Tuesday, May 8, 2012

Leaders To Lead

How to interprate leaders? Define leaders! Person or people who has power to influence people. Teeeet! Totally wrong bro! Eh! Did I’m look silly while talking in english? Haha. Cukup2 sudah (lagu Nirwana)

Bila disebut pemimpin, bukanlah sesuatu yang mudah, yang senang untuk diperlakukan sekadar dengan kata-kata, tapi penuh dengan bebanan dan tanggungjawab. Hadis Nabi s.a.w “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim).

Mana Imam Hassan al-banna meletakkan, pemimpin ibarat seorang bapa kepada anak-anaknya. (Tiba2 terasa diri ini tua). Setiap apa yang berlaku ke atas orang-orang yang dipimpin adalah tanggungjawab kita. Kemalangan, kerosakkan, kesakitan, apa2 sahaja yang melibatkan ahli2 adalah dibawah tanggungjawab ketua.

Bila difikir, gagalnya dalam memimpin, nerakalah jawabnya. Ya Allah! Ampuni aku. Bila dilantik seorang pemimpin ketahui bahawa sebelah kakimu ke neraka. Nauzubillah.

Rendah & Tinggi

DSC01806Bila dah nama pemimpin, meletakkan diri kita tinggi sedikit dari orang. Yelah dah diberi taklifan. Bukan Tasyrif (bangga+bangang) tapi amanah. Apakah tiada langsung riak? Takbur? Bila2 masa Allah nak uji. Harini aku ditugas menjaga gerai. Ondaway nak ke gerai, singgah masjid dulu, terserempak dengan seorang sahabat. “ Eh enta nak kemana ni,?” tanya dia. “ Ana nak ke gerai ni, tugas jaga gerai harini,”. “Ai takkan ketua pun kena jaga gerai?, dasat2 sambil senyum . “ Biasalah, mula2, ok lah ana gerak dulu ya”.

DSC01807Dalam hati aku terdetik juga, “eh betul juga, mana orang bawah2” Astaghfirullah. Mulianya aku. Rasulullah s.a.w ketika perang ahzab, beliau ikat perut gali parit bersama-sama sahabat. Membina masjid di madinah, Rasulullah s.a.w KETUA NEGARA pun turut sama-sama bina.

Jadi mulia sangatkah kita? Hebat sangatkah kita? Tinggi sangatkah kita?
Ya Allah, ampuni dosa aku, pelihara hatiku dari maksiat+dosa. Istiqamahkan aku, ikhlaskan aku dalam tiap2 perbuatan,langkah dalam menggapai redhoMu Ya Allah.

Hanya dengan gerai macam2 aku belajar, inilah kali pertama aku jaga, nak guna alat2 semua ni pun tak reti lagi. Boleh la sikit2,… kadang2 jangan kita terlalu meremehkn, memperlekeh sesuatu perbuatan yang kecil, kerana takut input,hasil dia yang lebih memberi kesan. Allahurabbi.

2 comments:

Sila la Komen