Friday, November 18, 2011

Pondok Bas ke Muka Buku

SPM

               Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah ,SPM bakal menjelang satu bulan saja lagi. Pelbagai program akademik yang dirancang pihak sekolah untuk memastikan pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan. Kadang-kala pelajar terpaksa membatalkan hasrat pulang ke kampung kerana jadual yang P5110682pack dengan program.

Wei cepat lah bas dah gerak dah ni,” jerit Kifli. Aku tergesa-gesa menuju ke bas. Kebiasaannya kami dapat pulang terus selepas selesai solat Jumaat. Tetapi disebabkan program petang ini, kami terpaksa mengikuti program yang dijalankan, iaitu Program Cemerlang Bengkel Lukisan Kejuruteraan.

Sekolah menyediakan bas bagi menghantar pelajar-pelajar ke stesen bas yang berdekatan iaitu di Bandar Pusat Jengka. Ada juga yang menaiki teksi kerana kuatir tertinggal bas. Jarak sekolah dengan stesen bas hanya 5km.

Lewat

Tiba di Stesen Bas Bandar Pusat Jengka, jam menunjukkan 6.30 ptg. “ Aku rasa kita dah terlepas bas ni,” keluh aku. “Entahlah pihak sekolah ni, diaorang tak fikir ke kita ni naik bas, bas dah lah buruk, lembap nak mampus, geram aku,” luah Azlan. Kami 6 orang , aku, Kifli, Azlan, Alif, Wan dan Hafiz terpaksa menunggu bas yang berikutnya pada pukul 8 malamjengkapusat.

Ala, apa susah, boleh jalan-jalan dulu, karang boleh sembahyang jama’ terus, kan senang,” Wan cuba melegakan hati. Suasana stesen bas yang penuh sesak semakin reda dari riuh-rendahnya. Menjadi kebiasaan pada musim cuti sekolah keadaan akan sesak begini kerana terdapat beberapa buah sekolah berasrama di sini.

Solat

Bandar Jengka bukanlah seperti bandar yang kita fikirkan, yang penuh dengan pusat membeli-belah, pusat hiburan, kedai makan dan sebagainya. Hanyalah seperti sebuah pekan yang sedang ke arah pembangunan. Antara pasaraya yang popular adalah B5, barang-barang keperluan asrama,makanan dan sebagainya menjadi sumber kami di sini.

Pelbagai ragam manusia di waktu Maghrib. Ada yang duduk melepak, mat motor, semuanya terdiri dari anak muda. Ruginya lah anak muda yang sepatutnya menjadi harta negara menjadi aset yang disia-siakan, bahkan merugikan. Tidak dicampurkan lagi dalam soal ama ibadat, solat dan sebagainya. Bersyukur kepada Allah swt. masih meletakkan rasa beragama dalam diriku alhamdulillah!.

Dah ni, tak nak sembahyang ke? " gurau Hafiz. Kami terus mencari surau yang berdekatan untuk solat. “Ya Allah, ni surau ke apa ni,?” Wan bersuara. Melihat keadaan surau yang sangat teruk. Bagaimana ingin tarik orang nak sembahyang kalau keadaan tempat solatnya seperti ini. Kami terus bersolat.

Budak Menangis

Selesai solat, kami terus menuju ke stesen bas. “ Mana bas ni, adui,” keluh aku. “ Sabar la, jap lagi ada la tu,” Wan cuba lagi menenangkan hati. Inilah kali pertama kami pulang lewat sebegini, kebiasaanya pada waktu begini, kami sudah tiba di rumah.

Di hujung kerusi stesen bas, aku terlihat seorang budak perempuan berkaca mata, bertudung labuh sedang menangis teresak-esak. Lihat dari pemakaiannya mungkin pelajar Maahad Sultan Ahmad Shah Addini yang berhampiran sekolahku.

Wei pergi la tanya, apasal budak tu,?” Azlan menyuruh. “ Ko pergi la, segan aku,karang dia keluar arab, aku nak balas apa” aku menolak. " Ala abang pergi la,” Alif menyindir aku. Masing-masing menuding jari ke arah masing-masing.Memandangkan kami ini hanya dari aliran teknik, terwujud jurang yang sangat besar diantara pelajar aliran agama dan aliran tenik terutama dalam bidang agama. Merendah diri katakan.

