. Terlalu banyak kenangan sedang berlalu. Kawan ramai dah kawin, abang dah kawen , kawan abroad ke luar negara, dan macam² lagi.
Inilah kehidupan, it’s just pass without conscious by ourself. Then dont let the leisure time go without any memories, carve it, and paint it by your own brushes. Life too short, its expedite by our all of our kindness that had be done. So the more you rely on it, the more your get.
Since birth, we're all in crib, tapi sekarang? Lihat kat diri kita mana kita sekarang.. Dari aspek kehidupan, kerohanian, iman kita, amal kita.. kawan? Adik-beradik? Keluarga?
Bila semakin dewasa ni, pelbagai perkara main di kepala otak ni. Panjang lagi plan..
memandangkan minyak naik ni.. lagi la.. menstresskan jiwa dan raga ku..

Sunday, July 7, 2013

Sudikah menjadi imam….

Resah hati semungkin merungsing fikiran. Kata-kata sapaan itu masih terngiang-ngiang di fikiran. Ramadhan kali ini menjadi medan yang sungguh menguji!. Usai solat subuh, tiba-tiba bahu ditepuk. “Boleh tak jadi imam untuk terawih kali ni,” soal seorang pak cik. Aku memberi 1001 alasan berdolak-dalih untuk mengelak. Bukan apa, memikirkan amanah yang sangat berat risau tidak dapat memberi komitmen sebaik mungkin.
Latihan industri yang begitu memenatkan membuatkan aku risau, kekuatan bagi menjadi imam solat. Risau bacaan Quran, perlu tasmi’ terlebih dahulu. Perlu mencari ruang masa yang lebih!. Semoga ramadhan ini menjadi ramadhan terbaik buat diri ini.
Ya Allah, debaran ramadhan semakin kuat.

Friday, May 31, 2013

Deraian Air Mata Komuter

Pagi yang sungguh hening, saya memilih untuk menaiki pengangkutan awam untuk menziarah kawan di Hospital Sungai Buloh.Bayaran tiket berharga Rm 3.60 saya dapatkan di kaunter.Pada kebiasaannya perjalanan dari Stesen Setia Jaya ke Stesen Sungai Buloh mengambil masa lebih kurang sejam.

240920101573 Berjalan masuk ke dalam train yang penuh sesak dengan orang ramai yang ingin ke tempat kerja. Alhamdulillah dapat juga tempat duduk. Sedang saya menjenguk ke cermin, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama dua orang anaknya yang riang bermain duduk bersebelah saya. Saya cuma tersenyum.

Namun, lama-kelamaan semakin bising pula anak-anaknya bermain dalam train tersebut. Tapi si ayah hanya duduk termenung. Orang ramai semakin terganggu dengan kanak-kanak tersebut. Saya ambil jalan dengan bercakap kepada si ayah,
“ Bang, anak-anak abang ni sedikit menganggu penumpang lain ni, minta dorang senyap sikit” saya menyapa. Tiba-tiba lelaki tersebut menangis teresak-esak. Saya terkesima. Apakah terguran saya sangat kasar?.

Saya menyapanya lagi, “ Bang boleh saya tahu kenapa? Saya minta maaf kalau saya mengguris perasaan abang dengan teguran saya tadi” . Dia pandang muka saya, lalu memulakan cerita.

“Dulu sewaktu mula-mula perkahwinan, isteri saya (Aina) selalu sakit kepala. Sayalah yang selalu memicit kepalanya tiap malam bagi mengurangkan kesakitan Aina. Dia tidak boleh stress atau dalam keadaan tertekan. Doktor mengatakan migrain. Namun sakit kepala itu tidak menghalang kebahgiaan rumah tangga kami, hinggalah beberapa bulan yang lepas. Sakit kepala Aina semakin teruk, saya bawanya ke hospital pakar dan doktor mengesahkan Aina mengalami tumor brain. Ketumbuhan tersebut sudah di tahap merbahaya. “Kita perlu perlu berlumba dengan masa.” kata doktor.

