Sunday, September 30, 2012

Kenang-kenangan?

DSC02338

Alhamdulillah, ada kawan beri cenderamata dari Korea. Aku tak reti nak baca amenda tulisan kat pen tu, apa-apa pun aku yakin memang made in Korea, kalau jumpa kat Mydin, siap! Smile with tongue out

Bukan nak cerita pasal hadiah ni, cumanya nak beri pandangan dan pendapat dalam masa yang sama nak muhasabah diri ni.

Tiap² dalam diri kita ni kan, mesti ada orang yang kita selalu ingat.Tak kira la siapa² pun, mak ayah? adik-beradik? kawan-kawan?. Ada tak? ( konfem tengah terlintas kat kepala kan). Cuba kita fikir kejap, bagaimana orang yang kita terlintas tu boleh terbayang dalam fikiran kita? Adakah wajah kita juga terlintas di fikiran orang lain? (jangan fikir lain)

Ya. Memang betul. Hadiah, cenderamata ke apa ke, hasil pemberian orang. Memang menunjukkan ingatan seseorang kepada kita ( pun jangan fikir lain). Persoalannya, ingatan yang bagaimana yang kita tinggalkan? Baik? Buruk?

Bagi aku pula (pendapat peribadi), cukup la dengan akhlak+perbuatan baik, sifat suka menolong, saling menegur, yang konfem² akan dikenang sampai bila-bila. Hadiah, cenderamata boleh hilang, rosak dan sebagainya. Tapi perbuatan baik, itu yang tersemat selama-lamanya. Ceewah~

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)”
[al-Ghasyiah 88: 21-22]

Sunday, September 23, 2012

Ala takkan tak boleh kot?

Rasa cinta dan sayang itu lumrah bagi manusia. Jatuh hati, masalah hati, memang perkara itu wujud dalam hati kita. Bak kata ustaz azhar “ Sape2 dop rase mende tengok oghang puang, die gila”.

3574378091_ca4f19fe23Namun rasa cinta dan sayang itu perlulah dialirkan ke saluran yang sebaikkannya jika tidak, habis!. Lumrah manusia, memang saling sayang-menyayangi, namun bagaimanakah yang dibenarkan syariat? Jangan kita hanya mencari dalil2/pendapat2/ yang membenarkan hanya untuk membolehkan kita melakukannnya.

Apa nak dikongsi harini. Soalan-soalan ni selalu bermain dalam fikiran. Sebenarnya dah lama Quran dan Hadis menjawab.

Ala saya bukan saja2 bercinta, saya nak cari jodoh la.

“Dan Allah telah menjadikan jodoh-jodoh kamu sekalian dari jenismu sendiri, lalu menjadikan anak-anak dan cucu bagi kamu dari jodoh-jodohmu
(An-Nahl: 72).

abangku (1)Saya bukan jumpa dia pun, call2, sms2 je pun.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.

Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

OK Fine!. Saya nak simpan gambar dia je. boleh?

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Hish!!! OK2! Saya nak jumpa dia kejap je!!

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

394947_313718738667884_100000892805575_909296_100476585_nSemua tak boleh! Saya bosan lah sorang-sorang!

“Dan (segeralah) menikah orang-orang yang masih sendiri di antara kamu, dan orang-orang yang pantas menikah di antara hamba-hamba sahayamu yang soleh baik perempuan mahupun wanita…”
(QS An-Nuur: 32).

Dah tu nak kahwin macamana, mana nak tahu saya dapat jodoh baik ke jahat?!!

“Wanita-wanita yang keji diperuntukkan bagi laki-laki yang keji. Laki-laki yang keji diperuntukkan bagi wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi laki-laki yang baik. Laki-laki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik”
(QS An-Nuur: 26).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita kalau nak membolehkan sesuatu tu, 1001 cara kita akan berusaha untuk membolehkan. Nauzubillah. Jodoh/pertemuan yang Allah swt dah tetapkan sibuk kita mencari, taufiq & hidayah yang belum dijanjikan pemiliknya tidok plop kita mencarinya. Astaghfirullah.

Sunday, September 16, 2012

Siapa kekasih hati saya?

Melihat remaja-remaja sekarang yang sibuk bercinta. Mempunyai kekasih hati. bercouple. berkepit sana-sini yang akhirnya membawa kepada kemungkaran.
Tak cukup dengan tu, bergaduh, berebut kekasih hati, post di FB, blog dan sebagainya. “ Jangan kacau kekasih aku!” “ Hey dia milik aku, kau jangan ganggu” Ayat biasa yang keluar.

