Sunday, May 20, 2012

Lengkap+Berpasangan?

Maha suci (Allah) yang menciptakan semuanya berpasang-pasangan baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui. Yassin 36

Bukan nak cerita tentang pasangan (couple), ayat ni ramai orang salah guna, hinggakan kawan aku budak surau sendiri edit gambar dia dengan awek beliau menggunakan ayat ni. Nauzubillah.

ffc17d8b-1858-4ec0-91fb-785b9ee656dcUstaz aku menceritakan tentang ayat ni, Allah swt menciptakan tiap-tiap menda kat dunia ni mesti ada partner dia. Contoh paling mudah, lelaki mesti ada perempuan. Contoh susah sikit, ada kebaikan mesti ada kejahatan. Neraka mesti ada syurga, marah mesti ada gembira, benci mesti ada suka dan sebagainya.Hebatnya Allah swt, dia tidak menciptakan sesuatu tidak berseorangan!.

Kita tak perlu pergi jauh, lihat diri sendiri. Bagaimana Allah swt meletakkan diri kita. Dalam beribu-ribu orang , kenapa Allah letakkan kita bersama kawan-kawan kita yang ada sekarang ni. Pernah tak kita fikir? Pernah tak kita terfikir bahawa orang-orang disekeliling kita saling melengkapi antara satu sama lain. Cuba fikirkan!

IMG_5078Tiap-tiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan aku sendiri memang banyak kelemahan , terlalu banyak. Dan memang aku rasa kelemahan adalah kurniaan Allah swt. Kadang-kala kelemahan kita ni bukanlah kita sendiri yang menemui tapi, keadaan, kawan-kawan sekeliling yang membantu kita menemuinya.

Bila Allah kurnia kelebihan dan kekurangan bijak la kita dalam menggunakannya. Bukan semua kekurang membawa keburukan dan bukan semua kelebihan membawa kebaikan. Allah swt ada sebut kot dlm quran hal ni,

DSC01891“…..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.
216 (Al-baqarah)

Apa-apa pun, belajar bermuhasabah. Belajar memperbaiki diri. Kekurangan diri, aku cakap kat diri sendiri ni. Mungkin banyak buat dosa dengan manusia, dosa dengan Allah swt. Kena lihat balik diri ni, begitu banyak kelompongan dalam segala aspek. Berdoalah kepada Allah swt, dalam apa keadaan sekalipun.

AfriendcopyAku tak pernah kot tulis entry panjang macam ni. Entah tiba-tiba terasa nak menaip. Apa dalam hati aku tulis je ni, tak rangka apa-apa pun. Ok kawan-kawan sayang korang semua kerana Allah swt!!

*gambar kat atas tu gambar kawan aku.

5 comments:

  1. jazakallah khairan kerna tulisan ini menaikkan kembali semangat sy.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. wah, tulisan sudah improve. tiada lagi ayat-ayat singkat dalam penulisan. sudah bersinar sudah kredibiliti selaku seorang penulis. (^__^V)

    ReplyDelete
  3. hurm... syukran akhi... (-__-")

    ReplyDelete
  4. terBAEk..........

    ReplyDelete

Sila la Komen