Saturday, May 26, 2012

Hasburn

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkankan kamu, Allah selamatkan Kakak Nurul, Allah selamatkan kamu”. Meriah di ruang tamu. Adik Wan, Angah, Aiman, abah ibu semua ada menyambut ulang tahun Nurul ke-24.
Kak , tiup la cepat,” celah Adik Wan dengan tak sabar. Nurul meniup lilin dengan sekali hembusan.

Beginilah keadaan di rumah. Bilamana ulang tahun kelahiran, Nurul sekeluarga akan berkumpul dan menyambut bersama-sama. Kebetulan adik-beradiknya pun ada di rumah.

kek 009Haa abah, baca la doa sikit, minta Kak Nurul cepat-cepat dapat anak” Angah bersuara. Semua tertawa dengan kata celoteh Angah. Anak ke-2 , jenis sangat ceria orangnya peramah, sekali dia ketawa satu rumah boleh dengar. Berada di tahun akhir dalam pengajian kejuruteraan komputer di Unimaps.

Abah dah pencen, kita kan ada sahibus samahah dalam rumah ini, penat mengaji sampai ke Mesir” perli abah kepada Aiman, yang sekarang sedang cuti semester. Aiman dalam  pengajian Al-Quran dan Qiraat Universiti Al-Azhar, Syubro. Tempat mana pengajian yang terkenal sanadnya terhampir dengan Rasulullah s.a.w.

Siap-siap baca doa, upacara memotong kek Secret Recipe dimulakan.
Eh, mana Faris Nurul ?,” tanya ibu. “ Ada dalam bilik, kejap saya panggil” balas Nurul ringkas. “ Man, tolong panggil Abg Faris jap dalam bilik,” bisik Nurul kepada Aiman. Faris suami Nurul, sudah setahun mereka berumah tangga. Bekerja sebagai pegawai kanan eksekutif pemasaran Proton Holding, diantara orang yang penting dalam Proton Holdings.

Tidak lama kemudian, Faris datang. “ Ha apa lagi potong la cepat kek tu,” ujar Faris.  “ Dik Wan bunga, nak bunga,” Adik Wan merintih. Tiap-tiap kali makan kek dialah orang pertama tempah bahagian bunga yang dibuat dari gula aising. Adik Wan anak bongsu. Sangat manja kerana dia seorang yang tinggal bersama abah dan ibu. Tahun ini bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam aliran sains agama.

" Eh Mana Abang Faris kak,” tanya Aiman. Tib-tiba suasana senyap sepi.
Dia masuk bilik, mungkin sibuk dengan kerja” jelas Nurul. menjawabnya.
Itulah abah dah cakap, jadi cikgu senang sikit, masa banyak, tak adalah sibuk sangat, ini masa dengan keluarga pun tak sempat” Abah sedikit meninggikan suara.

Kak, dia main game kak, saya nampak tadi,” bisik Aiman. “ Biarlah dia Man,” ringkas Nurul “ Tapi kak, hari ini kan hari jadi akak,” Aiman tidak puas hati dengan jawapan Nurul. “ Aiman akak cakap sudah, sudah” tegas Nurul.

-------------------------------Tamat--------------------------------------------------------

Tabahnya hati seorang wanita. Walaupun perangai suami macam tututututtut, Luka di hati, calar yang terguris. Tapi masih boleh tersenyum bersama keluarga. Pandai-pandai lah korang nilai sendiri.

*laki dia takda perasaan ke apa?

1 comment:

Sila la Komen