Tapi menyedihkan apabila melihat pelajar-pelajar aliran agama berdating tidak tentu hala. Bukan tidak sedih melihat mereka yang bukan aliran agama berdating, tapi kerana pemakaian mereka, penampilan mereka masyarakat lebih mengenali mereka dari aspek agama.

Tertinggal Bas

Assalamualaikum, kenapa ni dik,?” aku memberanikan diri menegur. Dia hanya mendiamkan diri. “Kenapa ni, ada masalah beritahu la,” aku sedikit meninggikan suara. “ Tertinggal bas…,” jawab dia teresak-esak. “ Bas pukul berapa tadi, nak balik mana ni,? aku bertanya lagi. “Klang, tadi bas 6.30ptg,” balasnya. “Kenapa tak beli tiket baru,?” soalku lagi. “ Duit tak ada,..” balas nya lagi. Berhenti seketika tangisannya.

Wei dia tertinggal bas la,” aku memberitahu kepada kawan-kawanku. “ Ala abang belanja la tiket baru,” Alif menyindir lagi. Semua berada di situ tergelak besar. “Macam ni lah, kita share duit beli tiket baru ok,?” Wan memberi idea. Mereka pun memberi Rm 3ringgit seorang kepada aku.

Tiket

Cuba beri tiket kamu jap,” pinta aku kepada dia. Dia menghulurkan tiketnya, lalu aku ke kaunter untuk membeli tiket baru. “ Assalamualaikum bang, tiket ke Klang ada lagi tak malam ni,?” tanya aku . “ Ada dik, pukul 9.00mlm,” balas penjaga kaunter tiket tersebut. “ Ni ha ada budak sekolah tertinggal bas, ni nak beli tiket baru,” cerita ringkasku.

Kelang, B-12. 9.00 malam, Metro Bus, Alhamdulillah, ini tiket yang dibeli. Aku mendapat separuh harga dengan menunjukkan tiket yang asal. Mungkin belas kasihan penjaga kaunter tiket bas tersebut.

Nah ambil ni, tiket ke bas ke Klang pukul 9.00malam,” sambil aku menghulurkan tiket. Dia hanya berdiam diri. “ Ambil la, ni kawan-kawan saya belanja, bukan duit saya, tiket ni dapat separuh harga, balance tu simpanlah,” aku menambah.Lalu dia mengambil tanpa banyak kata.

Balik

Nur Lyana Aifa .Tingkatan 3, dia memperkenalkan dirinya. “ Ya Allah, baru tingkatan 3, sorang-sorang di stesen bas, malam pulak tu, kalau aku sendiri pun menangis” aku bermonolog sendirian.Kalaulah adik-adik aku berada di tempat Aifa, moga Allah meletakkan seseorang untuk membantu sebagaimana aku membantu.

Ni la budak-budak sekolah, dah tau nak balik, siap lah cepat, ni tidak,” tiba-tiba makcik disebelahnya mencelah perbualan aku dengan dia. “ Biasalah makcik, kadang-kadang tak terkejar, nak kemas barang,” aku menyambung.

Hai bang, bas nak gerak ni, taknak balik ke,?” jerit Alif dari dalam bas. Ya Allah mereka dah naik bas rupanya. “ Ok lah Aifa, jangan teringgal bas pulak,” perli aku. Aifa hanya tersenyum. Aku tergesa-gesa menuju ke bas.

Alhamdulillah, dapat pulang dengan gembira. Dapat membantu seseorang yang dalam kesulitan. Teringat ustaz pesan, “kalau kita permudah urusan orang, nanti Allah permudah urusan kita,”.

Dunia yang kecil

 Cepatnya masa berlalu. Sedak tak sedar aku dah berada di alam kampus. Sem pada kali ini agak memenatkan. Jadual kelas yang pack sampai ke malam. Tidak cukup dengan kelas, aktivit persatuan lagi, yang memenuhkan rutin harian ku sebagai seorang mahasiswa.

