31/12/2013. 6.30 pagi.
Kerul ko kenal x naqiudin?
Dia xciden tghari smlm, skrg tenat di hospital temerloh”
SMS dari Hanafi rakan sebilik semasa tingkatan 5. Rakan kelas Akid sewaktu diploma dulu. Tanpa banyak bicara, menghidupkan enjin motor dan terus pecut ke hospital temerloh.
“ Cik saya nak cari kawan saya, di masuk ICU semalam” tanya aku dalam berdebar. “ Betul ke kawan awak masuk ICU ni takda pun nama dia” balas petugas di kaunter. “ Kejap cuba cek di wad ICU 2” sambung dia lagi. Aku bergegas ke wad ICU 2 dan terpampang nama Akid. “ Tapi Encik, waktu melawat pkul 12, sekarang baru pukul 11”. Allah macamana boleh lupa. “ Tapi Cik, saya dari melaka, kejap lagi saya kena pergi ke LCCT” rayu aku. “ Itu la, memang tak boleh, boleh je akak buka pintu ni, tapi nanti akak juga kena” tegas petugas disitu.Aku berlalu, mencari surau, cas bateri telefon yang berkelip-kelip merah.
Pukul 12 aku terus ke tingkat 4 wad ICU 2. Ibu Akid menangis. Aku mula sebak. Allah!! Akid terbaring atas katil. Berselirat dengan wayar-wayar. Allah.. Allah.. “ Doktor macamana keadaan anak saya” Ibu aku teresak-esak. “ Keadaan dia kritikal itu je saya boleh bagitau, untuk selebihnya nanti kami panggil doktor pakar” balas doktor dengan nada perlahan.
Tengkorak kepala Akid retak, tulang pehanya terkeluar, leher dikuatiri patah. Allah! Menambah sebak perasaan. Tiba-tiba jururawat disitu mengeluarkan hasil imbasan Xray di paru-paru akid. Allahuakbar. Jelas gambar batang besi tercucuk di paru-paru Akid. Ibunya terus menangis. Keluarganya keluar di ruang menunggu. Tinggal aku dan Akid berdua.
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Aku memegang tangan dia dengan perlahan. Aku berbisik di telinga ” Akid, cepat-cepat la sembuh, boleh lepak2 kat masjid sama-sama. Jangan tinggal aku sorang, Sembuh la Akid” Lalu aku membaca surah al-baqarah ayat 255 di telinganya.
Allah. aku kaku. melihat sahabat aku dalam keadaan begitu. Sungguh ini peringatan buat aku. Ya Allah sembuhkan Akid. Beri kekuatan pada dia ya Allah. Aku sayang dia” Allah menitis air mata aku saat menunggang motor pulang ke bumi Melaka. Aku memecut untuk menghantar abang di LCCT, tapi malang tidak kesempatan. Singgah di Nilai berjumpa adik. Semua perancangan Allah. Beri aku kekuatan Allah.
No comments:
Post a Comment
Sila la Komen