Friday, May 31, 2013

Deraian Air Mata Komuter

Pagi yang sungguh hening, saya memilih untuk menaiki pengangkutan awam untuk menziarah kawan di Hospital Sungai Buloh.Bayaran tiket berharga Rm 3.60 saya dapatkan di kaunter.Pada kebiasaannya perjalanan dari Stesen Setia Jaya ke Stesen Sungai Buloh mengambil masa lebih kurang sejam.

240920101573 Berjalan masuk ke dalam train yang penuh sesak dengan orang ramai yang ingin ke tempat kerja. Alhamdulillah dapat juga tempat duduk. Sedang saya menjenguk ke cermin, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama dua orang anaknya yang riang bermain duduk bersebelah saya. Saya cuma tersenyum.

Namun, lama-kelamaan semakin bising pula anak-anaknya bermain dalam train tersebut. Tapi si ayah hanya duduk termenung. Orang ramai semakin terganggu dengan kanak-kanak tersebut. Saya ambil jalan dengan bercakap kepada si ayah,
“ Bang, anak-anak abang ni sedikit menganggu penumpang lain ni, minta dorang senyap sikit” saya menyapa. Tiba-tiba lelaki tersebut menangis teresak-esak. Saya terkesima. Apakah terguran saya sangat kasar?.

Saya menyapanya lagi, “ Bang boleh saya tahu kenapa? Saya minta maaf kalau saya mengguris perasaan abang dengan teguran saya tadi” . Dia pandang muka saya, lalu memulakan cerita.

“Dulu sewaktu mula-mula perkahwinan, isteri saya (Aina) selalu sakit kepala. Sayalah yang selalu memicit kepalanya tiap malam bagi mengurangkan kesakitan Aina. Dia tidak boleh stress atau dalam keadaan tertekan. Doktor mengatakan migrain. Namun sakit kepala itu tidak menghalang kebahgiaan rumah tangga kami, hinggalah beberapa bulan yang lepas. Sakit kepala Aina semakin teruk, saya bawanya ke hospital pakar dan doktor mengesahkan Aina mengalami tumor brain. Ketumbuhan tersebut sudah di tahap merbahaya. “Kita perlu perlu berlumba dengan masa.” kata doktor.

23022011070 “Doktor, saya mohon sangat, gunakanlah segala kepakaran doktor untuk rawat isteri saya, berapa jumlah pun saya sanggup bayar”. Sepanjang isteri saya di hospital (ICU), doktor tidak membenarkan anak-anak saya berjumpa dengannya atas sebab-sebab tertentu. Anak-anak saya menjadi murung. Dari seorang yang riang bertukar kepada pendiam. Berat badan semakin susut, waktu malam di mulut mereka “ Umi.. Umi.. Umi..”. “Jangan risau abang, akak Insyaallah nanti Umi sihat”. Saya menenangkan mereka.

             Sampai satu ketika, saya melawat Aina di hospital, sewaktu ingin pulang, tiba-tiba Aina memegang erat tangan saya. “ Abang, saya merayu pada abang, tolong la, bawa anak-anak jumpa saya. saya tidak tahan lagi berasingan dengan mereka” menitis air mata Aina. “Jika perlu bayar, keluarkan semua duit kita, berikan pada doktor”. Saya menangis, saya mengucup dahi Aina dan berbisik padanya “ InsyaAllah, abang cuba”.

Saya bertemu dengan doktor. Namun masih tetap tidak membenarkan anak-anak saya untuk bertemu Umi mereka. “ Doktor tahu tak anak-anak saya macamana dirumah? Doktor tahu mereka murung? tak makan?” dengan nada tinggi saya berkata. Alhamdulillah, akhirnya doktor membenarkan anak-anak saya berjumpa.

Saya pulang ke rumah. Allahuakbar, itu lafas keluar dari mulut saya. Melihat anak-anak saya lembik, tak makan,. Saya mengangkat mereka duduk di riba saya.
“ Abang, akak esok kita pergi jumpa Umi ya” . “ Betul ke Abi!” Air muka mereka terus berubah. Abang menjerit kegembiraan. Kami makan malam bersama malam tersebut. Saya tidak pasti pukul berapa anak-anak saya tidur malam itu, mereka sibuk mencari pakaian untuk dipakai semasa melawat Umi mereka.

Awal pagi keesokkannya, anak-anak saya sudah siap dengan pakaian mereka. Begitu gembira di wajah mereka. “Kita nak bawa bekal apa untuk Umi, Abi?"” tanya abang , anak saya yang pertama berumur 11 tahun. Sewaktu keluar dari pintu pagar, anak bongsu saya, yang saya panggil akak, berumur 9 tahun menarik-narik seluar saya.
“Cepat lah Abi, Umi tunggu tu, nanti lambat”. Sungguh seronok hati saya melihat gelagat mereka.

Tiba-tiba, telefon bimbit saya berdering. “ Ya Saya suami kepada Puan Noraina bt Abdul Hashim”. Terlepas telefon digenggaman saya menerima khabar bahawa isteri saya baru saya menghembus nafas terakhir. Saya masih tidak mampu memberitahu anak-anak saya ini, Jika Encik mampu untuk beritahu mereka, silakan encik”__________________________

Saya menitiskan air mana mendengar kisah dia, tiap kali saya menceritakan kisah ini kepada orang lain, air mata saya masih menitis hingga kini.

p/s: Cerita ni dengar kat radio ikim, nama tu bukan nama sebenar dan jalan cerita sedikit tambahan. Apa pun kadang-kala kita banyak melihat orang hanya dari zahir sahaja, tanpa memikir disebaliknya.

p/s2: Hargai mereka2 yang ada. Kerna bila hilang, nescaya hanya deraian air mata bakal menghiasi!

2 comments:

  1. huhu.. sgt sedih bila baca cerita ni.. betul, sometime kita tak tahu kenapa mereka jadi begitu sebab disebalik tindakan mereka itu ada cerita dibelakangnya..

    ReplyDelete
  2. kita terlalu cepat menhukum dan menilai...

    ReplyDelete

Sila la Komen