Balik dari kelas, aku terus merebah diri di atas katil, tiba-tiba aku terpandang skrin laptopku yang tidak ditutup dari semalam, notification FaceBook. Friend request dan messages. Lalu aku klik melihat siapa. “ Siapa pulak ni,?” aku bercakap sendirian. Nama profilnya yang tertulis tulisan jawi dan gambar profil kartun perempuan berpurdah.

Aku merebahkan semula diri ke katil. Baru ingin melelapkan mata berehat, aku terpandang notification message yang belum di baca. Lalu aku klik untuk melihat mesej dari siapa.

.fb

__________________________________Tamat________________________

14 comments:

  1. hadddooo ~~ berat-berat... habis tu ape cer sekarang? mulakanlah langkah yg selanjutnya... haha..banyak betul kerol zaujah ko, yg haritu lagi ko cite.. haddooo... mg nih...

    ReplyDelete
  2. hahah... enta ni dah silap ni...
    mana ada zaujah ana...
    ish enta ni...
    kikiki-jkkk

    ReplyDelete
  3. Ni cerita betul ke cerita reka2?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.... macam kenal watak dlm cerita ni...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...kan ustaz pesan, “kalau kita permudah urusan orang, nanti Allah permudah urusan kita,”.

    Insyallah urusan mendapat pasangan(zaujah) yg solehah dipermudahkan....:-)

    ReplyDelete
  6. Wah...macam cerita cerpen..tp betul rupanya.. ^_^

    ReplyDelete
  7. Salam.
    cinta... kalau dihias dengan agama sekalipun haram juga. Nampak mcm jadi hero islamik la. Kalo awk ikhlas tlg Aifa ni, knapa msti tnya nama dia, form brapa, perlu ke? Hero Cinta Islamik....

    ReplyDelete
  8. Anonymous,
    eh2..skurang2nya dia tolong tu..jangan difikirkan sangat tentang khilaf tu..lagipun mereka berdua ni tak adala pulak contact..masing2 mlupakan hal masg2...kan?

    p/s : tu tidak menjadi masalah.yg penting hatinya ikhlas nak tolong...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    syazwan: syukran baca.
    Ckih Kembaq:ni cerpen ja. mnde2 smua tu boleh reka.

    Salam.
    cinta... kalau dihias dengan agama sekalipun haram juga. Nampak mcm jadi hero islamik la. Kalo awk ikhlas tlg Aifa ni, knapa msti tnya nama dia, form brapa, perlu ke? Hero Cinta Islamik....

    dalam bnyk2 komen, komen yg ni terbaik la... walaupun cerita ni sekadar cerpen,
    kalau la keadaan ni btul2 belaku, dn org y mengalami tu diri anda, bgaimanakah?
    mgkin si lelaki ni patut biarkn Aifa ni tinggal sorang2 kt situ smpai lewat malam, kemudian diganggu org jahat, hingga terjadi perkara2 buruk.

    pada waktu tu mgkin baru terfikir.. mana hero islamik ku....=D

    ReplyDelete
  10. bantuan Allah itu pasti ada..
    walaupun tidak melalui hero islamik..

    ReplyDelete
  11. Kelakar2...
    sape la Anonymous ni...
    Susah kalau ckp dgn org ilmu tinggi ni.
    Ana tak sekolah agama macam antum semua, xreti la ikhtilat tu apa.

    ReplyDelete
  12. http://seutastasbih.blogspot.com/2011/12/dari-jendela-baitul-muslim.html

    ReplyDelete
  13. ADik2 ku sekalian~~
    Korang tak payah sgt la post2 artikel2 islamik, kate2 islamik tuk adjaz2 or menarik muslimat2 ni.. dorang ni kang bajet market sangat.. bajet cun dan sebagainya...dorang xsedar ke kt luar tu bersepah lagi... depa ni mmg... geram aku...

    ikhlas dari si tua yang tak kawin2 lagi...

    ReplyDelete
  14. ish bang imran... mana ada.. sy memang minat mende2 ni.. tulisan dakwah..
    tidok ler begitu... abg kene guna cara lain ni...
    sy beri tips ni... amik kekberi... ikat kt belon... pstu lepas.. mujarab nih.. hehe

    p/s: kawin2 la cpt.............

    ReplyDelete

Sila la Komen