Teringat dulu-dulu, ketika zaman sekolah. Aku dan kawan-kawan memang ditanam semangat berjaya sama-sama dunia & akhirat. Masa tu team aku memang terbaik dari study, surau, sukan dan lain-lain memang geng aku la. Wan, Ween, Ijat, Once, Muim , Muk, Kipli dan lain-lain lagi. Ini lah best friend sekolah, even sampai sekarang.
Dulu, duduk asrama, subuh-subuh, ada team Ops Subuh. Kalau aku lewat, mesti Wan kejut, kalau Wan lewat mesti aku kejut. Kadang-kadang kitaorang tidur kat surau. Pernah sekali tarikh keramat 08/08/08 , aku & the geng semua lewat bangun, pengetua yang azan. Siap dia umum kat perhimpunan lagi. Aku dengan Wan kena panggil dengan GPK 1 Cikgu Usop. Haha.
Time Puasa?! Puasa sunat sama-sama, buka sama-sama, roling-roling makanan. Kalau bulan Ramadhan jangan cerita la, memang sangat seronok, dari bersahur, berbuka , bertarawih , qiam dan sebagainya. Kawan bukan setakat kawan, tapi sama-sama membimbing.
Kalau study, waktu exam, kat bilik prep kita orang akan tulis ayat lebih kurang macam ni, “ Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada kami” lepastu tulis nama sorang-sorang dan sain. Tiap-tiap kali masuk bilik prep mesti baca dan semangat bila nampak.
Tenshen bila exam?! Bila tekanan datang, kadang-kadang kitaorang main bola tampar sama-sama, jalan-jalan keliling sekolah sama-sama, lepak-lepak kat surau cerita-cerita. Memang best dan terbaik.
Bila masuk u? Keseronokkan macam ni dah kurang. Aku nampak masing-masing lebih pentingkan diri. Dari segi ibadat hingga ke study. Kadang-kadang aku rasa lost. Tak da team macam sekolah dulu.
Bila join persatuan, baru jumpa la kawan-kawan macam ni. Tapi tulah, semua dapat tengak time exam, ramai juga yang jenis pentingkan diri. Lepas tangan, buat tak kisah. “ Jangan ganggu aku time exam boleh tak?”, “ Aku tengah study ni jangan ganggu boleh”, “ Alah nantilah lepas exam kita bincang”. Ayat biasa aku dapat .Tapi takpa lah kita berlapang dada.
Tapi, yang ni part best, ada juga even ada paper esok, tengah exam, tengah study, aku cerita masalah ke apa minta tolong ke , “ Ada apa, cakap je , aku ada paper esok nih, mana boleh tolong aku tolong”, “ Aku ok je, esok jumpa,”, “ Ala tak pe, aku boleh tolong, paper aku lambat lagi, lagi pun apa lah sangat”
Fuih, terbaik dari yang terbaik. Kadang-kadangkan, aku bukanlah nak minta tolong sangat pun, cuma mungkin nak kongsi, atau inform apa nk buat nanti. Tapi ada respon macam-macam, ada tu respon pun tidak. Baru aku tahu mana yang betul-betul kawan. Susah-senang sama-sama.
Bersyukur aku, Allah letakkan kawan-kawan macam ni kat sekeliling aku. Semoga Allah permudah segala urusan mereka, dilimpahkan rezeki kepada mereka, diberkati dan dirahmati tiap-tiap langkah mereka.
Semoga ukhuwwah yang Allah hadirkan ni terus terbina, terus-menerus, lebih dipertingkat, dan paling penting ukhuwah ni jadi saksi KITA-KITA kat akhirat kelak. Untuk bersama-sama kita melangkahkan kaki ke syurga kelak. Amin Ya Allah.
p/s: semakin mengenali hati budi orang.macam-macam orang ye,
ramai yang kita boleh kawan...tapi tak ramai yang boleh jadi sahabat..erm..
ReplyDeletebeza ke sahabat or kawan dari segi istilah?
ReplyDeleteTak kisah kawan,teman,sahabat atau apa2 pun sekali, yang mana tiap kali kita berdoa terbyang wajahnya, yang itu lebih baik.