Thursday, December 29, 2011

Riadah Menjadi Padah

Riadah mengikut wikipedia adalah aktiviti-aktiviti sihat yang mencergaskan tubuh badan. Skema ayat! Salah satunya sukan. Sepanjang semester kali ni, harini kali ke-3 turun futsal. 3hari berturut-turut. Sebelum ni bukan tak bersukan, tapi lebih berminat dengan badminton.images

Satu rumah aku turun main futsal harini. Awal permainan bermula dengan baik. Kumpulan aku mendahului 2-0. Keadaan menjadi semakin panas pada bila team aku, Villa,bukan nama sebenar dirembat headshot di kepala. Permainan terhenti seketika.

Pasukan lawan bermain dengan serius. Rembatan demi rebatan diberi. Asakan demi asakan. Aku yang tak berapa pandai main ni, main-main dalam main-main. Kadang-kadang aku capai tali skipping di tiang gol, main skipping.

Kemuncaknya tiba bila, team lawan, C.Ronaldho,bukan nama sebenar mula merembat kuat ke arah seorang team aku, Messi, bukan nama sebenar juga.“Nak lagi boleh!” tiba-tiba keluar dari mulut team lawan. Messi yang panas dengan kata-kata tersebut terus meluru ke arah C.Ronaldho dan satu das tumbukan sedikit terhayun. Sedikit darah di mulut C.Ronaldho.

Pergaduhan mulut berlaku. Permainan terus terhenti. Kami terus ke menuju ke bilik. Sepanjang perjalanan ke bilik, peperangan mulut terus berlaku.

Tiba di bilik, aku ingatkan semua dah setel. Tiba-tiba Messi terus ke bilik C.Ronaldho. Suasana tegang , masing-masing menunjukkan hero. Peperangan mulut terus berlaku, aku dan beberapa orang kawan terpaksa menenangkan Messi dan C.Ronaldho.futsal

Akhirnya setel, minta maaf, tapi dendam masih membara, Perang yang tercetus sebelum ni antara Messi dan C.Ronaldho masih terpendam di lubuk hati.

Dalam hal ni, tak nak salahkn sesiapa. Tapi biarlah matang dalam perbuatan kita. Umur makin matang, biarlah sematang tindakkannya. Hilang nak riadah, akhirnya dapat padah. Hilang seronok aku harini.

Sunday, December 25, 2011

Akademik = Dakwah

Ya Allah, tup2 dah nak final exam. Pantas masa berlalu. Sejak diberi taklifan dalam persatuan, terasa belakang memikul satu bebanan yang sangat berat. Satu tanggungjawab , satu amanah, satu malaysia  yang perlu dipegang untuk satu penggal. Menjadi kebiasaan, bilamana kita aktif dalam satu persatuan,kelab mahupun organisasi, pengurusan masa yang mantap sangat diperlukan.
Kita selaku mahasiswa yang mana tanggungjawab belajar juga harus menjadi keutamaan. Bila dah sibuk, masa untuk study menjadi semakin kurang, jika tidak kena pada pengurusannya. Allah swt berfirman dalam surah al-asr, “ Demi masa, sungguhnya manusia dalam kerugian”. Ya memang benar! Kita memang dalam kerugian. Sebaik manakah pengurusan masa kita?alwanwallp8
Dalam sibuk berpersatuan, saya sering memfokuskan kerja, program-program dakwah dalam persatuan, kadangkala masa untuk mengulangkaji pelajaran dikurangkan. Itulah silap! Buka minda kita. Tahukah kita bahawa study itu adalah salah satu ruang lingkup dalam dakwah. Tidak percaya?
Kita buka lebih luas perbincangan kita. Bila disebut sunnah, apakah terlintas di fikiran anda? Jubah? kopiah? serban? lagi?!. Lupakah kita sunnah itu adalah tiap-tiap dari Nabi s.a.w. Salah satunya adalah sikap optimis yang pada Rasulullah s.a.w dakwah
Jadi, dalam study kita perlukan sikap yang optimis dalam memastikan kecemerlangan dalam ujian ataupun peperiksaan. Jadi secara tidak langsung kita berdakwah menggunakan sikap yang diamalkan Rasulullah saw! Jom kawan-kawan mengoptimiskan diri kita dalam usaha kecemerlangan di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Wednesday, December 7, 2011

Cinta

Dalam kitab ash-Shahihain Nabi s.a.w bersabda:
Ada tiga hal, sesiapa sahaja yang ada padanya, maka ia akan merasakan manisnya keimanan.

Seseorang hamba tidak akan merasakan manisnya iman, kecuali orang dalam hatinya ada 3 perkara: menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang yang hanya cinta kerana Allah, dan membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah swt menyelamatkannya daripada kekufuran itu,sebagaimana kebenciannya untuk dilemparkan ke dalam api neraka” (HR Bukhari No 16,21 dan Muslim no 43)

Sesiapa sahaja yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah,maka ia telah berupaya menyempurnakan imannya” (HR Abu Daud, No 4681, Tirmidzi No 2521)

Tidaklah dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, kecuali orang yang lebih utama daripada kedua-duanya adalah yang paling besar cintanya kepada sahabatnya itu’ (HR Hakim no 7323 dia berkata hadis ini sohih)

Membezakan Pelbagai Cinta

Ada 4 jenis cinta yang perlu dipisahkan, sebab banyak yang sesat kerana tidak memisahkannya.

Pertama: cinta jepada Allah. Agar selamat daripada seksaan Allah dan beruntung meraih pahala daripada-Nya,ini sahaja tidak cukup.Sebab orang-orang musyrik,para penyembah salib, orang2 yahudi dan lain2 mereka juga mencintai Allah.

Kedua: cinta kepada apa yang dicintai Allah. Jenis Cinta inilah yang membawa seseorang ke pangkuan Islam dan mengeluarkannya daripada kekufuran.Manusia yang paling dicinta Allah adalah orang yang paling konsisten dan paling kuat dalam mencintai.

Ketiga: Cinta kerana Allah dan cinta dalam keredhaanNya. Ini mengangkat cinta kepada apa yang Allah cintai. Kecintaan kepada apa yang Allah cintai ini, tidak akan benar kecuali dengan cinta kerana-Nya dan dalam redha-Nya,

Keempat: Kecintaan bersama Allah.Inilah cinta yang syirik, setiap orang yang mencinta sesuatu bersama dengan (kecintaan) kepada Allah, bukan kerana Allah, bukan dengan alasan-Nya atau dalam redhaNya, maka ia telah mengambil sekutu selain Allah inilah bentuk cinta orang2 musyrik.cinta (1)

Tinggal jenis kelima yang bukan dalam perbahasan kita; iaitu kecintaan alamiah, iaitu kecenderungan seseorang kepada apa saja yang sesuai dengan sifatnya, seperti kecintaan orang yang dahaga pada air, orang yang lapar pada makanan, cinta tidur , cinta isteri dan anak. Semua itu tidaklah tercela, kecuali yang melalaikan zikir kepada Allah, dan menyibukan daripada kecintaan kepada-Nya, sebagaimana Allaj swt berfirman mafhumnya.