23022011070 “Doktor, saya mohon sangat, gunakanlah segala kepakaran doktor untuk rawat isteri saya, berapa jumlah pun saya sanggup bayar”. Sepanjang isteri saya di hospital (ICU), doktor tidak membenarkan anak-anak saya berjumpa dengannya atas sebab-sebab tertentu. Anak-anak saya menjadi murung. Dari seorang yang riang bertukar kepada pendiam. Berat badan semakin susut, waktu malam di mulut mereka “ Umi.. Umi.. Umi..”. “Jangan risau abang, akak Insyaallah nanti Umi sihat”. Saya menenangkan mereka.

             Sampai satu ketika, saya melawat Aina di hospital, sewaktu ingin pulang, tiba-tiba Aina memegang erat tangan saya. “ Abang, saya merayu pada abang, tolong la, bawa anak-anak jumpa saya. saya tidak tahan lagi berasingan dengan mereka” menitis air mata Aina. “Jika perlu bayar, keluarkan semua duit kita, berikan pada doktor”. Saya menangis, saya mengucup dahi Aina dan berbisik padanya “ InsyaAllah, abang cuba”.

Saya bertemu dengan doktor. Namun masih tetap tidak membenarkan anak-anak saya untuk bertemu Umi mereka. “ Doktor tahu tak anak-anak saya macamana dirumah? Doktor tahu mereka murung? tak makan?” dengan nada tinggi saya berkata. Alhamdulillah, akhirnya doktor membenarkan anak-anak saya berjumpa.

Saya pulang ke rumah. Allahuakbar, itu lafas keluar dari mulut saya. Melihat anak-anak saya lembik, tak makan,. Saya mengangkat mereka duduk di riba saya.
“ Abang, akak esok kita pergi jumpa Umi ya” . “ Betul ke Abi!” Air muka mereka terus berubah. Abang menjerit kegembiraan. Kami makan malam bersama malam tersebut. Saya tidak pasti pukul berapa anak-anak saya tidur malam itu, mereka sibuk mencari pakaian untuk dipakai semasa melawat Umi mereka.

Awal pagi keesokkannya, anak-anak saya sudah siap dengan pakaian mereka. Begitu gembira di wajah mereka. “Kita nak bawa bekal apa untuk Umi, Abi?"” tanya abang , anak saya yang pertama berumur 11 tahun. Sewaktu keluar dari pintu pagar, anak bongsu saya, yang saya panggil akak, berumur 9 tahun menarik-narik seluar saya.
“Cepat lah Abi, Umi tunggu tu, nanti lambat”. Sungguh seronok hati saya melihat gelagat mereka.

Tiba-tiba, telefon bimbit saya berdering. “ Ya Saya suami kepada Puan Noraina bt Abdul Hashim”. Terlepas telefon digenggaman saya menerima khabar bahawa isteri saya baru saya menghembus nafas terakhir. Saya masih tidak mampu memberitahu anak-anak saya ini, Jika Encik mampu untuk beritahu mereka, silakan encik”__________________________

Saya menitiskan air mana mendengar kisah dia, tiap kali saya menceritakan kisah ini kepada orang lain, air mata saya masih menitis hingga kini.

p/s: Cerita ni dengar kat radio ikim, nama tu bukan nama sebenar dan jalan cerita sedikit tambahan. Apa pun kadang-kala kita banyak melihat orang hanya dari zahir sahaja, tanpa memikir disebaliknya.

p/s2: Hargai mereka2 yang ada. Kerna bila hilang, nescaya hanya deraian air mata bakal menghiasi!

Monday, May 27, 2013

CPU Vs Hati

CPU atau dalam bahasa omputih adalah Central Processing Unit. Tunjang utama dalam menggerakan komputer jenis destop. Rosak CPU maka tiada fungsi segala speaker, keyboard, mouse, printer, screen dan sebagainya. Walau secanggihmana mana pun mouse,keyboard , sebesar mana pun screen (monitor) jika CPU rosak. maka tiada guna ia!

