Monday, June 25, 2012

Disebalik Awan Nano…

hafiz-awan-nanoLagu awan nano menang dalam AJL baru-baru ini. sejak menang lagu itu, ramai yang tidak mengetahui maksud lagu tersebut. Lebih-lebih lagi, penulis lirik lagu itu sendiri tidak pernah bersedia hendak menerangkan maksud lagu tersebut.
Jika kita seorang peminat seni dan sastera, kandungan lagu itu amat menarik untuk difikir dan dikaji. Ini kerana, ia mengandungi sastera yang menarik, disamping mempunyai unsur kesufian.
Bagi menerangkan tentang kandungan lagi tersebut, dikupas seperti berikut;

PERTAMA : TASYA’UR

Sesuatu cerita yang diceritakan oleh seseorang kepada kita, pasti akan memberi kesan yang besar pada diri kita, jika kita menjadikan diri pencerita itu ke dalam hati kita. Kita merasakan diri pencerita itu adalah diri kita sendiri. Dalam istilah komunikasi disebut sebagai empati, sedangkan dalam istilah sastera arab disebut sebagai tasya’ur ( تشاعر).

Dalam hadis Qudsi, banyak perkataan Nabi SAW itu terhasil dari empati nabi SAW terhadap beberapa perkataan tuhan. Ekoran itu, hadis qudsi itu sifatnya adalah perkataan yang dituturkan oleh Nabi SAW, tetapi maksudnya adalah dari Allah SWT. Keadaan ini berbeda dengan al-Quran yang mana, ungkapan dan maknanya adalah dari Allah SWT.

Di zaman dahulu, ada seorang sufi bernama Hallaj yang mengungkap “ana al-Haq” yang bermaksud “aku adalah tuhan yang benar”. Ramai menganggap bahawa dia mengaku sebagai tuhan.

Jika kita perhatikan, takkan begitu bodoh sekali Hallaj bermaksud bahawa dia adalah tuhan, sedangkan dalam kehidupannya penuh dengan peribadatan yang cukup mendalam. Tetapi, jika difahami secara tasya’ur, kita akan fahami itu adalah satu perasaan yang cukup tinggi nilai yang telah diungkapkan oleh Hallaj dalam merasakan kebenaran Allah SWT.

Begitulah keberadaan pada lagu awan Nano. Ia mengandungi unsure Tasya’ur ini, iaitu apabila diungkapkan “Aku”, ia melahirkan perasaan yang cukup memberi kesan pada diri kita, apabila “Aku” iaitu “Allah” dalam lagu itu memberikan berbagai-bagai kebaikan-Nya kepada kita tanpa kita mampu “mencapainya” dengan jari sekalipun.

Walaupun tuhan itu tidak dapat dilihat, tidak dapat dipegang, tidak dapat dicapai dengan jejari, tetapi kasih sayang-Nya berikan kepada kita amat hebat sehinggakan tanpa kita sedari, kita sedang merindui-Nya.

KEDUA : TASYBIH

Dalam sastera arab, ada satu tajuk disebut sebagai tasybih. Ia seperti seseorang itu berkata, “Ahmad itu seperti harimau dari sudut garangnya”. Dari sudut maksud, ahmad itu bukan harimau, tetapi sifat-sifat garang itu wujud, makanya disebut Ahmad itu seperti harimau.

awan-nanoJika didalami lagi, dalam perbincangan tasybih ini ada satu tajuk disebut sebagai tasybih baligh, iaitu apabila alat tasybih iaitu kalimah “seperti” telah dibuang, dan sifat juga dibuang, iaitu kalimah “garang”. Makanya jadilah ayat, “Ahmad adalah harimau”. Ia bukan bermaksud ahmad itu adalah harimau, tetapi garang yang ada pada ahmad itu ‘seiras-iras’ harimau, makanya ahmad pun disinonimkan dengan harimau.

Dalam lagu awan nano, kasih sayang tuhan itu diungkapkan dalam bentuk makhluk yang memberi sayang. Ia memberi ingatan kepada kita bahawa, jika awan sudah dianggap memberikan sayangnya kepada kita dengan memayungkan kita ketika kita kepanasan, makanya Allah SWT itu memberikan kasih sayang-Nya kepada kita melebihi dari apa yang kita anggap yang awan berikan kepada kita.

