Kita selaku mahasiswa yang mana tanggungjawab belajar juga harus menjadi keutamaan. Bila dah sibuk, masa untuk study menjadi semakin kurang, jika tidak kena pada pengurusannya. Allah swt berfirman dalam surah al-asr, “ Demi masa, sungguhnya manusia dalam kerugian”. Ya memang benar! Kita memang dalam kerugian. Sebaik manakah pengurusan masa kita?
Dalam sibuk berpersatuan, saya sering memfokuskan kerja, program-program dakwah dalam persatuan, kadangkala masa untuk mengulangkaji pelajaran dikurangkan. Itulah silap! Buka minda kita. Tahukah kita bahawa study itu adalah salah satu ruang lingkup dalam dakwah. Tidak percaya?
Kita buka lebih luas perbincangan kita. Bila disebut sunnah, apakah terlintas di fikiran anda? Jubah? kopiah? serban? lagi?!. Lupakah kita sunnah itu adalah tiap-tiap dari Nabi s.a.w. Salah satunya adalah sikap optimis yang pada Rasulullah s.a.w
Jadi, dalam study kita perlukan sikap yang optimis dalam memastikan kecemerlangan dalam ujian ataupun peperiksaan. Jadi secara tidak langsung kita berdakwah menggunakan sikap yang diamalkan Rasulullah saw! Jom kawan-kawan mengoptimiskan diri kita dalam usaha kecemerlangan di dunia & akhirat. InsyaAllah.
sunnah nabi yang kita tidak ketahui.. mantapla sahabat ana ni.. teruskan istiqamah dlm perjuangan.. syahdu betul bace entri ni dgn diiringi music background..huhu
ReplyDeletehaha...like2...music nk dodoi org nih..
ReplyDeleteorang2 tertentu je yg minat lagu ni....
ReplyDeletesubhanallah.. syukur ana dpt shabat2 hebat mcm antum semua, ada kelebihan masing2.. tawaduk and pndai berhujah.. ^_^
ReplyDeleteMerka yang menolong agama Allah, Allah akan menolong mereka kembali.. ^_^ insyaAllah.. smoga sntiasa dlm berkat Allah..
ReplyDelete