Hai orang2 yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu sampai melalaikan kamu daripada mengingati Allah, barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang2 yang rugi (al-Munafiqun [63];9)

“lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah (an-nur[24]:37)

p/s: Aku petik dari kitab Mengetuk Pintu Keampunan Allah karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah anak murid kepada Syeikh Ibnu Taimiyyah kang ada cakap aku pandai2 plak.

Friday, November 18, 2011

Pondok Bas ke Muka Buku

SPM

               Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah ,SPM bakal menjelang satu bulan saja lagi. Pelbagai program akademik yang dirancang pihak sekolah untuk memastikan pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan. Kadang-kala pelajar terpaksa membatalkan hasrat pulang ke kampung kerana jadual yang P5110682pack dengan program.

Wei cepat lah bas dah gerak dah ni,” jerit Kifli. Aku tergesa-gesa menuju ke bas. Kebiasaannya kami dapat pulang terus selepas selesai solat Jumaat. Tetapi disebabkan program petang ini, kami terpaksa mengikuti program yang dijalankan, iaitu Program Cemerlang Bengkel Lukisan Kejuruteraan.

Sekolah menyediakan bas bagi menghantar pelajar-pelajar ke stesen bas yang berdekatan iaitu di Bandar Pusat Jengka. Ada juga yang menaiki teksi kerana kuatir tertinggal bas. Jarak sekolah dengan stesen bas hanya 5km.

Lewat

Tiba di Stesen Bas Bandar Pusat Jengka, jam menunjukkan 6.30 ptg. “ Aku rasa kita dah terlepas bas ni,” keluh aku. “Entahlah pihak sekolah ni, diaorang tak fikir ke kita ni naik bas, bas dah lah buruk, lembap nak mampus, geram aku,” luah Azlan. Kami 6 orang , aku, Kifli, Azlan, Alif, Wan dan Hafiz terpaksa menunggu bas yang berikutnya pada pukul 8 malamjengkapusat.

Ala, apa susah, boleh jalan-jalan dulu, karang boleh sembahyang jama’ terus, kan senang,” Wan cuba melegakan hati. Suasana stesen bas yang penuh sesak semakin reda dari riuh-rendahnya. Menjadi kebiasaan pada musim cuti sekolah keadaan akan sesak begini kerana terdapat beberapa buah sekolah berasrama di sini.

Solat

Bandar Jengka bukanlah seperti bandar yang kita fikirkan, yang penuh dengan pusat membeli-belah, pusat hiburan, kedai makan dan sebagainya. Hanyalah seperti sebuah pekan yang sedang ke arah pembangunan. Antara pasaraya yang popular adalah B5, barang-barang keperluan asrama,makanan dan sebagainya menjadi sumber kami di sini.

Pelbagai ragam manusia di waktu Maghrib. Ada yang duduk melepak, mat motor, semuanya terdiri dari anak muda. Ruginya lah anak muda yang sepatutnya menjadi harta negara menjadi aset yang disia-siakan, bahkan merugikan. Tidak dicampurkan lagi dalam soal ama ibadat, solat dan sebagainya. Bersyukur kepada Allah swt. masih meletakkan rasa beragama dalam diriku alhamdulillah!.

Dah ni, tak nak sembahyang ke? " gurau Hafiz. Kami terus mencari surau yang berdekatan untuk solat. “Ya Allah, ni surau ke apa ni,?” Wan bersuara. Melihat keadaan surau yang sangat teruk. Bagaimana ingin tarik orang nak sembahyang kalau keadaan tempat solatnya seperti ini. Kami terus bersolat.

Budak Menangis

Selesai solat, kami terus menuju ke stesen bas. “ Mana bas ni, adui,” keluh aku. “ Sabar la, jap lagi ada la tu,” Wan cuba lagi menenangkan hati. Inilah kali pertama kami pulang lewat sebegini, kebiasaanya pada waktu begini, kami sudah tiba di rumah.

Di hujung kerusi stesen bas, aku terlihat seorang budak perempuan berkaca mata, bertudung labuh sedang menangis teresak-esak. Lihat dari pemakaiannya mungkin pelajar Maahad Sultan Ahmad Shah Addini yang berhampiran sekolahku.

Wei pergi la tanya, apasal budak tu,?” Azlan menyuruh. “ Ko pergi la, segan aku,karang dia keluar arab, aku nak balas apa” aku menolak. " Ala abang pergi la,” Alif menyindir aku. Masing-masing menuding jari ke arah masing-masing.Memandangkan kami ini hanya dari aliran teknik, terwujud jurang yang sangat besar diantara pelajar aliran agama dan aliran tenik terutama dalam bidang agama. Merendah diri katakan.

Tapi menyedihkan apabila melihat pelajar-pelajar aliran agama berdating tidak tentu hala. Bukan tidak sedih melihat mereka yang bukan aliran agama berdating, tapi kerana pemakaian mereka, penampilan mereka masyarakat lebih mengenali mereka dari aspek agama.

Tertinggal Bas

Assalamualaikum, kenapa ni dik,?” aku memberanikan diri menegur. Dia hanya mendiamkan diri. “Kenapa ni, ada masalah beritahu la,” aku sedikit meninggikan suara. “ Tertinggal bas…,” jawab dia teresak-esak. “ Bas pukul berapa tadi, nak balik mana ni,? aku bertanya lagi. “Klang, tadi bas 6.30ptg,” balasnya. “Kenapa tak beli tiket baru,?” soalku lagi. “ Duit tak ada,..” balas nya lagi. Berhenti seketika tangisannya.

Wei dia tertinggal bas la,” aku memberitahu kepada kawan-kawanku. “ Ala abang belanja la tiket baru,” Alif menyindir lagi. Semua berada di situ tergelak besar. “Macam ni lah, kita share duit beli tiket baru ok,?” Wan memberi idea. Mereka pun memberi Rm 3ringgit seorang kepada aku.

Tiket

Cuba beri tiket kamu jap,” pinta aku kepada dia. Dia menghulurkan tiketnya, lalu aku ke kaunter untuk membeli tiket baru. “ Assalamualaikum bang, tiket ke Klang ada lagi tak malam ni,?” tanya aku . “ Ada dik, pukul 9.00mlm,” balas penjaga kaunter tiket tersebut. “ Ni ha ada budak sekolah tertinggal bas, ni nak beli tiket baru,” cerita ringkasku.

Kelang, B-12. 9.00 malam, Metro Bus, Alhamdulillah, ini tiket yang dibeli. Aku mendapat separuh harga dengan menunjukkan tiket yang asal. Mungkin belas kasihan penjaga kaunter tiket bas tersebut.

Nah ambil ni, tiket ke bas ke Klang pukul 9.00malam,” sambil aku menghulurkan tiket. Dia hanya berdiam diri. “ Ambil la, ni kawan-kawan saya belanja, bukan duit saya, tiket ni dapat separuh harga, balance tu simpanlah,” aku menambah.Lalu dia mengambil tanpa banyak kata.

Balik

Nur Lyana Aifa .Tingkatan 3, dia memperkenalkan dirinya. “ Ya Allah, baru tingkatan 3, sorang-sorang di stesen bas, malam pulak tu, kalau aku sendiri pun menangis” aku bermonolog sendirian.Kalaulah adik-adik aku berada di tempat Aifa, moga Allah meletakkan seseorang untuk membantu sebagaimana aku membantu.