DSC_0044              Sehari dua ni, Nazifah (nama komputer aku,haha) rosak, Kelam kabut hidup aku. Disitulah nota, hiburan rohani, jasmani, fizikal , mental dan segala²nya. Jadi banyak masa terluang, aku membelek² buku² tarbiyah yang ada di rak. (sebelum ni rajin la plak). Mungkin teguran Allah taala. Muhasabah aku seketika.Harini dah hantaq pi baik. Alhamdulillah dah elok. Mujur ada warannty lagi. phew..Maka berfungsilah segala komponen² yang lain.

Begitu juga hati kita, adalah pusat segala kebaikkan. Yang menggerakan segala kebaikan dan segala kejahatan melalui komponen mata, tangan, kaki,mulut maka outputnya akhlak, perbuatan dan percakapan. Jika berpenyakit (rosak) hati kita, maka tiada fungsi komponen lain dalam membuat amal kepada Allah.

1234

CPU perlu ada komponen yang menggerak, seperti RAM, Hardisk , Graphic card yang dicantum pada motherboard. Begitu jugalah hati kita perlu sentiasa dilengkapi dengan amal, solat, bacaan quran, zikir yang dicantum sepenuhnya pada IMAN.Performance computer bergantung kepada high spec komponen² yang diguna. Iman kita juga naik turun dilihat pada amal kita.

So jaga la iman elok². Itu CPU diri kita. Pastikan performance kita sentiasa high spec untuk aksi yang lebih baik. 1lagi, beberapa hari je lagi nak Ramadhan ni, boleh check mutabaah amal, start disiplinkan masa, tasmi’ quraan, tadabbur quran, qiam dan sebagainya. Jom start!

Thursday, May 23, 2013

Menjadi Diriku

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya.

188790_202756379742703_5338411_n

Jadilah diri sendiri. Walau dalam apa jua keadaan. Kita yang lebih mengenali diri sendiri. InsyaAllah orang yang menerima diri kita seadaanya.
Tapi perangai buruk tetap kena ubah.

Sunday, May 19, 2013

Pesanan Buat Sang Tarbiyah

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abid
Kepada Allah, Allahurabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang diangkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya
Wahai generasi dengarlah pesanan ini

Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah
Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian
Teruskan oh teruskan

Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu

#penuh bermakna buat diri yang ditarbiyah.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru, cikgu!

Oh lama tak update blog. Harini memaksa diri untuk update. Tanggal 16 Mei, tarikh keramat mengingati jasa dan keringat seorang insan yang bergelar guru. Tiap-tiap tahun aku akan tunggu tarikh ini untuk menghantar ucapan pada cikgu2 sekolah.

Screenshot_2013-05-16-17-24-20

Pagi² hari aku mengarang ayat untuk di hantar kepada cikgu2 sekolah dulu. sebelah ni cikgu math mode. Dialah orang pertama yang berjaya buat aku suka kepada math. Serius math selalu fail!. Tapi sejak kehadiran cikgu zalina, aku mula minat math. Bertudung labuh, berkaca mata, cantik, dan penuh sifat keibuan membuat aku begitu hormat kepada cikgu. Sekarang dah berada di mengajar di seberang takir .

Betapa penting guru dalam mencorak pembangunan dan sahsiah anak² pada harini. Dengan pelbagai pengaruh negatif hari ini, cabaran kuat buat mereka.

Screenshot_2013-05-16-17-24-33

Sungguh. Cita² dari kecik nak jadi cikgu! Nak jadi ostad la kononnya kn. Tapi itulah segala perancangan Allah, Dia Maha Mengetahui segalaNya. sebelah ni cikgu addmath, mujur lulus addmath. hehe. Terima kasih cikgu norehano. Memang sempoi orangnya.

Time sekolah, dalam kelas, cikgu selalu pesan pasal solat, akhlak baik dengan kawan² dengan ibuayh. Tapi di universiti dah tak dengar laki pesanan² begitu. Sungguh kdg kala rindukan suasana sekolah. Beri salam ramai², baca doa ramai². Oh nostalgia.

