Sunday, July 7, 2013

Sudikah menjadi imam….

Resah hati semungkin merungsing fikiran. Kata-kata sapaan itu masih terngiang-ngiang di fikiran. Ramadhan kali ini menjadi medan yang sungguh menguji!. Usai solat subuh, tiba-tiba bahu ditepuk. “Boleh tak jadi imam untuk terawih kali ni,” soal seorang pak cik. Aku memberi 1001 alasan berdolak-dalih untuk mengelak. Bukan apa, memikirkan amanah yang sangat berat risau tidak dapat memberi komitmen sebaik mungkin.
Latihan industri yang begitu memenatkan membuatkan aku risau, kekuatan bagi menjadi imam solat. Risau bacaan Quran, perlu tasmi’ terlebih dahulu. Perlu mencari ruang masa yang lebih!. Semoga ramadhan ini menjadi ramadhan terbaik buat diri ini.
Ya Allah, debaran ramadhan semakin kuat.

1 comment:

  1. InsyaAllah.. pasti boley.. pagi antara sahur dan solat subuh, hafal la sedikit ayat al-quran.. then time ada kat tempat praktikal, cuba ulang balik hafalan tu.. jadi produktif..

    ReplyDelete

Sila la Komen