Wednesday, April 17, 2013

Sekelip Sakinah -II

Cara-Nak-Dapat-Anak-Yang-Soleh-Dan-Solehah          Jumaat yang penuh barakah. Seperti rutin biasa, Abi ke masjid bersama Saiful dan Muiz untuk solat subuh, manakala Amirah dan Ummi solat dirumah. Semua sibuk bersiap-siap. Ummi di dapur menyediakan sarapan untuk keluarganya. “Epul baca doa cepat” pinta Abi. Mereka sekeluarga bersarapan bersama. Kemudian Abi terus ke pejabat, Ummi, Muiz, Saiful dan Amirah di destinasi yang sama. “ Nanti tunggu Ummi di kantin ya” pesan ringkas Ummi.

Trett..Treet.. Telefon bimbit Ummi bergetar. “ Abang tak balik tengahari , solat jumaat di sini (masjid pejabat), petang balik lambat sikit, ada masalah di pejabat” SMS diterima dari Abi. Tengahari Jumaat itu penuh dengan kesibukan orang. Masing-masing mengejar masa. Ada yang menghantar, mengambil anak-anak mereka disekolah.

Pukul 7 malam. Abi pulang ke rumah. Kelihatan muka Abi sangat tertekan. Sepatah pun Abi tidak berkata. “ Kenapa bang?” Ummi menyapa di pintu rumah. “Biasalah, masalah pejabat, macam-macam hal,” Abi terus meluru masuk ke bilik tanpa kata sepatah kepada anak-anaknya dirumah tamu. Itulah Abi, tidak pernah sekali menceritakan permasalah yang dihadapinya dengan anak-anak. Abi bersiap-siap untuk ke masjid, solat magrib. “ Saiful, Muiz jangan lambat” Abi pesan dengan tegas.

al-quran2 Menjadi kebiasaan, selepas balik masjid, Abi akan duduk diruang tamu, membaca Al-Quran, menonton berita atau berbual-bual bersama anak-anaknya. Pulang dari masjid , Abi duduk termenung di kerusi sofa. Abi terperasan helaian kertas peperiksaan di atas meja. “Ya Allah, pandainya anak-anak Abi, Saiful, Muiz sini jap” Muka Abi berubah sama-sekali. Abi menggosok kepala Muiz dan Saiful. Kertas peperiksaan matematik, dua-dua mereka mendapat 100 markah!

Abi tak tahu nak cakap apa, hilang rasa semua masalah, lepas Isya’ nanti jom kita keluar jalan-jalan,” kata Abi dengan penuh gembira. “Alaa Abi, Mirah pun biasa dapat 100 markah” tiba-tiba Amirah bersuara. “ Yelah, (sambing mendukung Amirah) yang bongsu ni pun cerdik juga” balas Abi. Sebenarnya plan Ummi yang meletakkan kertas peperiksaan mereka di atas meja di ruang tamu. Hebat Ummi! Begitu pandai mengambil hati Abi.

images Sabtu yang sungguh indah. Selepas subuh , Abi dan Ummi di ruang tamu. Saiful dan Muiz di bilik mereka, Amirah di kamar Ummi. Kedengaran Abi sedang tekun belajar Bahasa Arab dengan Ummi di meja ruang tamu. “ Ok, ulangkaji yang minggu lepas, tentang huruf-huruf khafadh ataupun jar, cuba sebut sikit?” tanya Ummi. Tergagap Abi sebut. “ Abang ni, takkan tak ingat langsung.?” “ Ke awak yang tak ajar, ke salah ajar” Abi cuba mengelak. “ Ish abang ni, abang belajar sendirilah!” Ummi merajuk.

Alahai, merajuk pula ustazah ni, tapi ustazah, ustazah nampak comel la waktu marah, dekat sekolah biasa macam ni ek?” Abi bergurau lagi. “ Eee abang ni kan memang ..” sambil cubit bahu Abi. “Aduih garang betul ustazah ni,” Abi ketawa.
 “Mestilah garang!, ada anak murid nakal macam ni,” balas Ummi. Mereka tergelak bersama. Itulah telatah Abi dan Ummi, menjadi riuh hujung minggu di rumah. Pagi tersebut, kami bergotong-royong membersihkan rumah. Oh seronok. sungguh seronok!.

2 comments:

  1. serius sedih...terutama apabila berada di perantauan

    ReplyDelete
  2. selalu la call family... skrg serba canggih.. =)

    ReplyDelete

Sila la Komen