Thursday, July 26, 2012

Diari Ramadhan 1433–Bulan Tarbiyah

Ya Allah, dah ramadhan ke 6 dah. Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu. Bila bulan Ramadhan pasti kita biasa dengan ayat ni ;

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah 2:183)

So macamana? dah 6 hari, setakat ni ada membentuk kita untuk jadi orang yang bertakwa? ke sama je? Kalau tak puasa pun takde effect? Solat lewat, Quran tak baca, Qiam tak bangun? Tepuk dada tanya iman la.

Setakat ini, Ramadhan inilah paling mencabar dalam hidup aku. Memang banyak menguji. Yang aku rasa banyak tewas dalam ujianNya. Hari pertama aku diserang gastrik, Allah baru uji sikit, meraung bagai nak rak. Tapi jujur aku cakap, memang sakit ya rabbi. (macam budak2).

Hari ke-4 ramadhan, demam panas plak, batuk2, ya Allah. Memang kifarah dosa Allah beri. Banyak sangat dosa ni. Kalau fikir tak larat, memang tak larat. Tapi aku yakin, Allah nak tengak sejauh mana hamba Dia ni bersyukur dengan keadaan yang Dia kurniakan.

Minggu ni aku serabut dengan program, memang pening kepala. Emosi tak stabil je. Rasa nak lempang orang je. Semalam meting, ada la sebab-sebab tertentu, aku memang sangat-sangat jarang meninggi suara , marah, dalam meting. Aku memang susah nak tunjuk apa aku rasa, tapi semalam, tak tahu nak cakap. Kali pertama kot.

Balik sebelum tidur, aku muhasabah diri. Bulan puasa ni, baru ujian sikit, masalah-masalah, kesihatan, dah tunggang langgang. Kurang pahala puasa. Betul la orang kata, marah itu syaitan. So, apa aku nak pesan, sama-sama kita jaga Ramadhan kali ini, supaya dapat menjadi orang bertakwa yang Allah sebut dalam ayat kt atas. AMIN!!!

Monday, July 23, 2012

Diari Ramadhan 1433

Alhamdulillah khamis petang dah sampai di rumah. Tak sabar nak menyambut Ramadhan pertama bersama keluarga, buka puasa sama-sama, kumpul ramai-ramai, cerita-cerita. Pagi-pagi Jumaat mak dah ajak keluar ke pasar untuk beli barang-barang keperluan untuk sahur dan berbuka esok.

DSC02214
Awal-awal mak tanya, “ sahur apa ?, nak buka apa esok?, buat nasi ayam nak?” cadang mak. “ Ok juga, dah lama tak makan nasi ayam mak buat” aku menambah.

Aku memandu menuju ke pasar Jaya Gading yang terletak 5km dari rumah. Mak mula meng’list’kan barang-barang dapur.
DSC02203
Aku tolong bawa barang dan ikut je mak. Sampailah aku ke satu kedai ni. Penjual dia berkopiah. Dia bertanya kepada mak “ Ni poksu ke?” Mak jawab, “ Eh tak lagi, balik nak berbuka dengan keluarga”. Aku pun tak faham poksu tu apa.

Pakcik tu sambung “ Haa bagus la tu, anak-anak ni, balik rumah tengak muka ibu ja dah dapat pahala, hebatnya seorang ibu ni ayah tak da” Mak tambah, “ayah tempat dia ada kat tempat lain” Pakcik tu sambung lagi, “ Kan hadis nabi ada sebut, kali ke 4 baru ayah, mak 3 kali, hebatnya seorang ibu”. Kagum aku dengan pakcik tu, even berniaga je pun, tapi sempat tazkirah orang, kalau seratus orang datang ke gerai dia ? Semoga gerai pakcik tu sentiasa dipenuhi orang.

DSC02215
Petang tu aku tolong ayah kat luar, tiba-tiba rasa nak pengsan, aku terduduk. Ahh gastrik!. Malam tu aku muntah-muntah kepala pening. Perut sakit ya rabbi. Baru aku tahu terseksanya gastrik.





