Dalam kitab ash-Shahihain Nabi s.a.w bersabda:
Ada tiga hal, sesiapa sahaja yang ada padanya, maka ia akan merasakan manisnya keimanan.
Seseorang hamba tidak akan merasakan manisnya iman, kecuali orang dalam hatinya ada 3 perkara: menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang yang hanya cinta kerana Allah, dan membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah swt menyelamatkannya daripada kekufuran itu,sebagaimana kebenciannya untuk dilemparkan ke dalam api neraka” (HR Bukhari No 16,21 dan Muslim no 43)
Sesiapa sahaja yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah,maka ia telah berupaya menyempurnakan imannya” (HR Abu Daud, No 4681, Tirmidzi No 2521)
Tidaklah dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, kecuali orang yang lebih utama daripada kedua-duanya adalah yang paling besar cintanya kepada sahabatnya itu’ (HR Hakim no 7323 dia berkata hadis ini sohih)
Membezakan Pelbagai Cinta
Ada 4 jenis cinta yang perlu dipisahkan, sebab banyak yang sesat kerana tidak memisahkannya.
Pertama: cinta jepada Allah. Agar selamat daripada seksaan Allah dan beruntung meraih pahala daripada-Nya,ini sahaja tidak cukup.Sebab orang-orang musyrik,para penyembah salib, orang2 yahudi dan lain2 mereka juga mencintai Allah.
Kedua: cinta kepada apa yang dicintai Allah. Jenis Cinta inilah yang membawa seseorang ke pangkuan Islam dan mengeluarkannya daripada kekufuran.Manusia yang paling dicinta Allah adalah orang yang paling konsisten dan paling kuat dalam mencintai.
Ketiga: Cinta kerana Allah dan cinta dalam keredhaanNya. Ini mengangkat cinta kepada apa yang Allah cintai. Kecintaan kepada apa yang Allah cintai ini, tidak akan benar kecuali dengan cinta kerana-Nya dan dalam redha-Nya,
Keempat: Kecintaan bersama Allah.Inilah cinta yang syirik, setiap orang yang mencinta sesuatu bersama dengan (kecintaan) kepada Allah, bukan kerana Allah, bukan dengan alasan-Nya atau dalam redhaNya, maka ia telah mengambil sekutu selain Allah inilah bentuk cinta orang2 musyrik.
Tinggal jenis kelima yang bukan dalam perbahasan kita; iaitu kecintaan alamiah, iaitu kecenderungan seseorang kepada apa saja yang sesuai dengan sifatnya, seperti kecintaan orang yang dahaga pada air, orang yang lapar pada makanan, cinta tidur , cinta isteri dan anak. Semua itu tidaklah tercela, kecuali yang melalaikan zikir kepada Allah, dan menyibukan daripada kecintaan kepada-Nya, sebagaimana Allaj swt berfirman mafhumnya.
Hai orang2 yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu sampai melalaikan kamu daripada mengingati Allah, barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang2 yang rugi (al-Munafiqun [63];9)
“lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah (an-nur[24]:37)
p/s: Aku petik dari kitab Mengetuk Pintu Keampunan Allah karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah anak murid kepada Syeikh Ibnu Taimiyyah kang ada cakap aku pandai2 plak.
http://www.myilham.com/blog/2011/04/kahwin-muda-dan-tahap-wajib-kahwin/
ReplyDeleteSama-sama menjaga agar tak jatuh ke dalam jurang cinta nafsu...insyaAllah.. ^_^
ReplyDeleteInsyaAllah..
ReplyDeletekata tidak semudah dibicara...