Friday, July 6, 2012

Eeei... Malunya!

Malu. Itulah perasaan fitrah yang Allah kurnikan kepada kita. Malu atau lebih kurang sama dengan maksudnnya  yakni segan. Masalah harini kita menggunakan perasaan malu ini tidak bertempat. Ataupun, nafsu jahat & syaitan menjadikan perasaan malu ini sebagai rahsia mereka dalam sedar tidak sedar.

malu           Malu apa ni? Apa yang aku nak beritahu, dalam keadaan sekarang ni kita malu dalam beragama. Islam tapi malunya nak sebut Islam. Eh betul ke? “Bakpe dah tak pakai tudung labuh sekarang?” tanya seorang lelaki. “ Ala ustaz, ana segan la dengan kawan² ana, diaorang semua pakai tudung biasa, nanti apa pulak dorang fikir” balas si dia. Mak aih! Kita takut ‘dorang’ kata atau takut apa Allah kata?

"Balik masjid ni kita singgah giant dulu” pesan abang. “ Balik rumah dulu la, tak kan nak pakai jubah dengan kopiah pergi Giant?” soal aku. “ Haa ini orang Islam, malu dengan sunnah, jubah tu pakaian sapa?” Nah ambil sebiji atas muka. Aku terdiam . Malam tu memang aku masuk Giant berjubah dan berkopiah, tapi dalam hati aku “ Jangan la jumpa siapa² ”. Punya la takut dan malu dengan agama, itu baru pakaian.

Kadang² nak bawa Al-Quran, nak pegang Al-Quran kat mana², nak baca Al-Quran kuat² pun malu. Waktu azan, solat jemaah, kalau boleh nak sorok² pergi surau/masjid.

baby malu                  Kita harini malu dilabel Islam. Dalam erti kata mudah, malu dilabel mengamalkan ISLAM. Takut nanti dipulau kawan². Nanti apa pulak orang cakap, apa pulak orang fikir. Itu tak cerita lagi bab dakwah, usaha² menyebar kalam Allah swt, jadi ahli persatuan Islam. Contoh mudah, facebook. Nak post hadis, ayat quran, punya la.

              Kalau boleh  tak nak langsung orang nampak kita ni Islamik Imej. “Jangan nampak sangat kita ahli persatuan Islam”. Wah! Kalau macam tu tukar nama persatuan la. Fikir logik la bro! Lu dalam persatuan islam tak nak orang nampak lu islam. Ya! Ada masa perlu macam tu, untuk tarik sahabat² kita ke arah kebaikan. Bukan apa, takut² hinggakan Syiar Islam itu tenggelam dek hal² begini.

images (12)                 Jadi? Jangan kita terlalu menyorok Islam itu sampai menutup pintu agama itu sendiri. Jangan pula terlalu menunjuk sampai tertakut kepada agama. Kita orang Islam, mengaku Islam, tapi malu dengan agama? Sama² fikirkan.


Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."

p/s: Biar malu dengan dosa, dari bangga dengan pahala.

4 comments:

  1. biasanya..
    orang yang dah selalu berada dalam zone "agama" ni yang malu dgn title "islamik" sedangkan orang yang tidak selalu berada dalam zone "agama" sangat mengagumi orang yang bertitle islamik dan berharap akn jadi mcm tu one day..

    ~do u get it? it just my opinion..so don't be shy.

    ReplyDelete
  2. yang dh biasa plak y segan.. didnt get it...

    ReplyDelete
  3. erk..mcm mne nk ckp ek.
    x pe la..
    it just nothing to be ashamed of..

    ReplyDelete
  4. ana faham... ana faham... haha

    ReplyDelete

Sila la Komen