Thursday, July 26, 2012

Diari Ramadhan 1433–Bulan Tarbiyah

Ya Allah, dah ramadhan ke 6 dah. Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu. Bila bulan Ramadhan pasti kita biasa dengan ayat ni ;

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah 2:183)

So macamana? dah 6 hari, setakat ni ada membentuk kita untuk jadi orang yang bertakwa? ke sama je? Kalau tak puasa pun takde effect? Solat lewat, Quran tak baca, Qiam tak bangun? Tepuk dada tanya iman la.

Setakat ini, Ramadhan inilah paling mencabar dalam hidup aku. Memang banyak menguji. Yang aku rasa banyak tewas dalam ujianNya. Hari pertama aku diserang gastrik, Allah baru uji sikit, meraung bagai nak rak. Tapi jujur aku cakap, memang sakit ya rabbi. (macam budak2).

Hari ke-4 ramadhan, demam panas plak, batuk2, ya Allah. Memang kifarah dosa Allah beri. Banyak sangat dosa ni. Kalau fikir tak larat, memang tak larat. Tapi aku yakin, Allah nak tengak sejauh mana hamba Dia ni bersyukur dengan keadaan yang Dia kurniakan.

Minggu ni aku serabut dengan program, memang pening kepala. Emosi tak stabil je. Rasa nak lempang orang je. Semalam meting, ada la sebab-sebab tertentu, aku memang sangat-sangat jarang meninggi suara , marah, dalam meting. Aku memang susah nak tunjuk apa aku rasa, tapi semalam, tak tahu nak cakap. Kali pertama kot.

Balik sebelum tidur, aku muhasabah diri. Bulan puasa ni, baru ujian sikit, masalah-masalah, kesihatan, dah tunggang langgang. Kurang pahala puasa. Betul la orang kata, marah itu syaitan. So, apa aku nak pesan, sama-sama kita jaga Ramadhan kali ini, supaya dapat menjadi orang bertakwa yang Allah sebut dalam ayat kt atas. AMIN!!!

1 comment:

  1. marah itu api :)
    moga anta tabah diuji :)

    ReplyDelete

Sila la Komen