DSC02209
Nak tidur pun, ya Allah. Allah je tahu seksa dia. Macam budak kecik plak aku. Meraung2. Haha. Tapi serius. memang sakit. Semua pergi solat terawih, aku di rumah terbaring. Tu je boleh buat. Sedih ya Allah, permulaan ramadhan yang menyedihkan.

Sahur tu memang terseksa, nak telan makanan. Ya Allah, baru tahu nikmat sihat macamana. Hari pertama puasa, memang lembik. Macam puasa budak darjah satu. Tapi time berbuka macam orang tua, tak ingat!.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Esoknya aku balik ke kampus. Sangat berbeza. Kat rumah kita order je. Pergi2 beli. Mak ayah beri duit. Di kampus, aku baru ambil 1-2 jenis makanan dah habis Rm10. Semalam terawih kat satu masjid, pakcik2 tua jadi imam,bilal, menyedihkan.

Malam ni nak solat kat satu masjid, imam dia hafiz datang dari terengganu. Semoga ramadhan ini dapat mengubah, dapat meningkatkan amalan kita, dapat mentarbiyah diri kita. InsyaAllah.

p/s: gambar xmenceritakan apa yang berlaku..:)

Monday, July 16, 2012

Jadikan Dia Wanita Syurga

Bermula 5 Februari 1955, lahirnya seorang perempuan ke dunia. Hidup dalam suasana kampung, keadaan sungguh susah, serba kekurangan, hidup bergantung kasih pada orang.Rumahnya di tepi Sungai Pahang, yang meninggal seribu satu kenangan buatnya.

makTamatnya pengajian di Maktab Perguruan Islam di Petaling Jaya pada tahun 1980, tanggal 9 haribulan 8 tahun 1981 bermula detik baru buat si dia. Perkahwinan yang diatur oleh keluarganya diikutkan sahaja. Hidup bersama seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya, seorang yang pendiam, garang adalah cabaran baru buat dia.

SRK METHODIST BANTING, SELANGOR (1981-1983), inilah sekolah yang pertama dia memulakan kerja. Dengan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil, dia bersama suami berpindah ke Banting Selangor. Tidak dapat ku bayangkan. Akhirnya pada tahun 1990, dia kembali di tukarkan ke Kuantan.

Diamanahkan anak 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan. Tidak dapat dibayangkan. Berbadan dua, turun naik tangga. Ya Allah.Walaupun kerjanya sebagai guru, tanggungjawab sebagai ibu tidak pernah dilupakan. Minatnya pada memasak, dan menjahit juga dijadikan hobinya. Tiap kali mempunyai masa lapang, dia pasti memenuhi dengan aktiviti berfaedah.

makTanggungjawabnya sebagai seorang ibu tiada tandingan. Pernah suatu ketika, anaknya lemah di Sungai Pahang, dengan berjubah, bertudung labuh, sedang sarat mengandung 6,7 bulan, terus terjun ke sungai menyelamatkan anaknya. Ya Allah. Dia tidak pernah memikirkan keselamatannya, baginya anak-anaklah segala-gala buat dia.

Minatnya juga dalam tarannum al-Quran. Melagukan bacaan al-Quran, tatkala menjahit, memasak, menidurkan anak-anaknya, serta waktu berehatnya. Walaupun penat pulang dari mengajar, malamnya mengajar anak-anaknya serta jiran-jiran mengaji al-Quran. Pelbagai karenah dari anak-anaknya, walau keletihan penat, tapi kesabarannya cukup tinggi.

Pernah beberapa kali melihat, dia dimarahi suaminya, namun dia hanya berdiam diri, menangis, jarang sekali melihat dia melawan, berkata tinggi dengan suaminya, walaupun bukan salah diri dia. Taatnya pada suami, patuhnya pada suami, ya Allah, tidak dapat dibayang.