Screenshot_2013-05-16-17-24-46

Ni cikgu math time form 5. Sangat muda, comel dan happy go luck. Tapi sekali marah, habis ribut taufan melanda. Ni geng2 sempoi. Memang best. Yang pasti cikgu² masih ingat kat aku. Ye la.. markah rendah, selalu tak siap kerja, mesti kena mark. hehe.

Apa² aku sangat menyanjung tinggi orang yang bergelar guru ni. Moga Allah memberi aku peluang berkhidmat sebagai guru. Semoga guru² semua diberkati Allah, dipermudah segalanya. Amin. Terima Kasih CIkgu!!

p/s: ni pengalaman aku jadi cikgu tuisyen dlu. [Sini]

Tuesday, April 30, 2013

Menangkah kita?

Kemenangan perlu berstrategi. Dalam beberapa hari lagi, kita perlu bersabar. Tanpa melakukan kesilapan yang besar kelak memberi impak yang besar nanti. Tiba-tiba teringat kisah al-Bara’ bin malik al ansari.

Anak muda yang terlalu bersemangat dalam berperang, sehingga Khalifah Sayydina Umar al-Khattab penuh menulis surat agar tidak melantik al-Bara’ bin malik al-ansari sebagai panglima perang, kerana gusar semangatnya bakal merosakkan strategi peperangan.

1

Dan teringat perang uhud, kekalahan umat Islam ketika itu, antara sebab golongan anak muda yang semangat untuk berperang (syahid) sedangkan Nabi s.a.w berpendapat untuk bertahan dalam kota sahaja.

Zaman Nabi, Khalifah² , pun ada golongan sebegini. Apatah lagi zaman sekarang. Kita perlu bijak menangani dan pelan keselamatan yang lebih baik perlu ada.

Ujian Allah itu untuk menguji kita, dan ingat ujian itu teguran buat kesilapan. Astaghfirullah.

Wednesday, April 17, 2013

Sekelip Sakinah -II

Cara-Nak-Dapat-Anak-Yang-Soleh-Dan-Solehah          Jumaat yang penuh barakah. Seperti rutin biasa, Abi ke masjid bersama Saiful dan Muiz untuk solat subuh, manakala Amirah dan Ummi solat dirumah. Semua sibuk bersiap-siap. Ummi di dapur menyediakan sarapan untuk keluarganya. “Epul baca doa cepat” pinta Abi. Mereka sekeluarga bersarapan bersama. Kemudian Abi terus ke pejabat, Ummi, Muiz, Saiful dan Amirah di destinasi yang sama. “ Nanti tunggu Ummi di kantin ya” pesan ringkas Ummi.

Trett..Treet.. Telefon bimbit Ummi bergetar. “ Abang tak balik tengahari , solat jumaat di sini (masjid pejabat), petang balik lambat sikit, ada masalah di pejabat” SMS diterima dari Abi. Tengahari Jumaat itu penuh dengan kesibukan orang. Masing-masing mengejar masa. Ada yang menghantar, mengambil anak-anak mereka disekolah.

Pukul 7 malam. Abi pulang ke rumah. Kelihatan muka Abi sangat tertekan. Sepatah pun Abi tidak berkata. “ Kenapa bang?” Ummi menyapa di pintu rumah. “Biasalah, masalah pejabat, macam-macam hal,” Abi terus meluru masuk ke bilik tanpa kata sepatah kepada anak-anaknya dirumah tamu. Itulah Abi, tidak pernah sekali menceritakan permasalah yang dihadapinya dengan anak-anak. Abi bersiap-siap untuk ke masjid, solat magrib. “ Saiful, Muiz jangan lambat” Abi pesan dengan tegas.

al-quran2 Menjadi kebiasaan, selepas balik masjid, Abi akan duduk diruang tamu, membaca Al-Quran, menonton berita atau berbual-bual bersama anak-anaknya. Pulang dari masjid , Abi duduk termenung di kerusi sofa. Abi terperasan helaian kertas peperiksaan di atas meja. “Ya Allah, pandainya anak-anak Abi, Saiful, Muiz sini jap” Muka Abi berubah sama-sekali. Abi menggosok kepala Muiz dan Saiful. Kertas peperiksaan matematik, dua-dua mereka mendapat 100 markah!

