Friday, November 16, 2012

Sekelip Sakinah

Daun pintu bilik diselak, segenap cahaya meluru masuk. Tiba-tiba terasa seseorang duduk disisiku sambil mengusap kepalaku dengan perlahan.
Angah, bangun, dah pukul 5 ni, kejut adik-adik tu” Umi dengan nada perlahana. Kebiasaannya Abi yang akan kejut untuk bangun subuh.

Epul, Muiz bangun ” aku mengejutkan dua orang adikku. “ Ala Abang Ngah, harini kan cuti, tak kan kena bangun awal juga ” Saiful, anak ke-4, 10 tahun.
Memang la, tapi sembahyang mana boleh cuti Epul,” tiba-tiba Muiz mencelah, anak ke-3, 11 tahun.“ Haa pandai, Abang Ngah mandi dulu” aku berlalu pergi.

Pulang dari solat subuh berjemaah di masjid, semua berkumpul di ruang tamu.
Abi tak suka anak-anak abi tidur lepas subuh” Abi memulakan perbualan.
" Along tu, Abi, asyik-asyik tidur, bukan nak tolong Umi kat dapur, manalah nak pandai memasak” aku memecah suasana. “ Helo elok sikit ko Angah, karang tak makan baru tahu” Along balas, anak sulong, tahun akhir dalam pengajian Syariah.

Abi masa belajar dulu, lepas subuh ni la waktu usrah, waktu ulangkaji, waktu buat assingment, sebab waktu lain memang Abi sibuk dengan mesyuarat, program dan sebagainya” Abi buka cerita. “ Ye la Abi kamu tu, kalau hantar SMS pagi-pagi, pukul 10-11 baru dia reply “ Umi sindir.
Eh, awak apa tahu, time tu saya tertidur” Abi kata sambil tergelak. “ Itulah susah kalau suami isteri belajar tempat sama, semua perkara tahu ” kata aku, kemudian diikuti ketawa besar.

Tengok Epul dengan Muiz tu Abi, lena betul” Along mengejutkan adik-adik yang terlena di riba Umi.  “ Epul, Muiz bangun, pergi tolong Abang Ngah kemas-kemas bilik, Umi nak buat sarapan ni” lembut kata Umi. Saiful dan Muiz menggosok mata terus ke bilik menolong aku.

Wahh, mee goreng, siapa masak ni, kau ke Along, ke Umi” aku duduk di meja makan. “ Hello, see the leg la” kata Along dengan bangga. “ Sebab see the leg la aku tanya, confius ni” aku bergurau. “ Abi mana Umi?,” aku tidak lihat kelibat Abi. Lalu aku berjalan ke bilik Abi, kelihatan Abi sedang solat Dhuha.

Nur Amirah Humairah!!!! Mari sini!! jerit aku. “ Berapa kali Abang Ngah beritahu, keluar rumah mesti pakai apa???” sambil aku memulas telinganya.
Umii! Sakit” pinta Amirah, anak bongsu. “ Kenapa ni angah? bising-bising
Umi datang. “ Mira ni Umi, keluar rumah tak pakai tudung” jawab aku.
Mira keluar kejap je, nak sidai kain Umi, takkan tak boleh” ujar Amirah.

Eh budak ni, kita ni perempuan, Allah kurniakan kita sesuaut yang sangat berharga, jadi kita hamba yang taat dan patuh, mestilah jaga kurniaan Allah tu sebaiknya” pesan Umi. “ Haa dengar tu, Abang Ngah nampak lagi, aku cepuk lagi” celah aku. “ Angah, jangan garang sangat dengan adik-adik, cakap la elok-elok” pesan Umi lagi. “ Dah-dah, jom semua makan tengahari, petang ni kita pergi jalan-jalan kat Pantai Teluk Cempedak nak?” Abi bersuara. “ Yea-yea. jom-jom” Saiful yang sangat seronok.

Usai solat Isya’ berjemaah di rumah. Abi jadi imam. Sayu sungguh bacaan Abi, kadang-kala hampir menitiskan air mata. Habis solat sunat ba’diah, kami duduk dalam satu bulatan. “ Bukan mudah jadi lelaki ni, banyak tanggungjawab Ngah” Abi pandang tepat ke mataku. Aku sekadar tunduk, tersenyum.

Umiii, dulu, Abi tackle Umi ke atau Umi tackle Abi” tiba-tiba Along tanya spontan. “ Mesti la Abi korang, masa belajar, Umi dulu hot, ramai peminat tau, tapi tak tahu la ayat apa Abi korang baca, sampai Umi tersangkut ” Umi jawab sambil ketawa kecil. “ Eh dia ni, perasaannya, tolong la” Abi menyambung. Semua tergelak besar. “ Tapikan Umi masa tahun akhir, Umi selalu doa kat Allah, supaya jodoh Umi, orang yang baik, ada agama, boleh bimbing Umi, didik anak-anak Umi, tiap-tiap hari Umi berdoa” sambung cerita Umi.

Haa Ngah, kau tengok Abi,penuhkan dengan ciri-ciri yang Umi cakap tu kan, mujur Allah makbul doa Umi” kata Abi dengan penuh nada bangga.
Ya Allah, tolong la abang ni,” spontan Umi balas. “ Abi dengan Umi ni sama je perangai, elok la tu” aku sambung. Semua tergelak. Adik-adik aku terpinga-pinga. “Korang budak kecik lagi, mana faham” kata aku.

Jam menunjukkan 11.30 malam. Aku menuju ke kamar tidur. Melihat Umi di dapur. “ Umi, buat apa,?” tanya aku. “ Ingat nak buat Nasi Lemak esok,
adik-adik mana? Jangan beri dorang main game, suruh tidur
” ujar Umi.
Ada dalam bilik tu, ok Umi, selamat malam Umi” aku masuk ke bilik.

Ya Allah tak tidur lagi budak ni,” kelihatan Saiful dan Muiz bermain galaxy tab.  “ Dah, (sambil mengambil tab dari Saiful) lewat dah ni, esok bangun awal, Abi ajak pergi joging,” aku mengingatkan. “ Okay, selamat malam Abang Ngah

----------------------------------------------------------------------------------------------------

33650_146839282025831_8082899_n

Anak-anak soleh adalah pelaburan berharga. Yang menyelamatkan di akhirat kelak. Amin. (gambar tu hiasan je)

6 comments:

Sila la Komen