Ni la budak-budak sekolah, dah tau nak balik, siap lah cepat, ni tidak,” tiba-tiba makcik disebelahnya mencelah perbualan aku dengan dia. “ Biasalah makcik, kadang-kadang tak terkejar, nak kemas barang,” aku menyambung.

Hai bang, bas nak gerak ni, taknak balik ke,?” jerit Alif dari dalam bas. Ya Allah mereka dah naik bas rupanya. “ Ok lah Aifa, jangan teringgal bas pulak,” perli aku. Aifa hanya tersenyum. Aku tergesa-gesa menuju ke bas.

Alhamdulillah, dapat pulang dengan gembira. Dapat membantu seseorang yang dalam kesulitan. Teringat ustaz pesan, “kalau kita permudah urusan orang, nanti Allah permudah urusan kita,”.

Dunia yang kecil

 Cepatnya masa berlalu. Sedak tak sedar aku dah berada di alam kampus. Sem pada kali ini agak memenatkan. Jadual kelas yang pack sampai ke malam. Tidak cukup dengan kelas, aktivit persatuan lagi, yang memenuhkan rutin harian ku sebagai seorang mahasiswa.

Balik dari kelas, aku terus merebah diri di atas katil, tiba-tiba aku terpandang skrin laptopku yang tidak ditutup dari semalam, notification FaceBook. Friend request dan messages. Lalu aku klik melihat siapa. “ Siapa pulak ni,?” aku bercakap sendirian. Nama profilnya yang tertulis tulisan jawi dan gambar profil kartun perempuan berpurdah.

Aku merebahkan semula diri ke katil. Baru ingin melelapkan mata berehat, aku terpandang notification message yang belum di baca. Lalu aku klik untuk melihat mesej dari siapa.

.fb

__________________________________Tamat________________________

Friday, November 11, 2011

Kampung is Much Better

Perjalanan dari Melaka ke Kuantan sgt menguji.Beralih dari tempat yang penuh dgn batu2 bata tinggi, asap , bunyi bising akhirnya kembali ke kampung yang diisi bunyi cengkerik, ayam berkokok dan burung2. Fuih mmg terbaik.

Cuti plak seminggu memang lagi terbaik. Cerita pasal keadaan di kampung mmg tak habis cerita. Pagi2 lepas subuh, lepak2 diberanda, rumput hijau, kabus, dgn sejuk, tambah plak ayam berkokok memang beri ketenangan.So kali ni, nak ajak semua tgk apa yang ada di kampung (baiti jannati).

dpn umah

Ni kat depan rumah, percaya tak? macam tak percaya. Tapi tu la hakikatnya. Kalau pagi2, lagi cantik, dengan kabusnya, bunyi burung, memang layang perasaan. Waktu ni time pagi. Fuih.subhanallah!!

bunga

Ni bunga apa tah, kat luar pagar. Ayah tanam kot. Tapi lawa, merah ja. Yea kita semakin masuk ke kawasan dalam!.

durian

Masuk2 je pintu pagar nampak pokok durian, sekarang dah bulan 11, ntah mengapa durian ni still berbuah, tgk hebatnya Allah taala cipta, mende yang sepatutnya seragam musimnya, tapi boleh jadi tak seragam. kita tahu apa, sebut durian, tahu makan je.

lanskap

Ni area depan rumah, ni la lanskap yang diusahkan oleh aku, emak dan abg hasan. Berbulan2 nak siap, sampai sekarang tak siap2. Bila nak siap ntah. Ni la tempat lepak time ptg2.

ayam vs itik

Ni angsa, bukan itik, pandai2 korang je cakap itik. Angsa ni dah lama ayah bela, tapi tak membiak2 ntah mengapa, mungkin tempat tak sesuai. Ayam kat belakang tu, bukan ayam biasa2, tu ayam Israel, bukan Israel yang Yahudi tu, tapi jenis ayam besar, org panggil ayam Israel, ak pun panggil cmtu juga. Teringat Utz Tengku Asri pesan,  “ Kalau nak berkat, pagi2 beri makan ayam,itik, sebab tu hidup orang dulu2 berkat”. Aku tgk ayah pagi2 beri makan dorang2 ni. Suke aku tgk.

kambing

Ni bukan anak kambing la kawan2, ni anak biri2, memang la kambing tapi nama dia kambing biri2. Kecik je die ni, baru je lahir. Kat rumah, ayah bela biri2 juga, tak la banyak, tapi boleh la. Pagi2 ayah sibuk ke kandang kambing, beri makan, kdg2 aku tolong juga.kan ayah? Ayah kata bela biri2 ni sunnah. Setakat ni dah 4 ekor kiteorang dah korbankan. Sian biri2 ni.Tapi daging dia sedap!! Ha3

jambu

  Cuba teka apa nama jambu ni? jambu batu? bukan la, ni jambu air. Banyak buah dia, tapi takde orang makan, aku pn tak berapa. Ni la manusia, masa ada tak reti nak syukur, bila takda baru mencari.Jambu ni anak sedara suka kutip, teringat kat Sakinah. rindu kt dia.

limau

Korang pandai baca kan, ni limau kasturi, limau ni kalau buat air, perh, mantap. Pokok ni takda musim, bila dia nk buah, dia buah la. Kiteorang petik ja. Pastu buat teh o ais limau.Haha

Ni la kampung ku, RumahKu Syurga Ku. Kadang2 selalu dgr, buat apa balik rumah? Kan bulan lepas dah balik? Rugi duit je balik rumah. Bagi aku, rumah adalah segala2nya. Mak Ayah, adik beradik, suasana kampung, tu la yang paling terbaik. Gelak ketawa, makan ramai2, seronoknya la.

Ya. Tak segan aku nak ngaku, aku budak kampung je. Kampung la terbaik, 1001 ketenangan membawa 1001 kebahgiaan cewah.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang"

(Al-Raad : 28)

Wednesday, November 2, 2011

Kawan is Friends

Dalam kita menempuh jalan2 kehidupan ini, menjadi lumrah untuk kita mempunyai teman seperjuangan yang bergerak seiring dengan langkah perjalanan kita ataupun lebih kita kenali sebagai kawan. Bila sebut kawan, apa itu kawan, bagi aku dalam keadaan di kampus, kawan adalah segala2nya.Sebab kita lebih banyak meluangkan masa dengan kawan2.

Dalam berkawan, semua orang kita boleh berkawan tapi tak semua boleh jadi kawan. Kadang2 ada yang kita bersusah untuk seseorang tu, tapi tak reti2 nak hargai apa yang kita buat. Sebut pasal kawan ni macam2 boleh cerita, ada kawan yang tikam belakang, kawan yang talam 20 muka, dan macam2 lagi. Macam eklan astro plak.kucing

Tapi harini, aku nak kongsi sikit pasal kawan yang boleh dipanggil kawan. Tak ramai kawan macam ni, memang susah nak cari, kalau ada pun tak ramai. Di kampus aku ada seorang kawan, bukan budak islamik, bukan budak persatuan islam, tapi bila minta tolong sgt tak berkira, Berbanding ada budak persatuan islam, minta tolong skit, “ Eh anta minta tolong orang lain la, ana bz ni,” Last2 kantoi tidur kat bilik. Kawan… kawan…

Teringat potongan hadis Nabi s.a.w dimana antara 7 golongan yang mendpt lindungan arash Allah swt di akhirat adalah, mereka yang berkasih sayang kerana Allah. Teringat juga kisah persahabatan Nabi s.a.w dgn Saidinar Abu Bakar, hingga Nabi s.a.w pernah tidur di riba Saidinar Abu Bakar, Subhanallah!. Bagaimana nak tahu kita kawan kerana Allah? Tepuk dada tnye la iman kita.

