Daun pintu bilik diselak, segenap cahaya meluru masuk. Tiba-tiba terasa seseorang duduk disisiku sambil mengusap kepalaku dengan perlahan.
“ Angah, bangun, dah pukul 5 ni, kejut adik-adik tu” Umi dengan nada perlahana. Kebiasaannya Abi yang akan kejut untuk bangun subuh.
“ Epul, Muiz bangun ” aku mengejutkan dua orang adikku. “ Ala Abang Ngah, harini kan cuti, tak kan kena bangun awal juga ” Saiful, anak ke-4, 10 tahun.
“ Memang la, tapi sembahyang mana boleh cuti Epul,” tiba-tiba Muiz mencelah, anak ke-3, 11 tahun.“ Haa pandai, Abang Ngah mandi dulu” aku berlalu pergi.
Pulang dari solat subuh berjemaah di masjid, semua berkumpul di ruang tamu.
“ Abi tak suka anak-anak abi tidur lepas subuh” Abi memulakan perbualan.
" Along tu, Abi, asyik-asyik tidur, bukan nak tolong Umi kat dapur, manalah nak pandai memasak” aku memecah suasana. “ Helo elok sikit ko Angah, karang tak makan baru tahu” Along balas, anak sulong, tahun akhir dalam pengajian Syariah.
“ Abi masa belajar dulu, lepas subuh ni la waktu usrah, waktu ulangkaji, waktu buat assingment, sebab waktu lain memang Abi sibuk dengan mesyuarat, program dan sebagainya” Abi buka cerita. “ Ye la Abi kamu tu, kalau hantar SMS pagi-pagi, pukul 10-11 baru dia reply “ Umi sindir.
“ Eh, awak apa tahu, time tu saya tertidur” Abi kata sambil tergelak. “ Itulah susah kalau suami isteri belajar tempat sama, semua perkara tahu ” kata aku, kemudian diikuti ketawa besar.
“ Tengok Epul dengan Muiz tu Abi, lena betul” Along mengejutkan adik-adik yang terlena di riba Umi. “ Epul, Muiz bangun, pergi tolong Abang Ngah kemas-kemas bilik, Umi nak buat sarapan ni” lembut kata Umi. Saiful dan Muiz menggosok mata terus ke bilik menolong aku.
“ Wahh, mee goreng, siapa masak ni, kau ke Along, ke Umi” aku duduk di meja makan. “ Hello, see the leg la” kata Along dengan bangga. “ Sebab see the leg la aku tanya, confius ni” aku bergurau. “ Abi mana Umi?,” aku tidak lihat kelibat Abi. Lalu aku berjalan ke bilik Abi, kelihatan Abi sedang solat Dhuha.
“ Nur Amirah Humairah!!!! Mari sini!! jerit aku. “ Berapa kali Abang Ngah beritahu, keluar rumah mesti pakai apa???” sambil aku memulas telinganya.
“Umii! Sakit” pinta Amirah, anak bongsu. “ Kenapa ni angah? bising-bising”
Umi datang. “ Mira ni Umi, keluar rumah tak pakai tudung” jawab aku.
“ Mira keluar kejap je, nak sidai kain Umi, takkan tak boleh” ujar Amirah.
“ Eh budak ni, kita ni perempuan, Allah kurniakan kita sesuaut yang sangat berharga, jadi kita hamba yang taat dan patuh, mestilah jaga kurniaan Allah tu sebaiknya” pesan Umi. “ Haa dengar tu, Abang Ngah nampak lagi, aku cepuk lagi” celah aku. “ Angah, jangan garang sangat dengan adik-adik, cakap la elok-elok” pesan Umi lagi. “ Dah-dah, jom semua makan tengahari, petang ni kita pergi jalan-jalan kat Pantai Teluk Cempedak nak?” Abi bersuara. “ Yea-yea. jom-jom” Saiful yang sangat seronok.
Usai solat Isya’ berjemaah di rumah. Abi jadi imam. Sayu sungguh bacaan Abi, kadang-kala hampir menitiskan air mata. Habis solat sunat ba’diah, kami duduk dalam satu bulatan. “ Bukan mudah jadi lelaki ni, banyak tanggungjawab Ngah” Abi pandang tepat ke mataku. Aku sekadar tunduk, tersenyum.
“ Umiii, dulu, Abi tackle Umi ke atau Umi tackle Abi” tiba-tiba Along tanya spontan. “ Mesti la Abi korang, masa belajar, Umi dulu hot, ramai peminat tau, tapi tak tahu la ayat apa Abi korang baca, sampai Umi tersangkut ” Umi jawab sambil ketawa kecil. “ Eh dia ni, perasaannya, tolong la” Abi menyambung. Semua tergelak besar. “ Tapikan Umi masa tahun akhir, Umi selalu doa kat Allah, supaya jodoh Umi, orang yang baik, ada agama, boleh bimbing Umi, didik anak-anak Umi, tiap-tiap hari Umi berdoa” sambung cerita Umi.
“ Haa Ngah, kau tengok Abi,penuhkan dengan ciri-ciri yang Umi cakap tu kan, mujur Allah makbul doa Umi” kata Abi dengan penuh nada bangga.
“ Ya Allah, tolong la abang ni,” spontan Umi balas. “ Abi dengan Umi ni sama je perangai, elok la tu” aku sambung. Semua tergelak. Adik-adik aku terpinga-pinga. “Korang budak kecik lagi, mana faham” kata aku.
Jam menunjukkan 11.30 malam. Aku menuju ke kamar tidur. Melihat Umi di dapur. “ Umi, buat apa,?” tanya aku. “ Ingat nak buat Nasi Lemak esok,
adik-adik mana? Jangan beri dorang main game, suruh tidur” ujar Umi.
“ Ada dalam bilik tu, ok Umi, selamat malam Umi” aku masuk ke bilik.
“ Ya Allah tak tidur lagi budak ni,” kelihatan Saiful dan Muiz bermain galaxy tab. “ Dah, (sambil mengambil tab dari Saiful) lewat dah ni, esok bangun awal, Abi ajak pergi joging,” aku mengingatkan. “ Okay, selamat malam Abang Ngah”
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak-anak soleh adalah pelaburan berharga. Yang menyelamatkan di akhirat kelak. Amin. (gambar tu hiasan je)