IMG_5258Dia dalam cerita ini adalah emak aku. Bagi aku dialah guru terbaik, ibu yang terbaik, isteri terbaik dan boleh jadi kawan terbaik. Mungkin inilah yang dikata penyejuk dimata penawan di hati. Semakin aku tua, semakin aku rasa menghargai mak ayah. Mereka segala-galanya.

Tidak mampu kita nak balas jasa dorang, harta? duit? 1 Sen pun dorang tak harapkan. Apa aku mampu ya Allah, hanya mampu menadah tangan, “ Kau jadikan dia wanita syurga, menjadi golongan-golongan awal yang akan melangkah ke syurga. Amin ya Allah. Amin.. Amin,…
p/s: Beragama ni bukan setakat tinggi ilmu agama, tapi adab, akhlak, rasa tanggungjawab pun sekali, apa guna ilmu agama tinggi tapi fail nak guna. Smile

p/s 2 : bulan puasa lagi penat untuk ibu-ibu ni. Aku pernah tulis apa mak aku buat time bulan puasa. Sini

Friday, July 13, 2012

A+B = C

Alhamdulillah, semalam selesai berforum di salah satu IPG di sini. Walaupun banyak soalan-soalan yang ditujukan luar dari panduan diberi, tap alhamdulillah Allah masih kurnia idea untuk menjelaskan soalan-soalan tersebut. Tapi apa aku nak kongsi harini bukan lah apa yang diforumkan semalam.

_MG_6095Apa aku nak cakap mengenai pimpinan perwakilan pelajar di sana yang diketuai oleh seorang perempuan. Of course lah di sana semua perempuan dan semestinya perempuan yang akan mengetuai perwakilan pelajar di sana.

Bagi aku, dia memang layak, tersangat layak memegang jawatan yang ditaklifan kepadanya. Cara percakapan yang petah berbicara, penyusunan ayat yang begitu sempurna, kesempoiannya dalam berkata. Sungguh, aku merasa kerdil dan hormat aku begitu tinggi kepada orang macam ni.

DSC06074Berdasarkan mesin pengiraan umur aku, dia muda setahun dari aku. Tapi cara pemikirannya kalah seperti orang yang dah lama dalam kepimpinan. Cara dan pemikirannya yang matang melahirkan percambahan idea bagi aku sangat terbaik.

Bukan aku nak sangat puji, mengangkat, memuja  dan sebagainya. Cuma nak memberitahu, betapa pentingnya kaedah , cara pemkiran dan percakapan yang mana dapat melahirkan idea yang matang terutamanya ketika bermesyuarat atau brain storming.
Terbaik lah.

p/s 1: Masa bangun nak ke meja makan tiba-tiba dia datang dan bisik kat aku,
“ eh enta punya hadiah tertukar dgn moderator, nanti tukar balik ek” haha

p/s 2: apa kena tajuk dengan entry ni? kah³.

Tuesday, July 10, 2012

Pesantran

Untuk mengelak keserabutkan di kampus, jom kita sharing² di sini. Sebenarnya dah lama aku nak kongsi benda ni, tapi harini baru kesempatan. Jom jelajah! ini siri jelajah aku, emak, najib dan adik ke Indonesia.

IMG_4961 - Copy
Gunung Merapi, tempat pertama kami pergi. Jauh. Sangat jauh. Gunung ni pernah menelan ribuan nyawa. Di sini ada muzium gunung berapi. Sedang lepak² disitu, tiba-tiba azan berkumandang. Ya Allah sayu rasa…




IMG_5013

Seterusnya kami ke ladang straberi. 1 bakul ni Rm 12.00 sahaja. Murah!.







IMG_5211

Kemudian kami ke Air Terjun Laskar langit. Ya Allah. tempat dia sangat cantik!. Tak tercemar lagi.






IMG_5269

Sakinah. mula² punya la takut dengan air, last²…..







IMG_5258
Ni mak yang tercinta. Sian mak, penat berjalan. Layan kiteorang. terbaik la mak.








