Thursday, November 22, 2012

Suami Soleha

Post ini dibuat bukan suka-suka kerana bukan saje bosan-bosan, sebab serius kena amik tahu terutama diri aku ni. Selalu duk post wanita idaman, wanita bla3x.. bosan kot. Perempuan memang Allah kurnia dia macam-macam kelebihan. So baik kita post versi lelaki “soleha” plak.

p/s: tiada orang yang perfect termasuk aku, just kena improve diri. ( Idaman versi 1)
Dia = lelaki (aku,mereka,dan beliau²).

kosem2- Berilmu Agama -
Mestilah ada asas-asas ilmu agama. Kalau advance kira bonus.  Hukum² asas, amalan ibadat tapi paling penting dia jaga solat dia. Amalan dia, Al-Quran dia. Cara didikan terbaik adalah berlandaskan agama. Dia tahu bukan setakat hidup bahagia di dunia, tapi dia nak keluarga dia sama-sama dengan dia ke syurga.


 

- Humble -
Rendah diri. Dia tak kisah pun bab² harta dan darjat. Tak perlu protokol². Style kampung dia tak kisah. Sangat sempoi dan simple. Paling penting menghormati orang lain. Bersyukur dengan apa yang ada dan cuba usaha ke arah yang lebih baik.

- Tidak berkira -
Lelaki yang kedekut memang anoying. Nak belanja orang susah, apetah lagi nak derma/sedekah. Bukan setakat duit je. Dia tahu konsep keberkatan. Suka bantu orang tolong orang. dan paling penting TIDAK MENGUNGKIT.

juwin3 - Bersih -
Orang kata lelaki ni tidak kemas. Biasalah. Walau tak kemas, janganlah pengotor. Dia dapat beza apa itu bersih kotor. Tidak kemas dan pengotor 2 perkara yang berbeza. Ok.

- Mulut Manis -
Bukanlah mulut yang ditabur gula. Maksudnya pandai ambil hati orang lain, terutama mak ayah dia (termasuk mertuanya). Peramah, ambil berat, kehadiran dia disenangi orang/keluarga/saudaranya. Bila datang ziarah takde lah bunyi cengkerik je yang keluar.

din2 - Pandai Memasak? -
Ni bukan keperluan pun. Tak pandai memasak pun takda masalah. Tapi dia tahu untuk beri makan keluarga dia dari sumber halal. Jauh dari makanan air tangan orang tak sembahyang. Dan paling penting, dia bukan tahu nak makan je, sesekali tolong² lah memasak sama². sweet gitu. (haktuih).

- Bertanggungjawab -
Dia sedor, tanggungjawab dia bukan setakat pergi kerja balik kerja. Tapi tanggungjawab dia pada agama, dalam kerja dakwah, sebagai ketua keluarga, sebagai anak ( jaga mak ayah+mertua), Sebagai suami, sebagai ayah. Dalam cerita melayu, selalu tunjuk ayah berkerjaya, balik malam, masuk bilik anak dah tidur, selimutkan , cium dahi pastu dah. Senangnya hidup kalau macamtu.

 

hiburan - Menghiburkan -
Pandai memeriahkan suasana rumah. Menghidupkan suasana berkeluarga. Dia menghiburkan keluarga dia mengikut hiburan Islam yang berlandas syariat. Dengan dunia harini, hiburan makin teruk, dia bijak mengawal keluarganya. 

 

 

 

Sebenarnya banyak lagi. Mesti penyabar, tak cepat marah,cool etc. tapi cukup la setakat ni. untuk meng”improvekan” diri.

3 comments:

Sila la Komen