Tuesday, October 25, 2011

Demam is…

Tak tahu kenapa, baru2 ni aku terlibat dengan jualan gerai di kampus, rasa seronok ya rabbi. Rasa bahgia ja. Wah ni dah lain. Takde la cuma seronok berniaga ni. Rasa rezeki tu memang dari Allah swt. Try la. Geng2 gerai memang terbaik, tak berkira pun kalau kerja, tak kisah pun , minta tolong terus buat. Kadang2 sian plak aku tengok. Ni la namanya kawan.

Apa2 pun 2 hari tu, perh penat ya Rabbi. Kesannya sekarang tengah demam, malam ni tak gi kelas thermodynamic, dah la lusa nak test 1. Sabar je la. Kadang2 kita terlepas pandang, kadang2 kita lupa, penyakit semua ni, datang dari sapa? Dari Allah swt. Kan tiap2 penyakit itu penghapus dosa.

Apa2 pun Allah uji kita, sabar ja la. jangan banyak mengungkit. Allah beri demam sehari dua cerita bagai nk rak, Yang sihat bertahun2 ni takde plak nak cerita kat orang kn. Ni la manusia,

Apa2 pun, kawan2 doakn sy sihat+sembuh dengan cepat, mudah nk beribadat kpd Allah dan nk siapkan lab report+test yang akan datang ni. =D

Thursday, October 6, 2011

Redha Illahi

Saat malam mula berlabuh,
Tika diri hanyut diarus
Tersentak lena ku dengan izinNya,
Menggagah diri ku melawan deruan hati,
Ingin sekali ku menyerah diri,
Menghadap Tuhan memperhamba diri.

Di bawah celahan sinar cahaya,
Bermuhasabah diri ini seketika,
Mengenang diri yang sungguh hina,
Berlinang air mata diri terkesima.
Meluah kata penuh bernada.

air mataAmpunan Mu Tuhan yang ku dambakan,
RahmatMu yang ku inginkan,
BerkatMu yang ku doakan,
Moga di perhias tiap langkah pergerakan.



Sekian lama ku mencari,
Disebalik menempuh onak-duri,
Mencari makna membawa diri,
Akhirnya telah ku jumpai,
Yang ku cari Redha Illahi,
Itu yang hakiki, kekal abadi.

Tuesday, October 4, 2011

Menulis jap…

Assalamualaikum.
Lama tak menulis blog. So petang2 yang redup ni, aku nak amik sedikit kelapangan yang dikurniakan Allah swt untuk tulis blog. Kadang2 kita mempunyai pelbagai pandangan, luahan untuk nak dikongsi, tapi mungkin sebab tiada medium sebenar dalam meluahankan di lubuk hati.

Sesetengah orang dia meluahkan perasaan, ketidakpuasan , sakit hati melalui penulisan dia, contoh cerpen ke, lirik lagu ke pe ke, tak kisah la janji melontarkn apa yang terbuku di hati itu lebih baik.
Hari ni tak ada apa2 sangat nak dikongsi, cuma nak bagitahu seronoknya berkawan. Spesifiknya kawan susah senang. Apa2 masalah terus roger. Kawan ni ada pelbagai jenis yang boleh dikelaskan. Tapi apa yang aku nk cerita harini tentang kawan susah senang.
Dalam keadaan di U ni, kawan la antara orang paling penting dalam kita mendevelopkan diri kita. betul Nabi s.a.w cerita dalam hadisnya yang panjang mengenai kawan. Berkawan dengan orang jual wangi , paling kurang dapat tester pn jadi. Percayalah bila korang jumpa kawan susah senang, rasa berkawan itu sangat lain. Indah bila berukhuwwah bila mana rasa berkawan tu bukan hanya pada perasaan tapi kat hati.
Kawan ni tak kisah la lelaki ke perempuan. Dengan lelaki lain caranya, dengan perempuan pun kene ada caranya. Sebab lelaki dengan perempuan kene jaga ikhtilat iaitu perbatasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kene jaga tu, nak2 berkenaan hati. Bab2 hati ni memang kena amik serius. Kalau ada perasaan tu awal2 dah kena buang, sebab kalo boleh berkawan tu biarlah kerana Allah, teringat sebahagian hadis yang mana menyebut antara 7 golongan yang mendapat pelindungan arash Allah swt di akhirat nanti ialah pemuda2 yang berkasih sayang kerana Allah swt.
Bab ikhtilat ni aku bukan ustaz, bukan alim ulama, apatah lagi ahli fatwa dalam meng ijtihad hukum. Tapi sekadar mampu beri pandangan, sesetengah orang tak faham keadaan sekarang ni (macam la aku faham sgt), bukan ape kadang2 tu … maleh nak cerita. Tapi kalau saidinar Umar dulu jmpe perempuan pun beri salam, cerita ni ada diriwayatkan. nak tahu lebih, tnye la ustaz2 yang lebih mahir. So jangan la syadid sangat bab berikhtilat ni. Sampai menyusahkan dalam berorganisasi. So berkwan la tapi jaga batasan. Psl beri salam,jumhur ulama’ ckp selagi mana x timbul fitnha, niat elok xpe.

Bab2 kawan2 dengan perempuna ke pe ke, ustaz azhar ada citer bab ni, Hukum lelaki berhubung dngn perempuan atas dasar berkenalan, beri mklumat, adalah harus, borak saja2 makruh, sampai menimbulkan nafsu HARAM. Jadi dalam berorganisasi apatah lagi terutama dalam bergerak kerja. INGAT TU KAWAN2!!!

sekian.

Wednesday, September 14, 2011

Bedak Sejuk Pasir Pantai

Cuti semester

“Mak , Pak Ngah ajak pergi Tioman hujung minggu ni, boleh tak?” soal aku dengan penuh harapan. “Pak Ngah yang ajak pergi ke kamu yang memandai nak pergi?,” balas emak. “Ni, Pak Ngah post kat wall fb saya,” sambil menunjukkan skrin laptop ke emak. “ Ya lah, pergilah, tapi hati-hati, kirim salam mak pada Pak Ngah kamu tu” ujar emak ringkas. Emak terus ke dapur. Yes! Tidak sabar menanti hujung minggu ini. Cuti semester yang panjang ini akan dihabiskan dengan pelbagai aktiviti.

             Cuti semester yang baru bermula minggu lepas terasa seperti sebulan. Menariknya kali ini, cuti semesternya yang agak panjang kerana Kementerian Pelajaran ingin menyelaraskan cuti pelajar-pelajar malaysia yang menuntut di luar negara. Jadi cuti semester dilanjutkan sehingga bulan September. Bermakna pelajar akan cuti lebih kurang 4 bulan lebih!