KETIGA : TAJALLI
Allah SWT berfirman;
إن في خلق السماوات والأرض واختلاف الليل والنهار لآيات لأولي الألباب
Maksudnya;

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,”
(Surah al-Imran, ayat 190)
Juga dalam hadis yang ulama hadis berselisih menentukan taraf hadis, bahawa

Nabi SAW ada bersabda;
تَفَكَّرُوا فِي كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَفَكَّرُوا فِي اللَّهِ

Maksudnya;
berfikirlah pada semua perkara, tetapi jangan berfikir tentang Allah

Dari ini, dikalangan para ahli tasawwuf, mereka menimbulkan satu perbincangan yang disebut sebagai “tajalli”. Iaitu, Allah SWT mempamerkan tentang sifat-sifat-Nya dalam bentuk makhluk yang diciptakannya. Ia bukan zat Allah, tetapi ia adalah pameran agar manusia dapat mengenangkan sifat-sifat Allah SWT.

Ia seperti seseorang melihat langit yang luas, maka dia mengenangkan sifat pengampun Allah yang diberikan tuhan melepasi keluasan langit yang dilihat; seperti degupan jantung, mengenangkan kepada betapa pemurahnya Allah SWT dalam memberikan kasih sayang-Nya kepada manusia yang mempunyai jantung yang sentiasa berdegup tanpa henti selama manusia hidup.

Unsur ini wujud dalam lagu awan nano. Iaitu, mempamerkan betapa kasih sayang awan yang memayungi manusia di kala kepanasan sehingga mengores pipi dan bibir, maka kasih sayang tuhan itu melebihi dari kasih sayang awan tersebut.

Wallahu ‘Alam.
Ustaz Wan Ji

Tuesday, June 19, 2012

Kawan is Friend - II

Teringat dulu-dulu, ketika zaman sekolah. Aku dan kawan-kawan memang ditanam semangat berjaya sama-sama dunia & akhirat. Masa tu team aku memang terbaik dari study, surau, sukan dan lain-lain memang geng aku la. Wan, Ween, Ijat, Once, Muim , Muk, Kipli dan lain-lain lagi. Ini lah best friend sekolah, even sampai sekarang.

skolaDulu, duduk asrama, subuh-subuh, ada team Ops Subuh. Kalau aku lewat, mesti Wan kejut, kalau Wan lewat mesti aku kejut. Kadang-kadang kitaorang tidur kat surau. Pernah sekali tarikh keramat 08/08/08 , aku & the geng semua lewat bangun, pengetua yang azan. Siap dia umum kat perhimpunan lagi. Aku dengan Wan kena panggil dengan GPK 1 Cikgu Usop. Haha.

Time Puasa?! Puasa sunat sama-sama, buka sama-sama, roling-roling makanan. Kalau bulan Ramadhan jangan cerita la, memang sangat seronok, dari bersahur, berbuka , bertarawih , qiam dan sebagainya. Kawan bukan setakat kawan, tapi sama-sama membimbing.

DSC02017Kalau study, waktu exam, kat bilik prep kita orang akan tulis ayat lebih kurang macam ni, “ Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada kami” lepastu tulis nama sorang-sorang dan sain. Tiap-tiap kali masuk bilik prep mesti baca dan semangat bila nampak.

Tenshen bila exam?! Bila tekanan datang, kadang-kadang kitaorang main bola tampar sama-sama, jalan-jalan keliling sekolah sama-sama, lepak-lepak kat surau cerita-cerita. Memang best dan terbaik.

Bila masuk u? Keseronokkan macam ni dah kurang. Aku nampak masing-masing lebih pentingkan diri. Dari segi ibadat hingga ke study. Kadang-kadang aku rasa lost. Tak da team macam sekolah dulu.

Bila join persatuan, baru jumpa la kawan-kawan macam ni. Tapi tulah, semua dapat tengak time exam, ramai juga yang jenis pentingkan diri. Lepas tangan, buat tak kisah. “ Jangan ganggu aku time exam boleh tak?”,Aku tengah study ni jangan ganggu boleh”,  “ Alah nantilah lepas exam kita bincang”. Ayat biasa aku dapat .Tapi takpa lah kita berlapang dada.

