Allah mencipta kita ni dengan macam-macam ragam ada. Macam-macam jenis ada. Macam-macam perangai ada. Dan setiap Allah ciptakan kita ni, mestilah tidak sia-sia. Dan yang penting setiap dari kita Allah menyediakan bahagian untuk masing-masing.
Kadang-kadang tengok orang, bestnya hidup kau, kalau aku ada kat tempat kau. Kau ada amalan², rajin beramal. Konfem la alim. Senang masuk syurga?!. Oh senangnya~ Kalau baca sirah, berapa banyak orang yang masuk syurga bukan kerana amal, tapi kerana rahmat Allah.
Antara kisah yang mashur, perempuan penzina yang beri minum anjing kehausan, pembunuh yang telah membunuh 100 orang. Kisah sahabat Nabi, yang Nabi bagitau KONFEm ahli syurga. Sahabt Nabi pergi ke rumah dia, ingat selalu solat tahjud dan sebagainya, rupa-rupa tak pun, Bila sahabat tanya apa amalan sehingga Rasulullah s.a.w. cakap masuk syurga, dia menjawab waktu nak tidur dia maafkan semua orang.
Kisah Ouis Al-Qarni, sampai dilangit nama dia femes, sebab apa? Amalan? Sebab kisah ketaatan dia kepada ibunya. Banyak lagi kisah2 yang macam ni. Bukan nak pertikai orang banyak amalan, selalu beramal, tapi kita buat part kita, Allah sedia part kita. Syurga tu dengan rahmat, bukan dengan amalan.
Masing-masing ada bahagian masing-masing. Sama-sama kita perbaiki diri kita. Amalan kita. Setiap orang ada jalan Allah swt sediakan untuk dia. So, dimana Allah letakkan, berjalanlah sebaiknya.
No comments:
Post a Comment
Sila la Komen