Bas

“Bang, bas ni gerak pukul berapa,?” soalku kepada pemandu bas. “ Tunggu penuh dik, kalau penuh, jalan,” mudah balasnya. Hampir sejam menunggu dalam bas dengan keadaan panasnya, tambahan pula sesak dengan penumpang. Beginilah realiti keadaan bas ke Rompin dan Muadzam Shah, sangat uzur. Kebiasaannya bas Mara Liner yang baru digunakan. Kebetulan hari itu dapat bas yang uzur .

            Perjalanan menuju ke Jeti Kuala Rompin sangat menguji kesabaran. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Walaubagaimanapun, alhamdulillah kerana mendapat tempat duduk. Kalaulah berdiri dalam 2 jam setengah, tidak dapat nak dibayangkan! Akhirnya pukul 2.25 ptg tiba di Jeti Kuala Rompin. Seterusnya aku akan menaiki bot terus ke Pulau Tioman.

Tiket ke Tioman sama ada perjalanan dari Kuala Rompin mahupun dari jeti Mersing berharga RM35 sehala. Perjalanan ke Tioman memakan masa selama 1 jam 3o minit.

Tergamam

             Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan , bot yang dinaiki tiba di pengkalan Jeti Kampung Batang. “Ya Allah,” itu perkataan yang keluar dari mulut. Tergamam seketika melihat perubahan yang berlaku di sini. Kali terakhir kedatanganku ke sini adalah 4 tahun yang lepas. Pengkalan jetinya kini penuh sesak dengan orang ramai, terutamanya pengunjung dari luar negara.

“Assalamualaikum!” sapa Pak Ngah dari belakang. Terkejut dibuatnya. “ Waalaikumussalam, wah Pak Ngah , smartlah ingat yang behormat mana tadi,” perli aku kepada Pak Ngah. Lelaki tua yang lingkungan 46 tahun, berkopiah putih, berbaju batik hijau muda, membuat Pak Ngah kelihatan lebih muda.

Ressort15035

            

Paya Beach Resort. Inilah nama resort tempat kerja pak Ngah. Dah 10 tahun lebih Pak Ngah bekerja di sini. Sejak kematian isterinya, Pak Ngah berpindah ke Pulau Tioman. Kerjayanya sebagai supervisor di resort Encik Man pilihannya. Encik Man adalah pemilik kepada resort ini. Orangnya sangat mesra dan peramah. Inilah antara sebab resort Encik Man terkenal.

Disini tempat penginapan aku sepanjang berada di sini. Terima kasih En Man.

Penatnya Ya Allah!

Pantanya masa berlalu. Sudah 3 hari aku disini. Pelbagai aktiviti dan tempat Pak Ngah bawa aku lawati. Jalan Batu Sisa, berbasikal di Kampung Tengkek dan banyak lagi. Antara aktiviti yang paling seronok ialah snorkeling, sangat indah ciptaan Allah swt di laut!.

kaki itik Di sini aku mula berkenalan dengan peralatan   snorkeling. Terdapat tiga alat utama iaitu snorkel mask, semi-dry snorkel tiub dan paling penting fins ataupun kita selalu panggil kaki itik.

Laptop

“Pak Ngah boring lah pula rasa, ” kata aku kepada Pak Ngah. “Pula dah, haritu awal-awal datang seronok lah, kagum lah, macam-macam kamu ni, pergi la pusing-pusing, Pak Ngah nak masuk kerja ni,” balas Pak Ngah dengan nada menyindir. Seminggu di sini mulai merasa kebosanannya. Laptop pula tertinggal di rumah.

             Laptop selalu menjadi penghilang bosan dan tempat meluahkan hati dan perasaan. Adobe photoshop, blogging, Facebook itu menjadi rutin seminggu tika awal cuti semester . Tapi sekarang, nasiblah!

Perempuan

             Tiap-tiap pagi, selesai membaca mathurat, aku menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di tepi pantai. Namun, sejak kebelakangan ini, selalu aku melihat seorang seorang perempuan , bertudung labuh, duduk termenung berhampiran dengan budak-budak yang sedang bermain di tepi pantai.

              Suatu pagi, aku memberanikan diri untuk menegur perempuan tersebut. “Assalamualaikum ,” salamku ringkas. “ Walaaaaaikummmussalam,” kanak-kanak yang tengah bermain di situ yang menjawab. Tapi perempuan tersebut terus berlalu pergi. Keesokkan harinya aku membuat perkara yang sama, tapi hasilnya tetap sama.

“ Jahat sangat ke aku ni, mungkin dia ustazah kot, jaga pergaulan , mana nak kawan dengan aku yang jahil ni,” bermonolog aku sendirian. “ Kak Ain tak nak kawan dengan abang ke,?” tiba-tiba seorang budak perempuan yang bermain di situ bertanya kepadaku. Aku hanya mampu tersenyum. Baru aku tahu Ain nama perempuan tersebut.

Degil

             Dua hari berturut-turut aku cuba berbual dengan perempuan tersebut, tapi hasilnya tetap sama. “Ah ni last, kalau dia pergi juga sebelum cakap, lantak dia lah, ” keluh aku sendirian. Seperti biasa aku pergi ke tempat kanak-kanak bermain dimana dia selalu berada.

“Assalamualaikum”.Tiba-tiba, Debukkk!! Adui! “Sorry bang, sorry” ujar seorang budak lelaki berbadan besar yang melanggar aku dari belakang. Terasa mendap muka ke dalam pasir pantai. Budak-budak yang bermain di situ berhenti seketika melihat aku.

“Eh, abang pakai bedak sejuk la!” jerit seorang budak perempuan. Aku dijadikan bahan gelak ketawa. Sewaktu aku menyapu membersihkan muka, sempat aku melihat Ain tergelak dan “ Haa tu lah, padan muka, nak kacau orang sangat!,” tiba-tiba dia bersuara dan terus berlalu pergi.

“ Belagak betul perempuan ni,aku nak tegur sapa pun tak boleh, menyesal aku, itulah degil sangat aku ni” keluh nada hampa aku.

Sejarah Hitam

Pak Ngah siapa budak perempuan yang selalu kat tepi pantai tu,?” tanya aku dengan penuh ingin tahu. “ Itu Ain, anak sedara Pak Akob yang kerja kat restauran tu, dia baru datang dari KL” balas Pak Ngah. Pelbagai soalan aku tujukan kepada Pak Ngah.

             Rupa-rupanya baru aku mengetahui bahawa Ain merupakan anak yatim piatu, dia tinggal dengan abang kandungannya di Kuala Lumpur. Baru-baru ini dia hampir diperkosa oleh abang kandungnya sewaktu abangnya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Mujur jiran sebelah rumah terdengar jeritan Ain dan sempat membantu. Kini abang kandungnya di tahan reman pihak polis untuk siasatan lanjut. Aku dah bersangka buruk pada Ain. Sebenarnya dia masih trauma dengan peristawa yang berlaku.

Kata-kata semangat

Segera aku mencapai sekeping kertas, dan sebatang pen;

                         Hidup ini kalau boleh kita ingin gembira selalu,Tapi Allah tak izinkan, Dia datangkan kesedihan, Agar kita kembali ingat kepadaNya.

                          Hidup ini kalau boleh kita nak tiada masalah yang melanda,Tapi Allah timbulkan pelbagai masalah,Kerana Dia mahu, kita mengadu segala kepadaNya.