Abi tak tahu nak cakap apa, hilang rasa semua masalah, lepas Isya’ nanti jom kita keluar jalan-jalan,” kata Abi dengan penuh gembira. “Alaa Abi, Mirah pun biasa dapat 100 markah” tiba-tiba Amirah bersuara. “ Yelah, (sambing mendukung Amirah) yang bongsu ni pun cerdik juga” balas Abi. Sebenarnya plan Ummi yang meletakkan kertas peperiksaan mereka di atas meja di ruang tamu. Hebat Ummi! Begitu pandai mengambil hati Abi.

images Sabtu yang sungguh indah. Selepas subuh , Abi dan Ummi di ruang tamu. Saiful dan Muiz di bilik mereka, Amirah di kamar Ummi. Kedengaran Abi sedang tekun belajar Bahasa Arab dengan Ummi di meja ruang tamu. “ Ok, ulangkaji yang minggu lepas, tentang huruf-huruf khafadh ataupun jar, cuba sebut sikit?” tanya Ummi. Tergagap Abi sebut. “ Abang ni, takkan tak ingat langsung.?” “ Ke awak yang tak ajar, ke salah ajar” Abi cuba mengelak. “ Ish abang ni, abang belajar sendirilah!” Ummi merajuk.

Alahai, merajuk pula ustazah ni, tapi ustazah, ustazah nampak comel la waktu marah, dekat sekolah biasa macam ni ek?” Abi bergurau lagi. “ Eee abang ni kan memang ..” sambil cubit bahu Abi. “Aduih garang betul ustazah ni,” Abi ketawa.
 “Mestilah garang!, ada anak murid nakal macam ni,” balas Ummi. Mereka tergelak bersama. Itulah telatah Abi dan Ummi, menjadi riuh hujung minggu di rumah. Pagi tersebut, kami bergotong-royong membersihkan rumah. Oh seronok. sungguh seronok!.

Monday, April 15, 2013

..Rezeki itu..

Cuti sehari di kampung halaman. Bersendi bersama sahabat² di masjid. Usai solat maghrib berjemaah, kami terus mencari kedai makan untuk berborak panjang. Masing² mengupdatekan kisah mereka. Diselangai gelak ketawa besar, menjadi riuh rendah di meja kami. Roti canai, teh tarik menjadi santapan.

Ko apa cerita sekarang? Kerja dah?” tanya aku. “ Haa, sekarang kat TLDM” jawab Zul. “ Hah! TLDM? Biar betul , power seh” terkejut aku. Kemudian Zul sambung
Tidur Lepak Dan Makan (TLDM)”. Berdekah-dekah kami ketawa.

 rezeki2 Ramai sahabat² yang dah habis belajar (lepasan diploma UTM, Poli, sijil,) masih tidak dapat kerja mahupun sambung belajar. Tapi ini kali mereka nekad untuk sambung belajar. Aku mendoakan yang terbaik buat mereka.

Tika hari, kita selalu mendengar, “ Eh ko tak belajar susah nanti, ambil la degree menjamin sikit masa depan nanti”. “ Kamu tu bla3x… baru menjamin masa depan”.
”Jadilah cikgu, nanti bla3x.. menjamin masa depan”. Tidak cukup dengan tu, termasuk bab jodoh, “ Cari la doktor, nanti bla3x terjamin masa depan”. “Susah nanti, carilah cikgu, nanti bla3x …masa depan”. Kewangan plak , “ Laburla dalam ASB, nanti bla3x.. terjamin masa depan.

