Baru-baru ini, aku pergi mendaki gunung ledang dengan sahabat-sahabat. Ketinggian mencecah 1276 meter dari paras laut. Apa ibrah yang boleh dapat, perjalanan mendaki gunung ni tak ubah seolah-olah perjalanan dalam kehidupan.
Kita tahu sesuatu yang indah menanti di atas, tapi pelbagai pengorbanan, kerahan yang perlu dilakukan. Kita tahu, kita bakal melalui perjalanan yang jauh dan memenatkan. Jika bekalan, makanan, ubat-ubatan tidak dibawa, apakah sedar bahaya dihadapan?
Kita melangkah bersama mereka disekeliling kita. Riang ketawa, sedih, marah dibawa bersama. Namun, kadang-kala melupakan sahabat kita yang sakit dibelakang, kita yang cepat dihadapan mengejar kejayaan sendiri berseorangan. Kadang-kala kita bersama sakit, bergerak perlahan, memimpin tangan untuk mencapai kejayaan.
Kepuasan, kesyukuran, ingat Tuhan itulah yang kita jangan lupakan bila berjaya menuju puncak.
Itulah dapat digambarkan dalam perjalanan mencari Tuhan, 1001 kisah dan pengorbanan yang bakal kita tempuh. Bersama bekalan keimanan dan ketaqwaan menjadi bantuan. Mereka yang sekeliling menghulur tangan atau yang bersama-sama kita mencari rahmat dan keredhaan
Namun, apa yang penting , “kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.
(Ali imran 159)
Sebenarnya kekuatan dari Tuhan yang kita perlukan. Dialah penentu segalaNya. Usaha yang kita lakukan ini semua hanya secebis dari hasilnya. Senior aku pernah pesan dalam bahasa arab “ The higher you go the harder you fall”. Jadi ingat, sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan, jangan bangga apa yang diperoleh, kerana semua?? Datang dari Tuhan Pencipta Sekalian Alam. =)
No comments:
Post a Comment
Sila la Komen