            Tidak pun, kalau kekasih diganggu. “ Kalau kau ganggu dia lagi, nahas kau!” Kadang-kala sanggup berhabis duit, demi kekasihnya. Tidak cukup dengan tu wanita sanggup menggadai maruahnya demi kekasih yang disayanginya.

purdahLihatlah! Bila mana kita meletakkan seseorang yang kita sayangi dalam hati. Kita sanggup buat apa sekalipun demi menjaganya. Sanggup melakukan perkara-perkara luar rasional demi dirinya. Pantang juga perasaan bila mana ada seorang yang mengganggunya.

           Baru-baru ini kecoh di youtube mengenai lakonan yang memburukkan Nabi junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w iaitu seorang kekasih Allah!!. Sejauh mana cinta dan kasih kita kepada baginda. Apa kita buat?? Ambil tahu pun tak?!!! Nauzubillah. Dimana Rasulullah s.a.w di hati kita? Jauh lagi kasih dan cinta kita kepada baginda.

303988_399604456774006_860868235_n                 Aku bukan nak larang+cerita+suruh bercinta, berkasih, masalah hati dan sebagainya, tapi biar lah bersyariat. Aku pun lebih kurang je. Lagi teruk ada. Iman kita yazid wa yankuss. So apa2 pun, tanamkan cinta terlebih dahulu kepada Nabi s.a.w
Jom selawat sekali.اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ.


#gambar yang atas tu xde kene mengena. teruk2x..

Sunday, September 9, 2012

Aksara Eidul Fitri


Balik

Jangan balik selagi kerja tak siap, ingat! ” tegas Asmira. Kata-katanya mengejutkan aku dari berfikir tentang kampung halaman. “ Baiklah Puan Wan Nik Asmira ,” balas aku dengan nada perli. Asmira seorang yang tegas dan serius dalam bergerak kerja. Kedudukannya sebagai timbalan presiden bertepatan dengan keperibadian dirinya yang membuat aku sangat hormat kepadanya.
              “ Bilalah nak lulus kertas kerja, kuliah dah habis, kalau ikutkan hati mahu saja pulang” keluh aku sendirian. “ Sabar, bulan puasa ni, Allah nak uji kita,” celah Fathi memberi kata-kata semangat. Kertas kerja Program Bulan Penghayatan Islam yang telah dihantar ke rektor masih belum mendapat apa-apa kata putus. Bulan Ramadhan kali ini memang sangat menguji dengan pelbagai masalah dan ujian. Mungkin inilah yang dikatakan Tarbiyah Ramadhan.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah 2:183)
Kalau tak lulus sebelum kita balik cuti ni , tak apalah kita sambung lepas cuti,” sambung Fathi lagi. Fathi merupakan presiden persatuan mahasiswa islam di kampus. Dia banyak membantu dan dialah banyak memberi semangat dalam menggerakkan program ini.
              Tiba-tiba telefon bimbitku berdering, “ Eh kejap, ibu ana telefon”, aku keluar dari perbincangan. “ Abang, di rumah ni abah selalu tanya, bila abang nak balik, rumah? ” Terdiam sejenak aku mendengar kata-kata ibu. “ Ibu, esok pagi abang balik,” spontan keluar dari mulut.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "UFF" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (al-Isra`: 23)
Sebenarnya aku mempunyai perancangan dengan kawan-kawan untuk pergi program di Shah Alam, Selangor pada esok pagi. Tapi gerak hati suruh pulang ke rumah. Keesokan pagi, aku bersiap dan terus memecut ke Kuantan.

-------------------------------------------------------------------------------------

Pak Ngah

blog

Ibu , Pak Ngah nak datang rumah, dia suruh ambil dia di airport nanti,” kata aku kepada ibu. “ Dia telefon abang ke? Tahun ni dia nak beraya di rumah kita,” balas ibu. “ Pak Ngah mana pernah telefon, dia kan up to date person, ni dia mesej kat facebook,” ringkas aku.