DSC02007Tapi, yang ni part best, ada juga even ada paper esok, tengah exam, tengah study, aku cerita masalah ke apa minta tolong ke , “ Ada apa, cakap je , aku ada paper esok nih, mana boleh tolong aku tolong”, “ Aku ok je, esok jumpa,”, “ Ala tak pe, aku boleh tolong, paper aku lambat lagi, lagi pun apa lah sangat

Fuih, terbaik dari yang terbaik. Kadang-kadangkan, aku bukanlah nak minta tolong sangat pun, cuma mungkin nak kongsi, atau inform apa nk buat nanti. Tapi ada respon macam-macam, ada tu respon pun tidak. Baru aku tahu mana yang betul-betul kawan. Susah-senang sama-sama.

ukhuwah islamiyyahBersyukur aku, Allah letakkan kawan-kawan macam ni kat sekeliling aku. Semoga Allah permudah segala urusan mereka, dilimpahkan rezeki kepada mereka, diberkati dan dirahmati tiap-tiap langkah mereka.

Semoga ukhuwwah yang Allah hadirkan ni terus terbina, terus-menerus, lebih dipertingkat, dan paling penting ukhuwah ni jadi saksi KITA-KITA kat akhirat kelak. Untuk bersama-sama kita melangkahkan kaki ke syurga kelak. Amin Ya Allah.

p/s:  semakin mengenali hati budi orang.macam-macam orang ye,Smile

Monday, June 18, 2012

Sedikit Pasal Hadith



اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan

# Takhrij[3]:

Dikeluarkan oleh Ahmad (no. 2346)[4], Al-Baihaqi dalam Syu‘ab Al-Iman (no. 3654), Al-Tabarani dalam Al-Awsat (no. 4086) dan lain-lain daripada Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas daripada Nabi SAW secara marfu‘[5].

# Status:

Hadith Munkar, bahkan sanadnya[6] dha‘if jiddan[7]. Hadith ini didha‘ifkan oleh ramai ahli hadith seperti Al-Tabarani[8], Al-Baihaqi, Ibn Rajab[9], Al-Nawawi[10] dan lain-lain.

Bahkan kata Imam Al-Baihaqi sebelum menyebutkan hadith ini dalam kitabnya Fadha’il Al-Awqat[11]: “Diriwayatkan berkenaan doa masuknya bulan Rejab, hadith yang tidak kuat (lemah)”.

Hadith ini mempunyai beberapa kecacatan:

1- Za’idah bin Abi Ruqqad dikritik oleh jama‘ah nuqqad:

Kata Imam Al-Bukhari: “Munkar Al-Hadith”, kata Imam Al-Nasa’i: “Tidak diketahui siapakah dia”, kata Al-Nasa’i lagi: “Munkar Al-Hadith”, kata Imam Abu Daud: “Tidak diketahui khabarnya”, kataImam Al-Hakim: “Hadith-hadithnya tidaklah kuat”[12]

2- Ziyad bin ‘Abdullah Al-Numairi yang juga dikritik nuqqad:


Kata Imam Yahya Ibn Ma‘in: “Dha‘if Al-Hadith”, kata Imam Abu Hatim: “…Tidak berhujah dengannya”, kata Imam Ibn Hibban: “Munkar Al-Hadith”, juga didha‘ifkan oleh Imam Abu Daud, dan lain-lain.



3- Bersama-sama dha‘ifnya Za’idah, dia turut bersendirian (tafarrud):


Kata Imam Al-Tabarani selepas meriwayatkan hadith ini: “Tidak diriwayatkan hadith ini daripada Rasul melainkan dengan isnad ini, bersendirian Za’idah bin Abi Ruqqad”


4- Bahkan silsilah jalur sanad ini (Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas) hadith Munkar :-

Kata Imam Abu Hatim: “menyebutkan (meriwayatkan) Za’idah daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas hadith-hadith marfu‘ yang Munkar”[13]

Kata Imam Al-Bukhari: “Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad, Munkar Al-Hadith”[14]

# Fiqh al-Hadith:


Hadith ini walaupun ia Munkar dan isnadnya dhai`f jiddan, namun ia hanyalah doa, dan tidak bersangkut hal hukum-hakam dan lafaz doa itu tidak bercanggah dengan mana-mana asas umum dalam syariat Islam, maka beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan) dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW. 

Perlu diketahui bahawa manhaj para huffaz salaf dalam berinteraksi dengan hadith-hadith doa secara khusus ialah: hadith-hadith doa walaupun ia tidak thabit dari segi naqal, iaitu samada iadha`if khafif, atau dha`if jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun, hukum beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan), selagimana isi kandungan doa itu tidak bertentangan dengan asas-asas umum agama, dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.

