Sunday, September 9, 2012

Aksara Eidul Fitri


Balik

Jangan balik selagi kerja tak siap, ingat! ” tegas Asmira. Kata-katanya mengejutkan aku dari berfikir tentang kampung halaman. “ Baiklah Puan Wan Nik Asmira ,” balas aku dengan nada perli. Asmira seorang yang tegas dan serius dalam bergerak kerja. Kedudukannya sebagai timbalan presiden bertepatan dengan keperibadian dirinya yang membuat aku sangat hormat kepadanya.
              “ Bilalah nak lulus kertas kerja, kuliah dah habis, kalau ikutkan hati mahu saja pulang” keluh aku sendirian. “ Sabar, bulan puasa ni, Allah nak uji kita,” celah Fathi memberi kata-kata semangat. Kertas kerja Program Bulan Penghayatan Islam yang telah dihantar ke rektor masih belum mendapat apa-apa kata putus. Bulan Ramadhan kali ini memang sangat menguji dengan pelbagai masalah dan ujian. Mungkin inilah yang dikatakan Tarbiyah Ramadhan.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah 2:183)
Kalau tak lulus sebelum kita balik cuti ni , tak apalah kita sambung lepas cuti,” sambung Fathi lagi. Fathi merupakan presiden persatuan mahasiswa islam di kampus. Dia banyak membantu dan dialah banyak memberi semangat dalam menggerakkan program ini.
              Tiba-tiba telefon bimbitku berdering, “ Eh kejap, ibu ana telefon”, aku keluar dari perbincangan. “ Abang, di rumah ni abah selalu tanya, bila abang nak balik, rumah? ” Terdiam sejenak aku mendengar kata-kata ibu. “ Ibu, esok pagi abang balik,” spontan keluar dari mulut.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "UFF" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (al-Isra`: 23)
Sebenarnya aku mempunyai perancangan dengan kawan-kawan untuk pergi program di Shah Alam, Selangor pada esok pagi. Tapi gerak hati suruh pulang ke rumah. Keesokan pagi, aku bersiap dan terus memecut ke Kuantan.

-------------------------------------------------------------------------------------

Pak Ngah

blog

Ibu , Pak Ngah nak datang rumah, dia suruh ambil dia di airport nanti,” kata aku kepada ibu. “ Dia telefon abang ke? Tahun ni dia nak beraya di rumah kita,” balas ibu. “ Pak Ngah mana pernah telefon, dia kan up to date person, ni dia mesej kat facebook,” ringkas aku.

       Tahun ini pasti hari raya yang lebih meriah dengan kehadiran Pak Ngah. Sejak kematian Mak Ngah beberapa tahun lalu,Pak Ngah berpindah ke Pulau Langkawi bekerja di resort menyendiri di sana. Mak Ngah terlibat dalam nahas jalan raya bersama anak perempuan kesayangan Pak Ngah yang baru sahaja berumur 3 tahun.

“ Tahun ni ada kakitangan tambahan ni” bisik hati sambil tersenyum seorang diri.
Selepas terawih, aku terus ke Lapang Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan mengambil Pak Ngah.
-------------------------------------------------------------------------------------------


Terakhir Ramadhan
Ya Allah, dah 25 Ramadhan. Memang Ramadhan kali ini terasa pantasnya. Sibuk dengan kuliah, program tidak sedar Ramadhan kian di akhir tirainya.
“ Jom I’tikaf di masjid malam ni nak? “ pelawa Pak Ngah. “ Ish Pak Ngah ni, macam dia pulak orang sini, jom la” balas aku sambil tergelak.

Tinggal beberapa hati lagi Ramadhan menutup tirai. Dalam kesibukkan persediaan menyambut Eidul Fitri, ibadat di 10 akhir Ramadhan ini jangan pula kita tinggalkan.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

rabbit

  Pagi-pagi lagi aku pusing sekitar rumah, aku melihat ayah memberi makan binatang peliharaan dia. Antara yang terbarunya arnab atau anak sedara aku memanggilnya kelinci (Indonesia).

Begitulah rutin ayah dirumah setiap hari. Teringat aku kepada pengajian kitab turath oleh Ustaz Tengku Nik Asri, “ Kenapa orang hidup di kampung ni berkat? Kerana setiap pagi mereka bersedekah kepada haiwan-haiwan ternakan mereka, dari situlah turunnya rahmat dan berkat,” pesan Ustaz Tengku.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Hari Raya

Hari Raya semakin dekat. Adik-beradik yang sedang belajar semua sudah berada di rumah. Kami membuat agihan kerja. Biar pun di rumah, aku masih tidak senang duduk. Masih teringat bebanan kerja yang aku tinggalkan kepada Asmira dan Fathi. Setiap hari aku pasti akan menelefon dan menghantar SMS bertanyakan mengenai perkembangan kertas kerja.

