“ Awak jangan tak balik pula masa kenduri nanti” pesan mak sebelum aku bertolak pulang. Sampai ke tarikhnya bertindih pula dengan program. Balik ke tak ek? Aku fikir keseorangan. Ahh! Balik la aku dah janji dengan mak. Alhamdulillah dalam pukul 9.30 jumaat malam aku sampai di rumah.
Sampai² , aku terus cari mana anak sedara aku yang baru balik dari indonesia. “ Enggak mahu²..” aduih anak indon mana plak datang rumah aku. Slank dia memang dah tak bunyi melayu dah.
Esoknya pagi² aku dikejutkan, “ jom², bangun², start kerja” Abang aku kejut. Aku pergi ke dapur bersarapan dahulu. Lepas tu, projek pembunuhan bermula.
“ Ayah durian tak da ke? teringin nak makan laa” aku beritahu ayah. “ Tu kat luar tu, tengak la, ayah baru ambil tadi” balas ayah. Aku segera ke luar. Dapat la makan sikit. Banyak dah kena tebuk dek tupai. Tak da rezki la tu.
Projek pembunuhan bermula. Ini abang aku dan ayah aku tengah ambil kambing biri² untuk disembelih. Kambing biri² kecik² je, comel plak tu. tak sanggup plak aku tengak kena sembelih.
Ni darah kambing biri² yang mercik kat tangan aku. Fuih.
Ni paling penat, melapah 3 EKOR kambing biri², dengan tenaga kerja 3 ORANG. Fuhh..
” Ni awak tolong perap ayam ni” pesan mak. Fuih ni dah kali ke-2 diberi kepercayaan mengsetelkan lauk. Terbaik la mak. Aku buat ayam rempah je. Nanti saya kawin saya nk masak sendiri boleh mak? Hehe.
Ni Alia Sakinah tengah main² dengan pak cik dia.
_______________________________________________________________
Fuih. Memang exhausted ya rabbi. Tapi rasa seronok+puas. Kiteorang adik beradik gotong-royong memasak. Memang seronok. Aku rasa suasana kampung je dapat rasa keadaan macam ni. Kalau tinggal di bandar mesti upah orang, catering atau sebagainya.
Suasana kampung memang terbaik. Sebab tu nanti kalau boleh nak cari orang rumah yang berjiwa kampung sikit. Kalau “ eh I tak biasa la, I takut la, u ni kmpung la“ Sorry to say, you out of the list.p/s: haha³.
No comments:
Post a Comment
Sila la Komen