Friday, July 13, 2012

A+B = C

Alhamdulillah, semalam selesai berforum di salah satu IPG di sini. Walaupun banyak soalan-soalan yang ditujukan luar dari panduan diberi, tap alhamdulillah Allah masih kurnia idea untuk menjelaskan soalan-soalan tersebut. Tapi apa aku nak kongsi harini bukan lah apa yang diforumkan semalam.

_MG_6095Apa aku nak cakap mengenai pimpinan perwakilan pelajar di sana yang diketuai oleh seorang perempuan. Of course lah di sana semua perempuan dan semestinya perempuan yang akan mengetuai perwakilan pelajar di sana.

Bagi aku, dia memang layak, tersangat layak memegang jawatan yang ditaklifan kepadanya. Cara percakapan yang petah berbicara, penyusunan ayat yang begitu sempurna, kesempoiannya dalam berkata. Sungguh, aku merasa kerdil dan hormat aku begitu tinggi kepada orang macam ni.

DSC06074Berdasarkan mesin pengiraan umur aku, dia muda setahun dari aku. Tapi cara pemikirannya kalah seperti orang yang dah lama dalam kepimpinan. Cara dan pemikirannya yang matang melahirkan percambahan idea bagi aku sangat terbaik.

Bukan aku nak sangat puji, mengangkat, memuja  dan sebagainya. Cuma nak memberitahu, betapa pentingnya kaedah , cara pemkiran dan percakapan yang mana dapat melahirkan idea yang matang terutamanya ketika bermesyuarat atau brain storming.
Terbaik lah.

p/s 1: Masa bangun nak ke meja makan tiba-tiba dia datang dan bisik kat aku,
“ eh enta punya hadiah tertukar dgn moderator, nanti tukar balik ek” haha

p/s 2: apa kena tajuk dengan entry ni? kah³.

2 comments:

Sila la Komen