Friday, May 11, 2012

Polis Entry One Two Jaga

4023818-clock-face-with-pencils-for-hands-set-to-8-00Ya Allah, dah pukul 8.00 pagi, assignment tak print lagi. Kalut aku menyiapkan segala kerja. Siap-siap ke kelas, capai jaket hitam, terus keluar rumah. Aku memecut agak laju ke kampus.

Sampai di satu trafik light, merah, aku masuk simpang kiri dengan niat untuk ambil jalan pintas. Tanpa menghirau lampu merah. Tiba-tiba terdengar siren polis, bila aku memandang side mirror ternampak kuda putih, dengan lampu merah biru sedang mengikuti dari belakang.

Kecut perut, dalam hati, “habis la aku melayang rm300, saman haritu tak bayar lagi”. Disebabkan berdebar, aku terus memulas throttle memasuki lorong-lorong tikus dibelakang kedai. Kejar-mengejar berlaku.

Bila aku rasa keadaan selamat, aku berhenti. Aku simpan jaket hitam dalam bakul. Aku kembali ke jalan asal. Rupa-rupanya dia masih menunggu aku. Mujur dia tak cam. Alhamdulillah (salah konsep ni). Jangan contohi sikap aku ni. Tak elok.

                 Sampai ke kelas, aku sempat menerangkan ke kawan aku bangsa cina, apa itu kafir harbi, kafir zimmi, perundangan Islam. Dia agak berminat. Macam2 dia tanya. Aku cuba menerangkan dia apa itu zakat dan jizyah, beza dengan cukai. Apa yang negara Islam lindung untuk kafir zimmi dan sebagainya. Tak apalah mereka tak nak masuk Islam sekalipun, janji mereka faham apa itu Islam. Bahagia rasa, even di awal pagi kena kejar. hehe.

*Teringat kecik2 dlu main game ni, polis entry one two jaga, dalam bahasa omputih police and thieve one two jaga. Rindu la nak jadi budak2.
*Saman langgar lampu trafik Rm300, menari tiang Rm25, baik pi menari tiang. Winking smile
.

2 comments:

Sila la Komen