IMG_5179


Ni masjid kitaorang singgah solat. Kat sana memang kuat zikir.






IMG_5059
  Seterunya, ke sawah padi. Dekat je dengan rumah. Uniknya sawah padi di sini di lereng bukit. Pengairan yang sangat sistematik!.







IMG_5047
Ni ondaway jalan nak ke sawah padi. Boleh tahan penat jalan kaki.








IMG_5101
Kat sini kawasan pergunungan, batu-batu kat jalan sangat cantik. Batu-batu dari pecahan gunung berapi.







IMG_5035

Ni aktiviti kat rumah, kakak aku ada beli buku sirah Nabi ke Sakinah, ala yang budak² punya, ada gambar. Aku baca kat dia, entah dia faham ke tidak.





IMG_5132
 
Ni benda wajib. Bakso. Hari pertama boleh la. Sampai hari ke 3,4 muntah² aku makan benda ni. haha.






IMG_5193
Ni masa dekat restauran, beratus ribu habis makan di sini, ribu rupiah la. Haha





IMG_5363
Ni tadika sakinah, aku tak pergi time ni. Kepala+ badan dah tak stabil. Budak² kat sini semua pakai baju seragam warna merah. Abg aku cakap, kalau masa datang ambil, nak tahu mana anak dia, tengak yang pegang penyapu tulah ana dia. Ganaz.haha





IMG_5238
Ni lah abang aku, kak zaza dan sakinah. Dorang belajar pondok di Magelang, Indonesia.
Aku harap ada peluang belajar macam ni. 1 keluarga. haha









-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah dapat seminggu kat sana. Bukan kata aku ni banyak sangat duit nak pergi melancong. Kebetulan masa tu, tiket sangat murah untuk 1 keluarga. So on je la. Ni pun first time aku naik flight. Jakun beb! haha

Seminggu di Indonesia, macam² aku dapat. Jauh sangat keadaan di sini. Kemajuannya, suasana agamanya. Amalan ibadatnya. Sebenarnya banyak sangat aku nak share, tapi karang panjang sangat. Kalau nak pm. haha².


p/s: lepas ni aku cadang nak pergi Beijing,Guilin. tapi sebelum kahwin la. haha
Orang sibuk nak ke Mekah aku nyimpang ke lain. Jem.

Friday, July 6, 2012

Eeei... Malunya!

Malu. Itulah perasaan fitrah yang Allah kurnikan kepada kita. Malu atau lebih kurang sama dengan maksudnnya  yakni segan. Masalah harini kita menggunakan perasaan malu ini tidak bertempat. Ataupun, nafsu jahat & syaitan menjadikan perasaan malu ini sebagai rahsia mereka dalam sedar tidak sedar.

malu           Malu apa ni? Apa yang aku nak beritahu, dalam keadaan sekarang ni kita malu dalam beragama. Islam tapi malunya nak sebut Islam. Eh betul ke? “Bakpe dah tak pakai tudung labuh sekarang?” tanya seorang lelaki. “ Ala ustaz, ana segan la dengan kawan² ana, diaorang semua pakai tudung biasa, nanti apa pulak dorang fikir” balas si dia. Mak aih! Kita takut ‘dorang’ kata atau takut apa Allah kata?

"Balik masjid ni kita singgah giant dulu” pesan abang. “ Balik rumah dulu la, tak kan nak pakai jubah dengan kopiah pergi Giant?” soal aku. “ Haa ini orang Islam, malu dengan sunnah, jubah tu pakaian sapa?” Nah ambil sebiji atas muka. Aku terdiam . Malam tu memang aku masuk Giant berjubah dan berkopiah, tapi dalam hati aku “ Jangan la jumpa siapa² ”. Punya la takut dan malu dengan agama, itu baru pakaian.

