Ramai tahu apa itu Ketika Cinta Bertasbih,
Tapi tak pernah bertasbih mencari cintaNya.
Ramai tahu apa itu Sejadah cinta,
Tapi tidak pernah mencari sejadah menuju cintaNya,
Ramai tahu apa itu Istikarah cinta,
Tapi selalu beristikarah memilih cintaNya.
Ramai tahu apa itu Tahajjud Cinta,
Tapi tidak pernah bangun bertahajud mengejar cinta.
Harini, kita dikelirukan istilah-istilah Islam dalam bercinta. Menjadikan sesuatu yang cantik disisi pandang kita. Tapi ada juga terlalu syadid bila menyebut bab cinta. Haram bercinta, haram berkasih sesama insan. Tidak salah, jika cinta dan kasih kepada mak ayah, kawan-kawan, adik-beradik mereka pun insan juga. Ada masa harus, ada masa haram.
Aku cuma nak pesan kat diri sendiri, takut perasaan-perasaan ini yang menggugat cinta kita kepada Allah swt. Jiwang karat sungguh bunyinya.Tapi itulah, jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, jangan risau insyaAllah cinta makhluk yang lebih terpelihara akan menyusul. Semoga Allah menemukan kita kepada cinta yang mendekatkan kita ke jalanNya.
Bagaimana kita boleh mencintai sesuatu makhluk yang dicipta,
Pada masa yang sama tidak tahu mencintai Maha Pencipta?
p/s: Aku pernah post entry psl cinta (kah3), dipetik dari tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. <Klik Sini>
No comments:
Post a Comment
Sila la Komen