       Tahun ini pasti hari raya yang lebih meriah dengan kehadiran Pak Ngah. Sejak kematian Mak Ngah beberapa tahun lalu,Pak Ngah berpindah ke Pulau Langkawi bekerja di resort menyendiri di sana. Mak Ngah terlibat dalam nahas jalan raya bersama anak perempuan kesayangan Pak Ngah yang baru sahaja berumur 3 tahun.

“ Tahun ni ada kakitangan tambahan ni” bisik hati sambil tersenyum seorang diri.
Selepas terawih, aku terus ke Lapang Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan mengambil Pak Ngah.
-------------------------------------------------------------------------------------------


Terakhir Ramadhan
Ya Allah, dah 25 Ramadhan. Memang Ramadhan kali ini terasa pantasnya. Sibuk dengan kuliah, program tidak sedar Ramadhan kian di akhir tirainya.
“ Jom I’tikaf di masjid malam ni nak? “ pelawa Pak Ngah. “ Ish Pak Ngah ni, macam dia pulak orang sini, jom la” balas aku sambil tergelak.

Tinggal beberapa hati lagi Ramadhan menutup tirai. Dalam kesibukkan persediaan menyambut Eidul Fitri, ibadat di 10 akhir Ramadhan ini jangan pula kita tinggalkan.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

rabbit

  Pagi-pagi lagi aku pusing sekitar rumah, aku melihat ayah memberi makan binatang peliharaan dia. Antara yang terbarunya arnab atau anak sedara aku memanggilnya kelinci (Indonesia).

Begitulah rutin ayah dirumah setiap hari. Teringat aku kepada pengajian kitab turath oleh Ustaz Tengku Nik Asri, “ Kenapa orang hidup di kampung ni berkat? Kerana setiap pagi mereka bersedekah kepada haiwan-haiwan ternakan mereka, dari situlah turunnya rahmat dan berkat,” pesan Ustaz Tengku.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Hari Raya

Hari Raya semakin dekat. Adik-beradik yang sedang belajar semua sudah berada di rumah. Kami membuat agihan kerja. Biar pun di rumah, aku masih tidak senang duduk. Masih teringat bebanan kerja yang aku tinggalkan kepada Asmira dan Fathi. Setiap hari aku pasti akan menelefon dan menghantar SMS bertanyakan mengenai perkembangan kertas kerja.

                   " Itulah sibuk sangat nak balik. Dah balik, balik la, nanti tahulah ana update pada enta,” SMS ringkas aku terima dari Asmira. Mungkin agak marah kepada aku yang pulang awal ke rumah. Aku yakin Asmira dan Fathi mampu untuk menyiapkan saki-baki kerja yang ada. Mereka bukanlah calang-calang orang dalam bergerak kerja ini.

lemangAku ke dapur. Melihat Mazli, abang aku sedang sibuk memasukkan beras ke dalam sarung ketupat. “ Sikit ibu beli sarung ketupat” kata aku. Aku duduk membantu abang menyiapkan ketupat. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang diberi. Seronok melihat, beginilah keaadaan setiap tahun.

SMS hari raya mula diterima dari sahabat sekolah, matrikulasi, dan universiti. Waktu inilah kita mengeratkan kembali ukhuwah yang terjalin antara satu sama lain. Tidak kira sahabat , pensyarah mahupun guru sekolah ini saatnya untuk bermaaf-maafan, bertanya khabar dan sebagainya yang dapat mengeratkan silaturrahim.

"………Maka barangsiapa yang memperhubungkan silaturahim, niscaya Aku menghubunginya. Dan barangsiapa yang memutuskan silaturahim, niscaya Aku akan memutuskan hubungan-Ku dengannya. Dan barangsiapa yang menetapkan silaturahim, niscaya Aku akan menetapkannya. Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku” (Hadith Riwayat Imam Ahmad r.h,)

----------------------------------------------------------------------------------------------


Dunia Yang Kecil
Takbir raya berkumandang. Hampir menitis air mata. Seperti tidak percaya Ramadhan sudah berakhir. Orang ramai memenuhi masjid. Khutbah raya selama sejam cukup menguji kesabaran . Aku melihat ramai terlena sewaktu ketika khatib sedang berkhutbah.

              satey  Sebaik melangkah kaki masuk ke rumah, " Abang, bakar sate cepat, kejap lagi ada orang nak datang,” suruh Kak Long. “Habis bau asap baju raya aku, baik aku salin baju dulu” fikir aku sendiri. Hari raya, ziarah menziarah itu amalan saban tahun. Jadi bijaklah kita dalam melayan, menyambut tetamu yang hadir ke rumah kita.

Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat” Al-Hadis
Selepas bersalam-salaman, aku merebahkan diri di katil bilik. “ Ya Allah, penatnya,” . Tiba-tiba terdengar bunyi kereta dari luar. Aku melihat dari tingkat bilik. “ Assalamualaikum” dari luar beri salam. Aku segera menyambut,
Waalaikumussalam " jawab aku, seperti aku mengenali mereka. Sepasang suami isteri bersama 2 orang anak perempuan mereka yang berpurdah.

           “ Haa abang, Hj Rosli ada tak ?, dia raya sinikan tahun ni,?” soal lelaki lingkungan 50-an . “ Dia panggil aku abang, macam dia ni keluarga rapat, tapi siapa ya?” bisik aku. “ Haa Hj Akob, mari masuk, apa berdiri luar tu,” tiba-tiba Pak Ngah datang dari belakang. “ Ya Allah, Pak Akob restaurant resort!” spontan aku terus bersalam. “ Hang ni baru setahun dua tak jumpa dak kenai dah” loghat utara dari Pak Akob . “ Ni Nurul, yang kat UIA, ini Ain, anak menakang aku, yang hang duk loghat tanya dulu” Pak Akob mentaaruf.
Ain?!!, Aku dah agak!, Ya Allah segannya aku” bisik aku dalam hati. Aku terlihat Ain menarik lengan baju bapa saudara mungkin kerana segan.

Selepas keluarg Pak Akob pulang, aku duduk berehat di sofa. Tiba-tiba Pak Ngah datang. “ Abang ko tak nak ke?” tanya Pak Ngah. “ Tak nak apa pula Pak Ngah ni,?” tanya aku pelik. “ Apa lagi ko nak bang, agama, paras rupa, kalau Pak Ngah la, ish” sambung lagi. “ Ni mesti pasal Pak Akob ni, ish Pak Ngah ni, Pak Ngah tak faham, dan Pak Ngah takkan faham,” aku terus beredar menuju ke bilik. Pak Ngah sekadar melihat dengan terpinga-pinga.

------------------------------------Tamat-------------------------------------------------

Monday, September 3, 2012

Tolong…Tolong…

Dalam hidup ni, macam-macam orang kita jumpa. Bak kata astro macam-macam ada. Allah cipta kita ni macam pesen (orang tua-tua kata). Jadi harini nak kongsi sikit, macam-macam orang. Aku bukan kutuk ke apa, cuma aku suka perhati perangai orang, dan aku suka buat penilaian awal dari apa aku tengak.
Apa nak kongsi harini tentang ragam yang kita terima bila nak minta tolong.
Jom baca.

Si A  : “ Wei boleh tolong aku tak? bla3x….

Respon 1 : Tolong lagi memudahkan

Si B : “ Boleh2.. tapi kali buat macam ni bla3x….. lagi bagus…

Respon 2 : Tolong dan menolong

Si B : “ Boleh je, ape2 roger je aku..”

Respon 4 : Tolong dan melegakan hati

Si B : “ Ala ko ni ape susah2 buat sorang2, nape tak ckp awal2 nk tolong?”

Respon 5 : Tolong tapi banyak songeh.

Si B : “ Laa.. try tanye orang lain dlu,.. aku bla3juta… nak tolong ape?”

Respon 6 : Tolong dan menyakitkan hati

Si B : “ Kenapa buat camni? potpetpotpet (sejam kemudian) ha nak tolong ape?”

Respon 7 : Tak Tolong tapi Cuba menolong

Si B : “ Aku ada hal la, nanti aku call Si C suruh tolong ko”

Respon 8 : Tak Tolong tapi pandai ambil hati

Si B : “ Aku ada hal la, sian ko aku tengak sorang2 buat kerja, bla4juta…”

Respon 9 : Tak Tolong dan Menyakitkan hati

Si B : “ Ape aku kena plak? suh orang lain la…

Respon 10 : Perangai macam haram .

Si B : (Selepas dua hari) “ Eh sori bro, xprasan mesej dan misscall, ade hal la…”

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita dalam kategori mana? Muhasabah. Mana termampu kita tolong la.
Kita permudah urusan orang, Allah permudah rezeki kita.
Cuba la menolong walau dengan apa sekalipun. Ini hari dia, harini kita?