Imam Ibn Khuzaimah (311H) dalam kitab beliau Mukhtasarul Mukhtasar, dalam bab al-Manasik, telah menerangkan kecacatan ('illah) satu hadith yang mengandungi doa. Namun , sejurus selepas itu beliau berkata hadith doa ini sekalipun tidak 'thabit' dari segi naqal (iaitu rantaian periwayatan samada dhaif khafif, atau dhaif jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun) namun ia mubah (boleh) diamalkan. Isyarat yang sama dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi, Imam `Abdulrahman ibn Mahdi dan lain-lain.
Antara sebab bolehnya beramal dengan hadith-hadith doa yang dha`if ini ialah kerana lafaz doa adalah bersifat bebas dan tidak terikat sepertimana lafaz zikir yang ma'thur dari Nabi SAW. Maka berdoa dengan menggunakan lafaz hadith-hadith doa yang dha`if adalah lebih utama daripada menggunakan lafaz doa yang bersifat bebas, bahkan tanpa sanad langsung.
Walaubagaimanapun, sekiranya dalam sesuatu perkara itu telah mempunyai hadith doa yang sahih, maka beramal dengan hadith doa yang sahih itu sudah tentu lebih utama daripada beramal dengan hadith doa yang dha`if atau palsu.
Hal ini berbeza dengan hadith-hadith dalam fadha`il `amal yang lain (selain daripada jenis doa) dimana syaratnya agak ketat sedikit berbandiang hadith-hadith doa, iaitu ia boleh diamalkan dengan beberapa syarat antaranya ia bukan hadith yang dha`if jiddan, tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.


[1] Al-Hadith: iaitu perkataan, perbuatan, ketetapan atau sifat yang disandarkan kepada Nabi. Apabila disebut “hadith qauli” ia merujuk kepada perkataan Nabi, “hadith fi‘li” merujuk kepada perbuatan Nabi, “hadith taqriri” merujuk kepada ketetapan (persetujuan) Nabi, “hadith wasfi” merujuk kepada sifat Nabi. Terdapat ‘ibarat (istilah) lain yang digunakan oleh Ahli Hadith seperti “Al-Athar” dan “Al-Khabar”. Sesetengah Ahli Hadith kadangkala membezakan antara “Al-Hadith”, “Al-Athar” dan “Al-Khabar”. Iaitu “Al-Hadith” digunakan kepada Nabi, “Al-Athar” digunakan kepada selain Nabi iaitu kepada Sahabat, Tabi‘in, dan “Al-Khabar” pula adalah umum dan digunakan untuk kesemuanya. (rujuk: Taqrib ‘Ilm Al-Hadith, Tariq ‘Iwadullah, hal. 50-51, Mu‘jam Istilahat, ‘Abdul Mannan Al-Rasikh, hal. 86). Walau bagaimanapun, menurut Dr. Hatim Syarif Al-‘Awni, para Ahli Hadith Al-Mutaqaddimin tidak membezakan antara ketiga-tiga istilah ini. Bagi mereka, ia adalah sama (rujuk: rakaman kuliah Syarh Nukhbah Al-Fikar, Dr. Hatim Syarif Al-‘Awni)

[2] Al-Matan: iaitu kata-kata yang mengakhiri sesuatu sanad (tujuan sanad), dengan kata lain “Matan” adalah “lafaz” hadith itu sendiri (lanjut rujuk: Al-Dibajah Fi ‘Ilm Al-Hadith, Tariq ‘Iwadullah, hal. 18)

[3] Al-Takhrij: masdar daripada “kharraja / خرّج” (mengeluarkan), iaitu mengeluarkan sumber atau dengan kata lain menyebutkan sumber hadith di mana ia dijumpai, tidak semestinya menyatakan darjat hukum (status) hadith itu

[4] Yang sebetulnya hadith ini adalah tambahan ‘Abdullah bin Ahmad (anak imam Ahmad) ke dalam Musnad Ahmad. Pada asalnya imam Ahmad tidak memasukkan hadith ini dalam Musnadnya.

[5] Marfu‘: ialah sanad hadith itu terhenti kepada Nabi, sama ada dari segi perkataan Nabi, perbuatan Nabi, taqrir (persetujuan/ ketetapan) Nabi, atau sifat Nabi. Dengan kata lain hadith Marfu‘ ialah hadith yang dinisbahkan kepada Nabi, ia boleh jadi Sahih, Dha‘if, Maudhu‘ dan sebagainya. (rujuk: Syarh Al-Muqizoh, Dr. Hatim Syarif Al-‘Awni, hal. 101; Syarh Lughah Al-Muhaddith, Tariq ‘Iwadullah, hal. 76)