“….Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).(albaqarah 212)

Sedarkah aqidah kita boleh terpesong dengan mengatakan begitu? Bergantungan dengan makhluk. Tidak meletakkan Allah taala sebagai tempat pergantungan.
Kita yakin dengan mahkluk bukan dengan Allah taala. Ya! Betul mungkin menjadi salah satu faktor pada masa akan datang, tapi itu hanyalah plan, sedikit pun tidak menjamin apa² pada masa akan datang.

Screenshot_2013-03-18-01-15-15 Bagaimana nak murah rezeki? Ofkoz usaha memang usaha. Yang tu tidak boleh tinggal. Tapi jangan lupa sifat pergantungan (roja’) dengan Allah taala. Solat sunat Dhuha, surah al-waqiah antara amalan² murah rezeki. Dan paling penting banyakkan sedekah, memudahkan kerja orang lain, dan paling penting doa dari sahabat² kita. Ucapan tanpa doa adalah sia². Jadi selepas ni, banyakkan doa untuk diri dan sahabat² anda. Semoga berukhuwah dunia akhirat!.

Monday, March 4, 2013

Dunia Hanya Di Tangan

Ada duit lagi tak?” soal mak. “ Tak ada , tunggu ptptn masuk baru ada, sambil tersenyum,” balas aku.

Datang ke program, sewaktu pendaftaran, “Yuran pendaftaran RM100”.
Mai aih, mahalnya! dah la duit cukup-cukup makan je ni,” keluh aku.
Rilek sheikh, program agama kot, jangan lihat harga, lihat pada nilai dia”.

Sampai di rumah sewa. Bil air, elektrik, sewa rumah dah berbulan tak bayar! Ini semua angkara ptptn!.

15 Feb 2013. Allah, roadtax mati!. Aku pergi ke pejabat pos untuk menghidupan roadtax dan insurans. “ Dik, awak tak boleh hidupkan roadtax ni, awak ada saman, awak kena pergi JPJ dulu” beritahu pekerja situ. Mana la aku ada duit nak setelkan ni. Tarikh terus dihitung, menanti ptptn hadir mengisi kekosongan akaun.

Solat jumaat, pakai sandal la ke kelas, senang sikit nak solat jumaat nanti. Menyarung sandal dan meninggalkan kasut dan stokin.Balik dari kelas pada petang hari, melihat stokin bersepah dan kasut tiada lagi. Kasut dicuri! Stress! حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

bola dunia Kehidupan tak lari dari ujian Allah. Kadang-kadang kita merasakan musibah itu sekadar musibah, tidak melihat dari sudut yang lebih baik yang dapat koreksi diri kita. Jangan kita rasa kusut dengan dunia, terasa sempit tanpa duit , kesenangan dan kemewahan yang mungkin ada disekeliling kita.

Rezeki itu milik Allah. “……Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).”(al-baqarah 212)

Kadang-kala kita lupa, termakan, terambil , terguna hak orang lain yang masih ada pada diri kita. Jadi jangan merasakan segala-galanya milik kita. Ia cuma pemberian Allah melalui pintu-pintu rezeki yang Dia jadikan. Ikut suka Dia bila nak beri, bila nak ambil.

tenang Lihatlah setiap terjadi itu dari aspek kebaikan. Bak kata Saidinar Ali karamallah wajha,
Kebaikan itu adalah tiap-tiap perkara yang terjadi”. Itulah sebenarnya yang perlu ada ada jiwa yang bergelar hamba kepada Tuhan Yang Meciptakan. Adakala ujian atau musibah diberikan untuk menguji kekuatan iman dan ada-kala ujian dan musibah itu diberik untuk teguran kepada diri kita.

Jadi, apa pun Allah swt susun dalam laluan kita, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Lihatlah tiap-tiap perkara yang berlaku dari sudut positif.
Bila Allah uji kita, maksudnya Dia sayang kat kita kan?

