Riadah mengikut wikipedia adalah aktiviti-aktiviti sihat yang mencergaskan tubuh badan. Skema ayat! Salah satunya sukan. Sepanjang semester kali ni, harini kali ke-3 turun futsal. 3hari berturut-turut. Sebelum ni bukan tak bersukan, tapi lebih berminat dengan badminton.
Satu rumah aku turun main futsal harini. Awal permainan bermula dengan baik. Kumpulan aku mendahului 2-0. Keadaan menjadi semakin panas pada bila team aku, Villa,bukan nama sebenar dirembat headshot di kepala. Permainan terhenti seketika.
Pasukan lawan bermain dengan serius. Rembatan demi rebatan diberi. Asakan demi asakan. Aku yang tak berapa pandai main ni, main-main dalam main-main. Kadang-kadang aku capai tali skipping di tiang gol, main skipping.
Kemuncaknya tiba bila, team lawan, C.Ronaldho,bukan nama sebenar mula merembat kuat ke arah seorang team aku, Messi, bukan nama sebenar juga.“Nak lagi boleh!” tiba-tiba keluar dari mulut team lawan. Messi yang panas dengan kata-kata tersebut terus meluru ke arah C.Ronaldho dan satu das tumbukan sedikit terhayun. Sedikit darah di mulut C.Ronaldho.
Pergaduhan mulut berlaku. Permainan terus terhenti. Kami terus ke menuju ke bilik. Sepanjang perjalanan ke bilik, peperangan mulut terus berlaku.
Tiba di bilik, aku ingatkan semua dah setel. Tiba-tiba Messi terus ke bilik C.Ronaldho. Suasana tegang , masing-masing menunjukkan hero. Peperangan mulut terus berlaku, aku dan beberapa orang kawan terpaksa menenangkan Messi dan C.Ronaldho.
Akhirnya setel, minta maaf, tapi dendam masih membara, Perang yang tercetus sebelum ni antara Messi dan C.Ronaldho masih terpendam di lubuk hati.
Dalam hal ni, tak nak salahkn sesiapa. Tapi biarlah matang dalam perbuatan kita. Umur makin matang, biarlah sematang tindakkannya. Hilang nak riadah, akhirnya dapat padah. Hilang seronok aku harini.
Silap besar la ni..excited kot..tp alhamdulillah smuanya ok dah...
ReplyDeletenormal tu.. =)
ReplyDelete