                            Hidup ini kalau boleh kita mahu sentiasa berada dalam ketenangan,Tapi Allah selitkan juga kegelisahan,Agar kita tidak terleka dari mencari iman.

Apapun Allah swt berikan kepada kita, adalah untuk menguji tahap dan kekuatan iman kita. Tidak Allah swt menguji seseorang itu atas dasar tahap kemampuannya.Bersabarlah dalam menempuh ujian Allah swt. Semoga Allah swt memberi ketabahan dan kekuatan dalam menempuhi liku-liku kehidupan.

Ikhlas dari : “Pemuda Bedak Sejuk Pasir Pantai”

Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan semangat Ain. Pagi esoknya, aku keluar lebih awal dari biasa. “ Dik nanti tolong beri kat Kak Ain boleh?,” tanyaku pada salah sorang budak-budak disitu. “Nah, ambil ni beli aiskrim” aku mengulurkan Rm 5 kepada budak tadi. Tiba-tiba tergelak aku sendirian dan terfikir, “eh tu rasuah ke?”

Program

          Sudah sebulan berada di rumah. Ingatan di Pulau Tioman sudah kabur di ingatan. Hujung minggu ini aku mengikuti satu program kemasyarakatan di Kampung Sungai Kepung, Mentakab ,Pahang.Apa yang dapat aku lihat, sungguh kagum melihat ikatan masyarakat di sini, kaum Cina dan India tidak terkecuali saling bergotong-royong dan beramah-mesra. Sebenarnya beginilah yang sebenarnya di tuntut oleh agama, bukannya memisahkan kaum lain dari agama sendiri.

          Program yang berlangsung selama 3 hari di sini sungguh menyeronokan . Selesai majlis penutupan dan penyampaian cenderamata, aku berjalan keluar dewan untuk ke ruang jamuan. Tiba-tiba datang dua orang yang perempuan bertudung labuh dan berpurdah ke arah aku.

“ Assalamualaikum, nah ni feedback yang haritu, balik nanti enta tengak lah” sambil perempuan yang berkaca mata itu menghulurkan sampul surat putih. “Feedback haritu?,” tanya aku dalam keadaan kabur tapi kedua-duanya perempuan itu berlalu pergi. “ Ooh mungkin lebihan kerja program sebelum ni kot” fikir aku sendirian. Sebelum ini pernah juga aku terlibat selaku jawatankuasa program seperti ini, mungkin kurang mengenali ahli jawatankuasa sendiri. Aku terus berlalu ke ruang makan.

Surat

        Perjalanan pulang yang mengambil masa 1 jam setengah menunggangi Yamaha 135 LC sangat memenatkan. Tiba di rumah aku terus ke bilik melabuhkan diri ke katil. Tiba-tiba baru teringat sampul surat yang diberi oleh dua orang perempuan ketika di program tadi, lalu menyeluk saku seluar kanan mengeluarkan surat tersebut.

Aku terpanar seketika ketika membaca isi kandungan surat tersebut;

شكراعلى كل حال

Terima Kasih atas kata-kata semangat dan doa anta

Semoga Allah swt memberkati dan merahmati anta

“Pemuda Bedak Sejuk Pasir Pantai”

__________________________Tamat________________________________

Monday, August 29, 2011

Macam2 Raya...

Assalamualaikum..
Tup3...
Dah hari last puasa. Ya Allah, kejap betul masa berlalu.. sebulan macam seminggu. Esok dah nak raya dah. Apa2 pn apa yang dikongsi harini kerja2 persiapan nak raya. Seronok ada adik bradik ramai ni, meriah kot, macam2 kerenah ada. Pembahagian tugas mcm prgrm rasmi . Haha
Pagi tad time tgh sibuk2 mengemas rumah, tiba2 riuh sbb muncul makhluk Allah ni, ni rupe2nye cicak tokek yang org duk sbuk cari+jual.. Harga cicak ni 300gram RM 27ribu je. boleh la buat beli keta sebuah. Haha. Cicak ni la yang menganggu tidur selama ni. Bunyi dia menyeramkan.

Pagi2 tadi jugak , kiteorg sembelih biri2 ayah, waktu ni abg li y tgh lapah. Ni dah kali kebape sembelih. Mak cakap nk buat rendang. Kalo dlu2 setakat korang operat tikus tak heran la, ni operat kambing. Habis berbau 1 badan. Bau ape? Bau Kambing la..:P

Ni la hasilnya. Penat juga meng operat biri2 ni. Pasni kene potong lagi, pastu tulang tu simpan nak buat sup. Fuih!!

Mak kat dapur duk siang daging yang ni, ni nak buat rendang hitam, konfem korang tak penah dgrkan, rendang ni specialnya sebab resepinya diambil dr Royal Secret Resepi (ye2 je). Tapi dimaklumkan camtu la. Apa pn nak asar dah ni, nt smbung citer raya ni. Assalamualaikum.

Friday, August 19, 2011

Masjid Oooh Masjid

Assalamualaikum
Ya Allah dah nk masuk 3rd phase dah Ramadhan kita. Cepatnya masa berlalu.Amal ibadat macamana?

Hari ni kita cerita pasal masjid. Sebab sangat berkaitan dengan bulan puasa ni. Masjid mana? Masjid kat rumah ni ha. Nama masjid? biar la rahsia. karang ada yang report kt jabatan agama.
Masjid yang sepatutnya jadi center of community (inggeris la plak) pusat kemasyarakatan yang padat dengan aktiviti dan majlis ilmu jadi senyi sepi lagi2 bulan ramadhan ni. Rasa macam surau je, hakikatnya sebuah masjid!
Jemaah yang hadir? bak kata ustaz zambri, golongan KRU,kumpulan rambut uban. Sepatutnya barisan2 anak2 muda yang sepatutnya duduk di hadapan saf. salah siapa? punca? ajk? jkk?

Jawatankuasa masjid? yang ni sangat sakit hati.Masing2 bertikam sama sndiri. yang ni kutuk yang ni, yang tu kutuk y ni. last2 apa pun takjadi. Masjid yang berumur dekat 20 tahun lebih still macam 20tahun dlu. Karpet? bermacam2 peta ada. tak pernah tukar2. kadanga geli masa nak sembahyang. Duit masjid ada berpuluh2 ribu simpan. buat macam duit ayah dia. Sedar tak tu duit amanah jemaah? 
Imam+Bilal+makmum=??
Tok imam ada 3org, sorang sakit, sorang dah terlalu tua, last2 tinggal sorang , dia lah imam 5waktu. Bilal ada sorang , tapi masa maghrib+isya' ramai plak bilalnya. Makmum? sedih2, kalau zohor, asar adalah 5,6 org. Yang lagi best, kalau 3org imam tak datang masjid, semua tak berani jadi imam. Sebab? Kalau sape2 pandai jadi imam, konfem kene kutuk , baca salah, tajwid, taranum, tak ada tauliah, ya ni lah makmum masjidku.Mengutuk pandai , tapi buat tak reti.
Ramadhan?
Yang ni paling sedih. bulan ramadhan sama macam bulan lain. Masjid tak hidup. Kalau masjid dekat rumah dulu, petang2 msti dengar budak2 Kafa mengaji Al-Quran. Waktu buka kat masjid, meriah dengan org ramai, pelajar2 ipt yang join sekali berbuka. Malam msti ada tazkirah, kalau tak ad msti 21 rakaat semayang sunat. Imam terawih msti imam hafiz , tahun ni dari thailand. Masjid skrg ni? Allahurabbi. Takde mende. Tadarus? Geng2 KRU la, ada la 6,7org. Terawih ada la 2saf. Imam terawih? Sian tgk ayah, Subuh imam, zohor imam, asar imam,Maghrib dia imam, isya' pn imam, Terawih pn dia jadi imam. Kadang2 ayah suruh jd imam terawih , sekali sekali jd juga, tapi takut gak, masjid ni ramai alim ulama' karang tak pasal2 kene tegur .
Masjid oh masjid
Kalau masjid pun dah macamni, masyarakat setempat? lagi la teruk, duduk sekampung tapi tegur tidak, kenal tidak. gaduh, bermasam muka tu lah kerja nya. Kadang2 lebih suka 1 puak ni, masjid takpenah pergi, tapi cara kemasyarakatan mereka kira ok la dari yang pergi masjid, rasa alim ulama, ilmu tinggi pastu tak campur dengan masyarakat. Moga2 barisan pemuda2 terus menerajui barisan saf hadapan masjid/surau dan kita buang puak2 yang tertutup minda ni. (kalau org masjid baca blog ni, abeh la....)

