Sunday, August 5, 2012

Diari Ramadhan 1433–Longgokan dosa

Ya Allah, dah 16 Ramadhan ?? Wat de? Ya Allah.. Ya Allah.. Cepatnya Ramadhan berlalu. Amal ibadat macamana? Sejauh mana Ramadhan kali ini membentuk diri kita untuk memperoleh taqwa.

" Alah nak kalut apa, banyak lagi hari” kata orang. Berapa hari lagi tinggal? Teringat kisah Nabi s.a.w mendoakan celaka kepada siapa di akhir Ramadhan masih berdosa. Ini yang kita takut sebenarnya. Terutama dosa dengan orang yang selalu bersama kita.

kucing-mohon-maafKita tidak tahu, percakapan, teguran , perbuatan atau apa-apa perlakuan kita yang menyebabkan orang terasa dan sebagainya. Mind set orang kita, kumpul dosa banyak-banyak, tunggu hari raya baru minta maaf. Inilah silap sebenarnya.
Dalam Islam sendiri menekankan betapa pentingnya kemaafan dan memohon maaf.

Tak apa aku maafkan kau” melafazkan maaf di mulut memang senang. Tapi dihati? Kita tidak tahu. Tapi takkanlah sampai tahap nak belah hati. Paling kurang tugas kita dah setel, minta maaf, dan memaafkan. Di hati tu terserah.

KemaafanBiasakan “ Sorry. maaf, asip” .
Terutama di bulan ramadhan ni, biasakan, jangan nak gaduh-gaduh. Kurang pahala puasakan? “ Tak aci lah, aku punye teruk kena, dia minta maaf camtu je, aku maafkan, dia untungler, aku dapat apa,” Biasa dengar? Sebab itu Islam kata, orang yang kuat itu bukanlah dari segi fizikalnya, tapi kemampuan dia untuk memaafkan kesalahan orang lain.

maafRaya
" Takpe la raya nanti aku minta maaf ” Kalau tiba-tiba malaikat maut datang ambil nyawa macamana kawan? Jom ubah minda kita. jangan tunggu raya baru la nak bermaaf-maafan.  Terutama dengan mak ayah kita, adik-beradik. Selalulah bermaaf-maafan ok , jangan nak melonggok dosa.

Kepada pembaca-pembaca blog ni, saya nak minta maaf banyak kalau ada silap salah ok. Kita manusia biasalah~
Kalau kira-kira tunggu raya, setahun sekali je minta maaf? Oh~

p/s: dah nak balik cuti raya!! yeah~

1 comment:

  1. tak adil la minta maaf kt blog...

    ReplyDelete

Sila la Komen