Cuti sehari di kampung halaman. Bersendi bersama sahabat² di masjid. Usai solat maghrib berjemaah, kami terus mencari kedai makan untuk berborak panjang. Masing² mengupdatekan kisah mereka. Diselangai gelak ketawa besar, menjadi riuh rendah di meja kami. Roti canai, teh tarik menjadi santapan.
“Ko apa cerita sekarang? Kerja dah?” tanya aku. “ Haa, sekarang kat TLDM” jawab Zul. “ Hah! TLDM? Biar betul , power seh” terkejut aku. Kemudian Zul sambung
“ Tidur Lepak Dan Makan (TLDM)”. Berdekah-dekah kami ketawa.
Ramai sahabat² yang dah habis belajar (lepasan diploma UTM, Poli, sijil,) masih tidak dapat kerja mahupun sambung belajar. Tapi ini kali mereka nekad untuk sambung belajar. Aku mendoakan yang terbaik buat mereka.
Tika hari, kita selalu mendengar, “ Eh ko tak belajar susah nanti, ambil la degree menjamin sikit masa depan nanti”. “ Kamu tu bla3x… baru menjamin masa depan”.
”Jadilah cikgu, nanti bla3x.. menjamin masa depan”. Tidak cukup dengan tu, termasuk bab jodoh, “ Cari la doktor, nanti bla3x terjamin masa depan”. “Susah nanti, carilah cikgu, nanti bla3x …masa depan”. Kewangan plak , “ Laburla dalam ASB, nanti bla3x.. terjamin masa depan.
“….Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).(albaqarah 212)
Sedarkah aqidah kita boleh terpesong dengan mengatakan begitu? Bergantungan dengan makhluk. Tidak meletakkan Allah taala sebagai tempat pergantungan.
Kita yakin dengan mahkluk bukan dengan Allah taala. Ya! Betul mungkin menjadi salah satu faktor pada masa akan datang, tapi itu hanyalah plan, sedikit pun tidak menjamin apa² pada masa akan datang.
Bagaimana nak murah rezeki? Ofkoz usaha memang usaha. Yang tu tidak boleh tinggal. Tapi jangan lupa sifat pergantungan (roja’) dengan Allah taala. Solat sunat Dhuha, surah al-waqiah antara amalan² murah rezeki. Dan paling penting banyakkan sedekah, memudahkan kerja orang lain, dan paling penting doa dari sahabat² kita. Ucapan tanpa doa adalah sia². Jadi selepas ni, banyakkan doa untuk diri dan sahabat² anda. Semoga berukhuwah dunia akhirat!.
dan setiap manusia itu ada rezekinya masing2..
ReplyDelete