                   " Itulah sibuk sangat nak balik. Dah balik, balik la, nanti tahulah ana update pada enta,” SMS ringkas aku terima dari Asmira. Mungkin agak marah kepada aku yang pulang awal ke rumah. Aku yakin Asmira dan Fathi mampu untuk menyiapkan saki-baki kerja yang ada. Mereka bukanlah calang-calang orang dalam bergerak kerja ini.

lemangAku ke dapur. Melihat Mazli, abang aku sedang sibuk memasukkan beras ke dalam sarung ketupat. “ Sikit ibu beli sarung ketupat” kata aku. Aku duduk membantu abang menyiapkan ketupat. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang diberi. Seronok melihat, beginilah keaadaan setiap tahun.

SMS hari raya mula diterima dari sahabat sekolah, matrikulasi, dan universiti. Waktu inilah kita mengeratkan kembali ukhuwah yang terjalin antara satu sama lain. Tidak kira sahabat , pensyarah mahupun guru sekolah ini saatnya untuk bermaaf-maafan, bertanya khabar dan sebagainya yang dapat mengeratkan silaturrahim.

"………Maka barangsiapa yang memperhubungkan silaturahim, niscaya Aku menghubunginya. Dan barangsiapa yang memutuskan silaturahim, niscaya Aku akan memutuskan hubungan-Ku dengannya. Dan barangsiapa yang menetapkan silaturahim, niscaya Aku akan menetapkannya. Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku” (Hadith Riwayat Imam Ahmad r.h,)

----------------------------------------------------------------------------------------------


Dunia Yang Kecil
Takbir raya berkumandang. Hampir menitis air mata. Seperti tidak percaya Ramadhan sudah berakhir. Orang ramai memenuhi masjid. Khutbah raya selama sejam cukup menguji kesabaran . Aku melihat ramai terlena sewaktu ketika khatib sedang berkhutbah.

              satey  Sebaik melangkah kaki masuk ke rumah, " Abang, bakar sate cepat, kejap lagi ada orang nak datang,” suruh Kak Long. “Habis bau asap baju raya aku, baik aku salin baju dulu” fikir aku sendiri. Hari raya, ziarah menziarah itu amalan saban tahun. Jadi bijaklah kita dalam melayan, menyambut tetamu yang hadir ke rumah kita.

Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat” Al-Hadis
Selepas bersalam-salaman, aku merebahkan diri di katil bilik. “ Ya Allah, penatnya,” . Tiba-tiba terdengar bunyi kereta dari luar. Aku melihat dari tingkat bilik. “ Assalamualaikum” dari luar beri salam. Aku segera menyambut,
Waalaikumussalam " jawab aku, seperti aku mengenali mereka. Sepasang suami isteri bersama 2 orang anak perempuan mereka yang berpurdah.

           “ Haa abang, Hj Rosli ada tak ?, dia raya sinikan tahun ni,?” soal lelaki lingkungan 50-an . “ Dia panggil aku abang, macam dia ni keluarga rapat, tapi siapa ya?” bisik aku. “ Haa Hj Akob, mari masuk, apa berdiri luar tu,” tiba-tiba Pak Ngah datang dari belakang. “ Ya Allah, Pak Akob restaurant resort!” spontan aku terus bersalam. “ Hang ni baru setahun dua tak jumpa dak kenai dah” loghat utara dari Pak Akob . “ Ni Nurul, yang kat UIA, ini Ain, anak menakang aku, yang hang duk loghat tanya dulu” Pak Akob mentaaruf.
Ain?!!, Aku dah agak!, Ya Allah segannya aku” bisik aku dalam hati. Aku terlihat Ain menarik lengan baju bapa saudara mungkin kerana segan.

Selepas keluarg Pak Akob pulang, aku duduk berehat di sofa. Tiba-tiba Pak Ngah datang. “ Abang ko tak nak ke?” tanya Pak Ngah. “ Tak nak apa pula Pak Ngah ni,?” tanya aku pelik. “ Apa lagi ko nak bang, agama, paras rupa, kalau Pak Ngah la, ish” sambung lagi. “ Ni mesti pasal Pak Akob ni, ish Pak Ngah ni, Pak Ngah tak faham, dan Pak Ngah takkan faham,” aku terus beredar menuju ke bilik. Pak Ngah sekadar melihat dengan terpinga-pinga.

------------------------------------Tamat-------------------------------------------------

8 comments:

  1. ceh.. nak asmira je.. kannnn? aka Nadia.. hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. haha...
    rosak sejarah.

    ReplyDelete
  3. org tertentu je tahu kisah sebenar..
    har3

    ReplyDelete
  4. hahha...mmg rosak sejarah

    ReplyDelete
  5. hahhah..mmg rosak sejarah

    ReplyDelete
  6. Its not me, n i know who asmira. :)

    ReplyDelete
  7. u'all semua... ni cerpen..
    cerpen direka je ok..
    # agak2nye macm ni kot fatimah syarha kena bile dia wt novel+cerpen.

    ReplyDelete

Sila la Komen