Friday, April 27, 2012

Benefit 4 others

Mungkin kita tidak pernah terfikir pasal ni, tapi harini aku nak ajak korang semua berfikir. Pernah dengar pepatah melayu, jangan jaga tepi kain orang lain, bagi aku tulah pepatah yang palin bertentang dengan agama aku.

Kadang-kala , aku duduk sendirian , aku berfikir, kenapalah kita bersusah-payah demi orang lain. Aku dengan kawan-kawan bagai nak rak rancang program, proceed kertas kerja dan sebagainya. Kemudian, ada pelajar meninggal, sibuk kutip derma setiap pelajar, tak cukup dengan tu pusing pulak kolej kediaman, naik turun tangga selama 2-3 hari.

3508716469_2a212013c9Kemudian, ada sahabat/kawan/geng sakit, kita sibuk nak ambil tahu, update setiap masa, rasa tak tenteram kalau tak tahu. Tak cukup dengan tu, birthday sahabat/kawan/geng kita sibuk nak wish, beli hadiah bagai, celebrate, makan2.

Tambahan pula (cam karangan bm ), ada sahabat/kawan/geng nak exchange student, kita sibuk buat majlis perpisahan, hantar pulak ke airport, update keadaan dia kat sana, tanya khabar. Fuih!.untung ler~

Kalau family pula, jangan cerita la, mak|ayah suruh balik, ondaspot balik, terus balik, tak ada consider dah. Kelas ke apa ke, tup3 muka ada depan rumah..

I-LUV-ISLAM5Cuba korang semua fikir, kalau semua yang kat atas aku tulis tu kita tak buat, ada masalah ke? Kenapa mesti kita susah2 demi orang lain. Apa faedah kita dapat? Habis masa, habis duit, kadang2 boleh buat gaduh dengan orang lagi. Kalau tak buat bukan masalah pun? Apa sebab kita buat semua tu?

 

sahabatInilah Islam ajar,memang kita disuruh untuk bermanfaat demi orang lain. Zakat, derma, apa kita dapat?, kalau fikir2 habis lah duit kita. Tapi tidak, kita diajar demi kepentingan orang lain. Sabda Nabi s.a.w “ Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak manfaat kepada orang lain” (HR Bukhari).

menangis kerana AllahJadi!! janganlah rasa terbeban demi orang lain, buatlah yang termampu. Jadilah orang yang terbaik diantara yang terbaik. Manfaatkan lah diri kita semanfaat mungkin kepada orang sekeliling kita. Habis tenaga, duit,masa+sakit hati, terkorban perasaan dan sebagainya insyaAllah, Allah swt akn membayar kelak!

Tapi! Jangan pula tiada ruang untuk diri sendiri, nak2 yang melibatkan hati dan perasaan. Biarlah kita tak luah kat siapa2, biarlah sahabat/kawan/geng kita tidak tahu hati dan perasaan kita, paling penting belajar untuk luah kepadaNya yang Maha Mengetahui. Mengadulah kepadaNya, menangislah sepuas2 di hadapanNya agar Dia tahu, kita sentiasa bergantung harap kepadaNya. Smile

3 comments:

  1. jangan rasa terbeban..sebab Allah mengira setiap kebajikan yg kita lakukan.. ^_^

    ReplyDelete
  2. perasaan sedih, resah, kecewa, marah adalah sifat fitrah manusia yg boleh jadi +ve or -ve. perasaan ni jika dpandu dgn ilmu mbawa kita mudah memahami, pasrah n menerima realiti kehidupan dunia. teruskanlah berdoa utk meneruskan kehidupan yg +ve. sorry 4 not being good friend, all the best my bro. :)

    ReplyDelete

Sila la Komen