[6] Sanad: adalah hikayat akan jalan Matan atau khabar akan jalan Matan, dengan kata lain menyandarkan hadith kepada pengucapnya. Bagi Ahli Hadith perkataan “Sanad” atau “Isnad” atau “Tariq” adalah sama seerti. Kata Imam Ibn Jama‘ah: “Para Ahli Hadith menggunakan perkataan “sanad” dan “isnad” untuk perkara yang satu (iaitu sama)”. Bagi mereka yang membezakan antara “sanad” dan “isnad”, ia adalah pembahagian secara lughawi (bahasa) bukan istilah (rujuk: Athar ‘Ilal Al-Hadith Fi Ikhtilaf Al-Fuqaha’, Dr. Mahir Yasin Al-Fahl, hal. 57-58; Al-Dibajah Fi ‘Ilm Al-Hadith, Tariq ‘Iwadullah, hal. 13)

[7] Dha‘if Jiddan: sangat lemah. Munkar: lihat nota kaki no. 15. Syaikh Al-Muhaddith ‘Abdullah Al-Sa‘d menyimpulkan hadith ni: Munkar, dan isnadnya dha‘if jiddan (dalam kitabnya Al-Badru Al-Tamam Fi Bayani Hukmi Ba‘dhi Ma Warada Fi Fadhli Ramadhan البدر التمام في بيان حكم بعض ما ورد في فضل رمضان, fasal hadith-hadith dha‘if fadhilat Ramadhan, hadith no. 4)

[8] Dalam Mu‘jam Al-Awsat (no. 4086), kata Al-Tabarani: “tidak diriwayatkan hadith ini daripada Rasul melainkan dengan isnad ini, bersendirian Za’idah bin Abi Ruqqad”

[9] Dalam Lata’if Al-Ma‘arif, 234

[10] Dalam Al-Azkar: hal. 314

[11] Fadha’il Al-Awqat, Al-Baihaqi, komentar sebelum hadith no. 14

[12] Rujuk: Tahzib Al-Kamal, Tahzib Al-Tahzib (Maktabah Shamela)

[13] Rujuk: Tahzib Al-Kamal, tarjamah Za’idah (Maktabah Shamela)

[14] Al-Dhu‘afa’, Al-Bukhari

[15] Hadith Munkar: maksud hadith Munkar di sisi ahli hadith terkemudian (Al-Muta’akhkhirin) ialah: “apa yang diriwayatkan rawi yang dha‘if yang menyanggahi dan menyalahi yang thiqat”, ini adalah definisi hadith Munkar di sisi Al-Muta’akhkhirin. Bagi para imam dan ahli hadith yang awal (Al-Mutaqaddimin) pula mereka tidak mengehadkan maksud hadith Munkar seperti Al-Muta’akhkhirin, akan tetapi bagi Al-Mutaqaddimin ia adalah lebih luas, iaitu setiap hadith yang tidak diketahui akan sumbernya, tidak kira sama ada rawi yang tafarrud (bersendirian) itu thiqah atau soduq atau dha‘if, sama ada tafarrudnya rawi itu bersama-sama mukhalafah atau tidak, iaitu dengan kata lain maksudnya sesungguhnya padanya berlaku kesilapan atau tidak terpelihara atau tidak diikuti (khata’, waham, ghayr mahfuz, gharib, la yutaba’ahu ‘alayhi ahad), seperti kata Imam Ahmad “yuhdath bi ahadith manakir laysa lahu asl”, kata Imam Al-Bukhari “hadith laysa bi ma‘ruf Munkar al-hadith”, dan antara ibarat-ibarat lain yang digunakan oleh Al-Mutaqaddimin untuk Munkar adalah seperti “haza khata’”, “haza waham”, “haza ghayr mahfuz”, “haza ghayr sahih”, “gharib”, “wa la yasybih”, “la yathbut”, “la yasih”, dengan itu Munkar pada Al-Mutaqaddimin adalah lebih umum daripada Al-Muta’akhkhirin, dan ia lebih dekat kepada makna al-lughawi iaitu “ghayr ma‘ruf/ tidak di ketahui”, iaitu padanya adanya berlaku kesilapan.