Friday, August 12, 2011

Heroin Ramadhan


Assalamualaikum.
Uish cepat tul masa berlalu, dah masuk penggal ke 2 ramadhan dah.Macamana amal ibadat kawan2? sehari 1juz dpt tak? susah sikit kn? kene la bermujahadah sikit. Jadikn ramadhan kali ni lebih baik bhkan berlipat kali ganda dari ramadhan y dlu.
Apa yang yang dikongsi kali ini mengenai HEROIN RAMADHAN, bukan heroin dadah tu, yang kita cerita lain hari, tapi kali ni tentang seorang wanita yang penuh pengorbanan tanpa penat lelah.Bulan ramadhan ni bulan yang sungguh memberi cabaran, dengan cuaca yang panas, makna ramadhan tu dah bermaksud kemarau. Tapi tak menjadi halangan kepada seorang wanita yang tabah dan sabar mentaati perintah Allah swt.
Bermula detik 4.30pagi lampu terpasang. Sesudah solat, persiapan bersahur bermula. Menggoreng ikan, memanaskan nasi, memanaskan lauk, lebih kurang pukul 5pg mengejutkan anak2 dia yang sedang lena dibuai mimpi. Bila ke dapur, semuanya sudah terhidang, alhamdulillah.Sesudah sahur, bersiap2 ke masjid solat subuh berjemaah.

Pulang dari masjid, dia mengambil senanskah quran, duduk membaca di kerusi. Pkul 7pg menonton prgram2 ilmiah seperti tanyalah ustaz , motivasi pagi dan sebagainya. Pkul 8.30pg sy y baru bangun tidur (tidur lepas subuh boleh jd miskin) pergi ke dapur, tengak2 emak sudah berada di dapur. " Mak nk buat apa ? tanya ringkas. " Mak nak buat kuih.... Harini nk berbuka apa? tnya emak. Pkul 9-10pg emak akn berhenti untk solat dhuha.Lepas tu kembali ke dapur, tiap masa sy ke dapur emak pasti ada. Dapur y menghadap matahari agak panas dan menguji kesabaran ketika memasak.Berhenti waktu asar, kemudian emak akan berada di dapur sampai la berbuka," Mak tak letih ke," bisik hati .Pkul 7mlm kebiasaanya juadah untuk berbuka pasti dah terhidang. 

Terlintas di fikiran hadis ni;
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)

Pulang dari terawih, mak akn memasak untuk lauk sahur, sambil2 berfikir, "esok nak berbuka apa ya?"
Itulah rutin ibuku seharian, tak penah jemu, tak penah penat dalam menjalankn tanggung jawabnya.Hebatnya wanita ini, yang menjadi heroin sy di Ramadhan ini.
Kadang2 bila melihat emak sorang di dapur, terdetik di hatiku " Ya Allah, Kau jadikan ibuku antara ahli syurga yang terawal". 


*->kalau dapat zaujah macamni kan sejuk mata memandang :p

Saturday, August 6, 2011

Diari Ramadhan 1431

Jom Jelajah Masjid/Surau Ramadhan 
Assalamualaikum, 
Teringat kuliah Ustaz Zambri ketika di ambang Ramadhan baru2 ni , pesan beliau , " Kamu orang muda, isteri xde lagi, anak2 xde lagi, ada motor, pergi la jelajah masjid/surau bulan Ramadhan ni". Sebab itu sy cuba merealisasikan pesanan Utz Zambri. 2 Ramadhan bertarawih di Surau Saidinar Umar Al Khatab, dekat dengan kawasan rumah sy. Surau bewarna kuning yang baru aja siap dibina baru2 ini. Terkejut dengan kehadiran jemaahnya, mengalahkan jemaah masjid di rumah sy, Allahurabbi.

3Ramadhan
Esoknya terawih di Masjid Saidinar Umar Al-Khatab, lebih kurang sama ja bunyi dengan surau semalam. Masjid SUA ni dekat rumah sy dlu sebelum berpindah. Jemaahnya lagi ramai dari dulu. Mgkin sebab pertambahan perumahan baru kot. Imam terawih di masjid ni , abg sy dan kwn dia yang dtg dari Thailand. Kenal dekat Indun time dorang pondok. Even umur kawan masih muda, sebaya saya, berbadan kecil, berkaca mata, tapi bacaannya Subhanallah, Memberi Ketenangan. Tak puas rasa 8 rakaat.

4 Ramadhan
Kita merancang, hanya Allah yang mengetahui, Program berbuka puasa di rumah Cikgu Yusof hanya sy, wan dan kamal  dapat hadir. Lama tak ke jengka rasa jauh perjalanan. Tapi keselesaan Persona Wan menghilangkn rasa penat. Lebih kurang 2 jam, sampai di bandar pusat, solat asar di Masjid Sultan Azlan Shah (Bp). Selesai solat jemput kamal di rumah dia dan terus ke bazaar. Bazaar Bandar Pusat Jengka berbentuk T sangat besar, penat ya rabbi nk tawaf. Siap2 beli terus ke rumah Cikgu Yusof.(Berbuka lauk ikan patin,,fuhhh!). Lepas terawih bermoreh bersama Tuan Pengarah, ketua jabatan dan Cikgu Yusop. (Tn haji belanje Pizza) kot. Subuh esoknye, Ustaz Rusuwan suruh bawa Sejadah, sedikit tersungkur bacaannya, (malas mengulang gitu la) jdnye. Pagi tu siap2 jumpe2 cikgu2, teche, terus memecut pulang.