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (al-ankabut :64)

hati Kata pepatah, “ Tanamlah dunia, semailah akhirat” Jadikan dunia ini alat bantuan kita untuk mencapai kehidupan akhirat yang jauh lebih indah. Dunia di tangan, akhirat di hati. Capai dunia, simpan akhirat.
Semoga Allah kurnikan kita kebaikan dunia dan akhirat. :)

#Sayang juga sebenarnya kat kasut tu. tapi..
All is well. Cool.

Sunday, February 24, 2013

Kejar Pahala Kutip Dosa : Ikhtilat?

1

“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
(al-baqarah 148)

Betul! Secara terjemahannya kita sudah faham maksuk ayat ini. Kita nak berlumba-lumba dalam membuat kebaikkan. Sebab apa? pahala dan keredhaan Allah s.w.t
Berbuat kebaikan luas skopnya, pelbagai jalan kebaikan yang boleh kita kerjakan. Tapi segala kebaikan, kewajiban, serta perintahnya jika tidak kena pada cara dan kaedahnya boleh mengundang kemurkaan dariNya.

1

Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Ali-imrah:104)

Dalam kita merancang gerak kerja dakwah , perkara selalu kita (saya) lupa mengenai pergaulan (ikhtilat) antara lelaki perempuan. Kekadang kita cakap, “ Alah, kitaorang dah macam adik-beradik dah, tak ada perasan pun antara kitaorang”. Hurm. Susah juga kan? Apa sebenar ikhtilat tu?

Definasi Ikhtilat dari sudut bahasa adalah mencampurkan sesuatu kepada sesuatu yang lain, manakala dari sudut syara'nya ialah pencampuran wanita dan lelaki (samaada persendirian atau berkumpulan). Pencampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka (lelaki dan wanita) bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Mengikut takrif Dr. Majid Zindani seorang ulama yaman yang terkenal Takrif Ikhtilat yang dilarang adalah: Perhimpunan lelaki dan perempuan yang terdapat keraguan(perkara yang menjerumus kepada benda-benda yang haram). [Sumber ; http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/12/kisah-ikhtilat-di-sini.html]

Kat sini mungkin ada beberapa cara:

1) Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.
2) Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.
3) Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja
( Sumber :http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/12/kisah-ikhtilat-di-sini.html)

Mungkin dari aspek, meeting, perjumpaan, pergerakan (transpot) , Kekadang kita tidak usaha untuk yang terbaik dulu. Mungkin dulu terlepas pandang kot perkara sebegini, mungkin dipandang remeh.Tapi sebenarnya penting dalam gerak kerja dakwah yang kita buat secara berjemaah. Yang dah lepas, lepas la. Pandang ke depan, jangan tunduk sangat nanti langgar tiang. =)
#Thiqohnya post ni.

Monday, February 18, 2013

Perjalanan

Baru-baru ini, aku pergi mendaki gunung ledang dengan sahabat-sahabat. Ketinggian mencecah 1276 meter dari paras laut. Apa ibrah yang boleh dapat, perjalanan mendaki gunung ni tak ubah seolah-olah perjalanan dalam kehidupan.

Kita tahu sesuatu yang indah menanti di atas, tapi pelbagai pengorbanan, kerahan yang perlu dilakukan. Kita tahu, kita bakal melalui perjalanan yang jauh dan memenatkan. Jika bekalan, makanan, ubat-ubatan tidak dibawa, apakah sedar bahaya dihadapan?

Kita melangkah bersama mereka disekeliling kita. Riang ketawa, sedih, marah dibawa bersama. Namun, kadang-kala melupakan sahabat kita yang sakit dibelakang, kita yang cepat dihadapan mengejar kejayaan sendiri berseorangan. Kadang-kala kita bersama sakit, bergerak perlahan, memimpin tangan untuk mencapai kejayaan.

Kepuasan, kesyukuran, ingat Tuhan itulah yang kita jangan lupakan bila berjaya menuju puncak.