Contohnya kata Imam Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil (1/292): “Dan hadith ini bersendirian padanya Isma‘il bin ‘Ayyasy daripada Al-Zubaidi, dan ia hadith Munkar daripada hadith Al-Zubaidi, Ibn ‘Ayyasy telah mengambil hadith Al-Zubaidi ke atas hadith Ibn Sam‘an dan dia telah tersilap. Al-Zubaidi thiqah dan Ibn Sam‘an pula dha‘if”. Jika dilihat pada kata-kata Ibn ‘Adi ini dapat diketahui bahawa beliau menggunakan istilah “Munkar” ke atas apa yang telah bersendirian padanya Ibn ‘Ayyasy daripada Al-Zubaidi, kerana tidak diketahui hadith ini daripada hadith-hadith Al-Zubaidi, rawi yang meriwayatkannya daripadanya telah silap kerana telah memasukkannya hadith Ibn Sam‘an.

Contoh lain pula ialah kata Imam Al-Nasa’i (8/319): “Hadith ini Munkar, telah silap padanya Abu Al-Ahwas Salam bin Sulaym, sesungguhnya tidak diketahui seorang pun yang mengikutinya padanya Al-Ahwas daripada kalangan ashab Simak bin Harb… dan kata Ahmad bin Hanbal: “Abu Al-Ahwas telah silap pada hadith ini”. Jika kita lihat di sini Abu Al-Ahwas adalah seorang yang thiqah mutqin! Akan tetapi Imam Al-Nasa’i tetap menggunakan istilah “Munkar” ke atas hadithnya yang ada silap padanya. Dan contoh-contoh lain semisal ini sangat banyak.

Munkar adalah sebahagian daripada ‘Illah (kecacatan) pada hadith dan hadith itu tidak sahih.  (lanjut rujuk: 1-Mu'jam Musthalahatil Hadithi wa 'Ulumihi, Dr. Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi, hal. 57, cetakan Dar al-Nafaes, 'Amman, Jordan, 2009M , 2- Nazarat Jadidah Fi ‘Ulum Al-Hadith, Dr. Hamzah Al-Malibari, hal. 32, 200-210, Dar Ibn Hazm, 2003M, 3-  Al-Buhuth Al-Mukhtasarah, Dr. Hamzah Al-Malibari, cetakan Multaqa' Ahl Hadith (Al-Buhuth Al-Mukhtasarah ini merupakan himpunan kertas kerja pembentangan syaikh Al-Malibari di Algeria, besempena Multaqa' Al-Dauliy lil-Sunnah Al-Nabawiyyah pada 13,14,15 Mac 2010 di bandar Qistantinah (Konstantin/Constantine), Algeria) 4- Athar Ikhtilaf Al-Asanid wa Al-Mutun Fi Ikhtilaf Al-Fuqaha', Dr. Mahir Yasin al-Fahl, hal. 465,Dar al-Muhaddithin, Qaherah, 2008M, 5- Syarh Lughotul Muhaddith, Thariq 'Iwadullah, hal.406 &  410,Maktabah Ibn Taimiah, Giza, 2009M, 6- Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah, Dr. Mustafa Al-Muhammadi, di bawah seliaan Dr. Basyar 'Awwad Ma'ruf, hal. 80, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut,2005M)

p/s: syukran akhi ansarul-hadis.blogspot.com

Thursday, June 14, 2012

Ramai Tahu, tapi…


Ramai tahu apa itu Ketika Cinta Bertasbih,
Tapi tak pernah bertasbih mencari cintaNya.

Ramai tahu apa itu Sejadah cinta,
Tapi tidak pernah mencari sejadah menuju cintaNya,

Ramai tahu apa itu Istikarah cinta,
Tapi selalu beristikarah memilih cintaNya.

Ramai tahu apa itu Tahajjud Cinta,
Tapi tidak pernah bangun bertahajud mengejar cinta.


Harini, kita dikelirukan istilah-istilah Islam dalam bercinta. Menjadikan sesuatu yang cantik disisi pandang kita. Tapi ada juga terlalu syadid bila menyebut bab cinta. Haram bercinta, haram berkasih sesama insan. Tidak salah, jika cinta dan kasih kepada mak ayah, kawan-kawan, adik-beradik mereka pun insan juga. Ada masa harus, ada masa haram.cinta

Aku cuma nak pesan kat diri sendiri, takut perasaan-perasaan ini yang menggugat cinta kita kepada Allah swt. Jiwang karat sungguh bunyinya.Tapi itulah, jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, jangan risau insyaAllah cinta makhluk yang lebih terpelihara akan menyusul. Semoga Allah menemukan kita kepada cinta yang mendekatkan kita ke jalanNya.


Bagaimana kita boleh mencintai sesuatu makhluk yang dicipta,
Pada masa yang sama tidak tahu mencintai Maha Pencipta?


p/s: Aku pernah post entry psl cinta (kah3), dipetik dari tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. <Klik Sini>