Monday, July 16, 2012

Jadikan Dia Wanita Syurga

Bermula 5 Februari 1955, lahirnya seorang perempuan ke dunia. Hidup dalam suasana kampung, keadaan sungguh susah, serba kekurangan, hidup bergantung kasih pada orang.Rumahnya di tepi Sungai Pahang, yang meninggal seribu satu kenangan buatnya.

makTamatnya pengajian di Maktab Perguruan Islam di Petaling Jaya pada tahun 1980, tanggal 9 haribulan 8 tahun 1981 bermula detik baru buat si dia. Perkahwinan yang diatur oleh keluarganya diikutkan sahaja. Hidup bersama seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya, seorang yang pendiam, garang adalah cabaran baru buat dia.

SRK METHODIST BANTING, SELANGOR (1981-1983), inilah sekolah yang pertama dia memulakan kerja. Dengan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil, dia bersama suami berpindah ke Banting Selangor. Tidak dapat ku bayangkan. Akhirnya pada tahun 1990, dia kembali di tukarkan ke Kuantan.

Diamanahkan anak 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan. Tidak dapat dibayangkan. Berbadan dua, turun naik tangga. Ya Allah.Walaupun kerjanya sebagai guru, tanggungjawab sebagai ibu tidak pernah dilupakan. Minatnya pada memasak, dan menjahit juga dijadikan hobinya. Tiap kali mempunyai masa lapang, dia pasti memenuhi dengan aktiviti berfaedah.

makTanggungjawabnya sebagai seorang ibu tiada tandingan. Pernah suatu ketika, anaknya lemah di Sungai Pahang, dengan berjubah, bertudung labuh, sedang sarat mengandung 6,7 bulan, terus terjun ke sungai menyelamatkan anaknya. Ya Allah. Dia tidak pernah memikirkan keselamatannya, baginya anak-anaklah segala-gala buat dia.

Minatnya juga dalam tarannum al-Quran. Melagukan bacaan al-Quran, tatkala menjahit, memasak, menidurkan anak-anaknya, serta waktu berehatnya. Walaupun penat pulang dari mengajar, malamnya mengajar anak-anaknya serta jiran-jiran mengaji al-Quran. Pelbagai karenah dari anak-anaknya, walau keletihan penat, tapi kesabarannya cukup tinggi.

Pernah beberapa kali melihat, dia dimarahi suaminya, namun dia hanya berdiam diri, menangis, jarang sekali melihat dia melawan, berkata tinggi dengan suaminya, walaupun bukan salah diri dia. Taatnya pada suami, patuhnya pada suami, ya Allah, tidak dapat dibayang.

IMG_5258Dia dalam cerita ini adalah emak aku. Bagi aku dialah guru terbaik, ibu yang terbaik, isteri terbaik dan boleh jadi kawan terbaik. Mungkin inilah yang dikata penyejuk dimata penawan di hati. Semakin aku tua, semakin aku rasa menghargai mak ayah. Mereka segala-galanya.

Tidak mampu kita nak balas jasa dorang, harta? duit? 1 Sen pun dorang tak harapkan. Apa aku mampu ya Allah, hanya mampu menadah tangan, “ Kau jadikan dia wanita syurga, menjadi golongan-golongan awal yang akan melangkah ke syurga. Amin ya Allah. Amin.. Amin,…
p/s: Beragama ni bukan setakat tinggi ilmu agama, tapi adab, akhlak, rasa tanggungjawab pun sekali, apa guna ilmu agama tinggi tapi fail nak guna. Smile

p/s 2 : bulan puasa lagi penat untuk ibu-ibu ni. Aku pernah tulis apa mak aku buat time bulan puasa. Sini

6 comments:

  1. nak nangis baca.....

    ReplyDelete
  2. i love my mom too.. seorang insan yang selama ni telah byk bkorban utk anak2 nya, yang telah mbimbing dan didik aku mengenal islam dari kecil smpai skrg. i love her more than my own life. jadikan mereka wanita syurga Ya Allah..

    ReplyDelete
  3. sangat sedih...
    baru tau besar sgt perngorbanan mak ayh kita...

    Soleh:
    amin... amin ya rabb...

    ReplyDelete
  4. bonda,anakanda masih memerlukan petunjuk,ke jalan kebahagian,dunia dan akhirat,setia mengajar erti kekuatan,restu dan doa bonda iringkan,terima kasih atas segalanya.
    syukran atas ingatannya.

    ReplyDelete
  5. Byk nye salah ejaan...nextime bg i edit dlu ek...n 1 more thing, bkn kedua2 nye b'pindh ke Banting ye..mak sorg je..suaminya mase tu kat Jtut...ank sulung mak yg best tu temankn mak tau...a very meaningful thought anyway..thx;-)

    ReplyDelete
  6. kih4x..
    2la pasal... i xdan nak semak...
    i lantik u la jd pic blog ni.. haha
    la mak sorang je pindah... salah sejarah...
    yang best? tgk adik dia dh tau..
    kikikikik 8-)
    July 18, 2012 5

    ReplyDelete

Sila la Komen