Monday, March 4, 2013

Dunia Hanya Di Tangan

Ada duit lagi tak?” soal mak. “ Tak ada , tunggu ptptn masuk baru ada, sambil tersenyum,” balas aku.

Datang ke program, sewaktu pendaftaran, “Yuran pendaftaran RM100”.
Mai aih, mahalnya! dah la duit cukup-cukup makan je ni,” keluh aku.
Rilek sheikh, program agama kot, jangan lihat harga, lihat pada nilai dia”.

Sampai di rumah sewa. Bil air, elektrik, sewa rumah dah berbulan tak bayar! Ini semua angkara ptptn!.

15 Feb 2013. Allah, roadtax mati!. Aku pergi ke pejabat pos untuk menghidupan roadtax dan insurans. “ Dik, awak tak boleh hidupkan roadtax ni, awak ada saman, awak kena pergi JPJ dulu” beritahu pekerja situ. Mana la aku ada duit nak setelkan ni. Tarikh terus dihitung, menanti ptptn hadir mengisi kekosongan akaun.

Solat jumaat, pakai sandal la ke kelas, senang sikit nak solat jumaat nanti. Menyarung sandal dan meninggalkan kasut dan stokin.Balik dari kelas pada petang hari, melihat stokin bersepah dan kasut tiada lagi. Kasut dicuri! Stress! حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

bola dunia Kehidupan tak lari dari ujian Allah. Kadang-kadang kita merasakan musibah itu sekadar musibah, tidak melihat dari sudut yang lebih baik yang dapat koreksi diri kita. Jangan kita rasa kusut dengan dunia, terasa sempit tanpa duit , kesenangan dan kemewahan yang mungkin ada disekeliling kita.

Rezeki itu milik Allah. “……Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).”(al-baqarah 212)

Kadang-kala kita lupa, termakan, terambil , terguna hak orang lain yang masih ada pada diri kita. Jadi jangan merasakan segala-galanya milik kita. Ia cuma pemberian Allah melalui pintu-pintu rezeki yang Dia jadikan. Ikut suka Dia bila nak beri, bila nak ambil.

tenang Lihatlah setiap terjadi itu dari aspek kebaikan. Bak kata Saidinar Ali karamallah wajha,
Kebaikan itu adalah tiap-tiap perkara yang terjadi”. Itulah sebenarnya yang perlu ada ada jiwa yang bergelar hamba kepada Tuhan Yang Meciptakan. Adakala ujian atau musibah diberikan untuk menguji kekuatan iman dan ada-kala ujian dan musibah itu diberik untuk teguran kepada diri kita.

Jadi, apa pun Allah swt susun dalam laluan kita, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Lihatlah tiap-tiap perkara yang berlaku dari sudut positif.
Bila Allah uji kita, maksudnya Dia sayang kat kita kan?

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (al-ankabut :64)

hati Kata pepatah, “ Tanamlah dunia, semailah akhirat” Jadikan dunia ini alat bantuan kita untuk mencapai kehidupan akhirat yang jauh lebih indah. Dunia di tangan, akhirat di hati. Capai dunia, simpan akhirat.
Semoga Allah kurnikan kita kebaikan dunia dan akhirat. :)

#Sayang juga sebenarnya kat kasut tu. tapi..
All is well. Cool.