Kadang² nak bawa Al-Quran, nak pegang Al-Quran kat mana², nak baca Al-Quran kuat² pun malu. Waktu azan, solat jemaah, kalau boleh nak sorok² pergi surau/masjid.

baby malu                  Kita harini malu dilabel Islam. Dalam erti kata mudah, malu dilabel mengamalkan ISLAM. Takut nanti dipulau kawan². Nanti apa pulak orang cakap, apa pulak orang fikir. Itu tak cerita lagi bab dakwah, usaha² menyebar kalam Allah swt, jadi ahli persatuan Islam. Contoh mudah, facebook. Nak post hadis, ayat quran, punya la.

              Kalau boleh  tak nak langsung orang nampak kita ni Islamik Imej. “Jangan nampak sangat kita ahli persatuan Islam”. Wah! Kalau macam tu tukar nama persatuan la. Fikir logik la bro! Lu dalam persatuan islam tak nak orang nampak lu islam. Ya! Ada masa perlu macam tu, untuk tarik sahabat² kita ke arah kebaikan. Bukan apa, takut² hinggakan Syiar Islam itu tenggelam dek hal² begini.

images (12)                 Jadi? Jangan kita terlalu menyorok Islam itu sampai menutup pintu agama itu sendiri. Jangan pula terlalu menunjuk sampai tertakut kepada agama. Kita orang Islam, mengaku Islam, tapi malu dengan agama? Sama² fikirkan.


Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."

p/s: Biar malu dengan dosa, dari bangga dengan pahala.

Monday, July 2, 2012

Kenduri

Awak jangan tak balik pula masa kenduri nanti” pesan mak sebelum aku bertolak pulang. Sampai ke tarikhnya bertindih pula dengan program. Balik ke tak ek?  Aku fikir keseorangan. Ahh! Balik la aku dah janji dengan mak. Alhamdulillah dalam pukul 9.30 jumaat malam aku sampai di rumah.

DSC02087Sampai² , aku terus cari mana anak sedara aku yang baru balik dari indonesia. “ Enggak mahu²..” aduih anak indon mana plak datang rumah aku. Slank dia memang dah tak bunyi melayu dah.

Esoknya pagi² aku dikejutkan, “ jom², bangun², start kerja” Abang aku kejut. Aku pergi ke dapur bersarapan dahulu. Lepas tu, projek pembunuhan bermula.

 

 

DSC02082Ayah durian tak da ke? teringin nak makan laa” aku beritahu ayah. “ Tu kat luar tu, tengak la, ayah baru ambil tadi” balas ayah. Aku segera ke luar. Dapat la makan sikit. Banyak dah kena tebuk dek tupai. Tak da rezki la tu.






DSC02080
Projek pembunuhan bermula. Ini abang aku dan ayah aku tengah ambil kambing biri² untuk disembelih. Kambing biri² kecik² je, comel plak tu. tak sanggup plak aku tengak kena sembelih.




DSC02077



Ni darah kambing biri² yang mercik kat tangan aku. Fuih.






DSC02083


Ni paling penat, melapah 3 EKOR kambing biri², dengan tenaga kerja 3 ORANG. Fuhh..









DSC02101
” Ni awak tolong perap ayam ni” pesan mak. Fuih ni dah kali ke-2 diberi kepercayaan mengsetelkan lauk. Terbaik la mak. Aku buat ayam rempah je. Nanti saya kawin saya nk masak sendiri boleh mak? Hehe.




DSC02094

Ni Alia Sakinah tengah main² dengan pak cik dia.








_______________________________________________________________

Fuih. Memang exhausted ya rabbi. Tapi rasa seronok+puas. Kiteorang adik beradik gotong-royong memasak. Memang seronok. Aku rasa suasana kampung je dapat rasa keadaan macam ni. Kalau tinggal di bandar mesti upah orang, catering atau sebagainya.

Suasana kampung memang terbaik. Sebab tu nanti kalau boleh nak cari orang rumah yang berjiwa kampung sikit. Kalau “ eh I tak biasa la, I takut la, u ni kmpung la“ Sorry to say, you out of the list.

p/s: haha³.