5 Ramadhan
Abg sy yang imam di Msjid SUA kene rotate dengan abg sy imam di surau al hidayah pekan. Yang imam di pekan jd imam kt masjid kg sy ni. Petang tu bertolak ke pekan. Berbuka bersama imam masjid, bilal masjid. Memang terharu melihat seorang pakcik tua (Imam Hasan) walaupun penglihatan dia sangat kabur, nampak sikit2 je, tapi masih boleh menjd imam sembahyang mghrib. Isya' tu sy azan dan duduk sebelah Imam Hasan. Bila ada bilal lain iqomah, Imam Hasan suruh sy jd imam isya',"Naik la... Naik la.." kata Imam Hasan. " Uish xpa la tok imam, tok imam la... " jwb sy. (ilmu takde ade hati nk jd imam ak ni)....
Siap terawih, jmpa plak Wan, (sj ajk dia terawih situ). Moreh2, singgah rumah ayh sedara mkn nasi...(10.30 mlm terbaik la). Pkul 11 balik. Tibe2 Dalam kepala berfikir " Esok nak terawih mane ye?"

Selamat Menjadi Ibadah Bulan Ramadhan

Thursday, August 4, 2011

Jom Baca Al-Quran Sehari 1 Juz



Assalamualaikum
Ramadhan Karim buat kawan2 pembaca blog. Lame  tak update blog. Banyak komitmen lain la katakan. Sedar tak Sedar dah berada 4 Ramadhan. . Tapi Sejauh manakah amal ibadat kita, Al-quran? Terawih? Solat jemaah? adakah Sama seperti bulan yang lain?
Kawan2,
Bukan kita yang terbaik daripada yang terbaik, tapi mengapa tidak menjadikan bulan Ramadhan kali ini, Satu ajakan bagi amal ibadat kita Supaya bertambah Saban hari.Apatah lagi di bulan Ramadhan ni, rebutlah peluang ini. Jadikan juga Ramadhan ni Sebagai Sebuah hoSpital yang dapat merawat:
1.       Mata (jaga pandangan)
2.       Mulut (Berzikir,Baca Quran)
3.       Sendi2 (Qiamulail)
4.       Kaki (melangkah ke masjid)
5.       Tangan (Bersedekah)


    Jom kawan2 kita jadikan HoSpital Ramadhan ni sebgai PuSat Perubatan USM  Pakar hubungan kita dengan Allah taala. InSyaAllah....

    Friday, July 15, 2011

    Belajar untuk apa?

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


    Tahniah buat kawan² yang dapat tawaran kemasukan ke ipta/ipts. Dimana² pn  kita belajar bukan lah menjadi 1 persoalan, perbandingan mahupun kayu ukur bagi kejayaan seseorang. Hari ini, berapa ramai yang berkelulusan tapi masih menganggur, berapa ramai yang hanya memiliki SPM tetapi mampu menjadi seorang yang berjaya. Masih terlalu awal untuk kita mengukur tahap kemampuan seseorang. Tetapi boleh menjadi titik mula yang baik dalam memulakan perjalanan.

    Kawan² sekalian,
    Memang seronok apabila terpilih dalam ribuan pelajar yang memohon ke IPTA. Begitu bangganya kedua ibubapa apabila mengetahui ank² mereka bakal bergelar seorang mahasiswa. Bakal melangkah ke menara gading. Tapi masih ada diantara kita yang mengeluh, " adui.. dapat kos ni pulak.. ak xmntak pn..." Nape laa aku dpt kat sini..." dan bermacam² lagi. Sedarkah kita masih beribu yang impikan tempat kita! Syukurlah dengan apa yang diperoleh.Perancangan Allah s.w.t. itu yang lebih baik.

    Kawan² sekalian,
    Apakah tujuan kita belajar? Bila dapat tawaran ipta/ipts selalu kita akan bertanya," kos ni boleh kerja apa ? " kos ni boleh jamin masa depan?" tak pun akan ada segelintir yang akan berkata " kos ni tak pakai.. ssh nnt nk keje" Adakah ini yang menjamin masa depan kita? rezeki kita? kesenangan kita? Boleh tergelincir akidah kita sekiranya kita berpendapat sebegitu. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t saja yang layak memberi rezeki. Maha Pemberi. Dialah yang menentukan kesenangan kita, rezeki kita. Kehidupan kita. Jadi tanamlah dalam diri sifat roja' (mengharap) kepadaNya. Bergantunganlah dengan Allah s.w.t selepas USAHA.


    Kawan² sekalian,
    Akhir kata, perbetulkan lah niat kita , jadilah seorang belajar yang terpelajar. Belajarlah kerana ilmu. kerana ilmu itu milik Allah swt. Niat yang baik menghasilkan yang lebih baik. 
     
      
    Seperti mana Hadis pertama dalam kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi "إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى " Setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat.Sekian. Semoga kehidupan dirahmati dan diberkati Allah s.w.t. Selamat menempuhi alam universiti.

    Friday, July 8, 2011

    Sebelum mata Terlena....

    Album : Keizinan Mu
    Artis : Hijjaz
    Tajuk: Sebelum terlena


    Sebelum mata terlena
    Di buaian malam gelita
    Tafakurku di pembaringan
    Mengenangkan nasib diri

    Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
    Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
    Membawa dosa yang menggunung tinggi 

    Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
    Agar terlerai kesangsian hati ini
    Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

    Sebelum mata terlena
    Dengarlah rintihan hati ini
    Tuhan beratnya dosa ku
    Tak daya ku pikul sendiri

    Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
    Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
    Andainya esok bukan milik ku lagi
    Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

    Sebelum berangkat ke daerah sana
    Lepaskan beban ini
    Yang mencengkam jiwa dan raga ku

    Selimut diri ku
    Dengan sutra kasih sayang Mu
    Agar lena nanti ku mimpikan
    Syurga yang indah abadi

    Pabila ku terjaga
    Dapat lagi ku rasai
    Betapa harumnya
    Wangian syurga firdausi oh Ilahi

    Disepertiga malam
    Sujud ku menghambakan diri
    Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

    Sunday, July 3, 2011

    Inilah kehidupan...

    Inilah kehidupan..
    Manifestasi dari sebuah kelahiran
    Yang menuntut janji penyaksian
    Bahawa Allah Azza wa Jalla sebagai Tuhan
    Ilah dan Rabb tiada tandingan

    Inilah kehidupan..
    Animasi sebuah pentas drama
    Lakonan hebat barisan 'hero' dan 'heroin'
    Dengan diri sebagai bintang dan pelakon utamanya
    Bersutradarakan hati dan aqal pancaindera

    Inilah kehidupan..
    Simulasi sebuah teater kemanusiaan
    Diiringi alunan muzik pengharapan
    Sesekali diselingi serunai syahdu pengaduan
    Pada maghfirah dan rindu kebahagiaan

    Inilah kehidupan..
    Aspirasi sebuah filem cinta dan nafsu
    Berjurikan catatan Kiraman Katibin
    Waktu tayangannya di pawagam Mahsyar
    Pada hari pertontonan yang maha dahsyat

    Sesudah kehidupan..
    Kematian pasti menjemput tiba
    Adakah filem kita akan menjadi 'box office'?
    Akan mendapat sambutankah pementasan teater kita?
    Dan akan diterimakah skrip drama kita olehNya?

    Justeru beringatlah..
    Jadilah 'actor' dan 'actress' terbaik
    Yang akan meraih 'award' Ashabul Yamin
    Dijulang sebagai Al-Muqarrabin di layar Akhirat
    Dan beroleh anugerah redha dan syurga Allah!

    Sumber:
    MUHTAR SUHAILI
    Meja Kerja Perodua
    30 Disember 2005, 4.40pm