Monday, July 23, 2012

Diari Ramadhan 1433

Alhamdulillah khamis petang dah sampai di rumah. Tak sabar nak menyambut Ramadhan pertama bersama keluarga, buka puasa sama-sama, kumpul ramai-ramai, cerita-cerita. Pagi-pagi Jumaat mak dah ajak keluar ke pasar untuk beli barang-barang keperluan untuk sahur dan berbuka esok.

DSC02214
Awal-awal mak tanya, “ sahur apa ?, nak buka apa esok?, buat nasi ayam nak?” cadang mak. “ Ok juga, dah lama tak makan nasi ayam mak buat” aku menambah.

Aku memandu menuju ke pasar Jaya Gading yang terletak 5km dari rumah. Mak mula meng’list’kan barang-barang dapur.
DSC02203
Aku tolong bawa barang dan ikut je mak. Sampailah aku ke satu kedai ni. Penjual dia berkopiah. Dia bertanya kepada mak “ Ni poksu ke?” Mak jawab, “ Eh tak lagi, balik nak berbuka dengan keluarga”. Aku pun tak faham poksu tu apa.

Pakcik tu sambung “ Haa bagus la tu, anak-anak ni, balik rumah tengak muka ibu ja dah dapat pahala, hebatnya seorang ibu ni ayah tak da” Mak tambah, “ayah tempat dia ada kat tempat lain” Pakcik tu sambung lagi, “ Kan hadis nabi ada sebut, kali ke 4 baru ayah, mak 3 kali, hebatnya seorang ibu”. Kagum aku dengan pakcik tu, even berniaga je pun, tapi sempat tazkirah orang, kalau seratus orang datang ke gerai dia ? Semoga gerai pakcik tu sentiasa dipenuhi orang.

DSC02215
Petang tu aku tolong ayah kat luar, tiba-tiba rasa nak pengsan, aku terduduk. Ahh gastrik!. Malam tu aku muntah-muntah kepala pening. Perut sakit ya rabbi. Baru aku tahu terseksanya gastrik.





DSC02209
Nak tidur pun, ya Allah. Allah je tahu seksa dia. Macam budak kecik plak aku. Meraung2. Haha. Tapi serius. memang sakit. Semua pergi solat terawih, aku di rumah terbaring. Tu je boleh buat. Sedih ya Allah, permulaan ramadhan yang menyedihkan.

Sahur tu memang terseksa, nak telan makanan. Ya Allah, baru tahu nikmat sihat macamana. Hari pertama puasa, memang lembik. Macam puasa budak darjah satu. Tapi time berbuka macam orang tua, tak ingat!.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Esoknya aku balik ke kampus. Sangat berbeza. Kat rumah kita order je. Pergi2 beli. Mak ayah beri duit. Di kampus, aku baru ambil 1-2 jenis makanan dah habis Rm10. Semalam terawih kat satu masjid, pakcik2 tua jadi imam,bilal, menyedihkan.

Malam ni nak solat kat satu masjid, imam dia hafiz datang dari terengganu. Semoga ramadhan ini dapat mengubah, dapat meningkatkan amalan kita, dapat mentarbiyah diri kita. InsyaAllah.

p/s: gambar xmenceritakan apa yang berlaku..:)

1 comment:

Sila la Komen