Wednesday, May 23, 2012

Muhasabah diri II

Malas nak update blog, tapi harini hati cukup kuat untuk menggagahkan diri untuk terus menaip. Mungkin saya agak terkesima post sahabat saya, yang membuat saya selalu terfikir dan memanggil saya untuk menaip entry ini.

to-ALL-my-FRIENDSSahabat-sahabat sekalian bila kita berbicara tentang diri, tiada orang lain yang lebih memahami diri kita melainkan diri kita sendiri. Kekurangan, kelebihan kita yang lebih mengetahui. Orang-orang disekeliling hanya mampu menilai dari aspek perbuatan dan perlakuan kita.

Sahabat-sahabt sekalian, pernahkah kita terfikir, pernahkah terlintas di fikiran kita, dalam ke arah kehidupan yang lebih jauh, bermula dari lahirnya kita sehingga matinya kita. Peningkatan, pengurangan, pengalaman dan sebagainya yang sebenarnya membina diri kita.

tsbihSahabat yang disayangi kerana Allah taala, hidup kita perjalanan amat panjang. Dalam menerima tarbiyah yang membentuk hati dan jiwa dalam diri kita. Terkadang kita hanyut lemas, terkapai-kapai datang sahabat yang menghulur tangan menarik kembali.

                         Hidup ini kalau boleh kita ingin gembira selalu,Tapi Allah tak izinkan, Dia datangkan kesedihan, Agar kita kembali ingat kepadaNya.

                          Hidup ini kalau boleh kita nak tiada masalah yang melanda,Tapi Allah timbulkan pelbagai masalah,Kerana Dia mahu, kita mengadu segala kepadaNya.

                            Hidup ini kalau boleh kita mahu sentiasa berada dalam ketenangan,Tapi Allah selitkan juga kegelisahan,Agar kita tidak terleka dari mencari iman.

Apapun Allah swt berikan kepada kita, adalah untuk menguji tahap dan kekuatan iman kita. Tidak Allah swt menguji seseorang itu atas dasar tahap kemampuannya.Bersabarlah dalam menempuh ujian Allah swt. Semoga Allah swt memberi ketabahan dan kekuatan dalam menempuhi liku-liku kehidupan.

Teringat kata-kata ini, mungkin terkena pada diri sendiri. Dalam keadaan sedang belajar bagi menhadapi kehidupan yang lebih mencabar kelak. Inilah proses tarbiyah buat diri dan sepanjang proses ini, pelbagai hati dan perasaan yang telah terguris.

sahabatSaya hanya manusia biasa, Nafsu, perasaan, syaitan masih kalah dalam berlawan. Kesalahan, kebiadapan, keterlanjuran mungkin dah sebati dengan diri ini. Bukan ahli tasawwuf, bukan ahli tarekat, bukan alim ulama’, jauh langit dari bumi. Allahurabbi.

Sahabat-sahabat sekalian yang dirahmati Allah, semoga ukhuwah persahabatan yang terjalin ini, tidak rekah dijemur hujan panas. Apa yang kita sama-sama harungi harini menjadi kenangan terindah kelak satu masa nanti.Tak lama masa yang kita ada untuk sebegini rupa. Semoga kita semua dibawah lindungan rahmat dan berkat Allah swt.

Ya Allah, jadikanlah ukhuwwah persahabtan yang terjalin antara kami, ukhuwwah kerana Mu. Berjalan berjuang di jalan Mu. Rindu kami menjadi rahmat Mu. Kasih kami kerana kasih Mu. Pertemu kami di syurga nanti ya Allah.

*nape lagu ni sedih sangat, membuat aku lebih berfikiran melayang, termenung.

3 comments:

Sila la Komen