Insan memakai kasut berjenama berkata “ Ahh kasut aku dah teruk la, nak beli kasut baru” Menujur ke bandar mencari kasut.
Terjumpa dengan seorang berkasut lusuh, dalam hatinya terdetik, “ Ya Allah, susahnya insan ni”. Insan berkasut lusuh itu tidak sentiasa berfikir, bilakah mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli kasut baru.
Sedang dia berjalan, berjumpa dengan insan hanya berkaki ayam sahaja. Insan berkaki ayam itu pula, sentiasa berfikir, ya Allah, bilakah mampu aku membeli alas bagi kaki ku ini” Insan ini terus berjalan lalu berjumpa dengan seorang insan berkerusi roda yang cacat tidak berkaki.
Insan ini dalam hatinya berkata “ Alhamdulillah ya Allah, Engkau tarik satu nikmat Mu, tapi Kau masih tinggalkan nikmat yang lain yang masih boleh aku gunakan.
Perlukah kita bersyukur bila Allah tarik nikmat kita? Bila tiada baru tahu menghargai. Muhasabah.
syeikh, ana baru beli kasut baru.. macam mane nie..
ReplyDelete