Itulah dapat digambarkan dalam perjalanan mencari Tuhan, 1001 kisah dan pengorbanan yang bakal kita tempuh. Bersama bekalan keimanan dan ketaqwaan menjadi bantuan. Mereka yang sekeliling menghulur tangan atau yang bersama-sama kita mencari rahmat dan keredhaan

Namun, apa yang penting , “kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.
(Ali imran 159)

Sebenarnya kekuatan dari Tuhan yang kita perlukan. Dialah penentu segalaNya. Usaha yang kita lakukan ini semua hanya secebis dari hasilnya. Senior aku pernah pesan dalam bahasa arab “ The higher you go the harder you fall”. Jadi ingat, sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan, jangan bangga apa yang diperoleh, kerana semua?? Datang dari Tuhan Pencipta Sekalian Alam. =)

Thursday, February 7, 2013

Susahkah hidup?

Cuti sangat bermakna. Sekalipun seminggu dua, tapi banyak membuka otak. Sebelum ni biasa dgn kawan2 di kampus, paling teruk masalah, duit nk bayar yuran, result dan lain2. Tapi berbeza di kg halaman. Hampir beberapa bulan aku tak balik. Sangat banyak perubahan berlaku. Kawan2 aku, orang sekeliling , tempat dan suasana.

Jiran lama, last ak tegur darjah 5, dia perangai agak lembut sikit, tapi baik, ibubapa tak beri kwn2 dgn aku yg ganas ni. dulu tak pernah nampak ke masjid. Baru-baru ni jumpa di masjid, solat berjemaah, berjambang, berpakaian ala jemaah tabligh. Segan aku nak tegur.

Dalam sibuk mencari kekuatan diri untuk melangkah, aku dgr masalah2 kwn2 lama, kenal skolah rendah. Bersendi di masjid, bercerita. Ada yang tidak dapat sambung belajar, sibuk mencari kerja, ada yang bekerja, nak sambung belajar tapi takda duit dan sebgainya.Kekadang aku fikir kuat betul dorang lalui detik2 hidup ni. Ujian Allah? dugaan? Kita?

"Ujian itu sapaan Allah agar kita ingt apa yg lupa, ubah apa yg salah, atau mungkin untuk kita tmbah pahala dan padamkn dosa.” Status kakak aku.

Sangat menyentap, tepat aku rasa pada diri aku ni.

Kesedihan, kekecewaan, keperitan, biar diri sndiri mnanggung dan biarlah Allah taala shja yg tahu .Tiada siapa yg lebih memahami diri sndiri. Dan bukan semua orang mampu memahami diri kita.

Ujian,dugaan Allah beri tatkla utk mnguji, taala utk mngur kesilapan atau mngisi kelompongn diri. Apa2 pun yang dihadapi terus melangkah...Renungi hari yg lepas untk hari yg mendatang. Cari lah kekuatan diri dari segenap sudut untuk terus melangkah. Ampunkan aku ya Allah.

Sunday, January 20, 2013

Siapa nak?

Kita yakin hidup ini perancangan kita tapi ketentuan Allah. Apatah lagi dalam konteks kepimpinan dalam berdakwah yang berkaitan amanah dan tanggungjawab.
Perhh.. hang naik pimpinan, main peranan penting, aku la ni duk jadi ahli biasa ja, tak dak apa aih” Allah taala susun cantik, tiap-tiap orang ada peranan. Cuma pimpinan adalah sandaran Allah taala atas sebab-sebab tertentu.

Ada orang, Allah pilih dia jadi pimpinan,
kerna Allah tahu daya dan kemampuannya.

Ada orang, Allah pilih dia jadi pimpinan,
kerna Allahu mahu dia perbaiki dirinya.

Ada orang, Allah pilih dia jadi pimpinan,
kerna Allah tahu manfaat dianya kepada orang lain
.

Seadainya sekalipun, kita dilantik pimpinan walau diri penuh 1001 kekurangan,
ketahuilah kekurangan itu untuk manfaat kepada orang lain.

#Semua orang taknak jawatan, semua orang rasa diri dia tak layak. Bukan tashrif tapi taklif kn?motivasi 3