Saturday, April 14, 2012

4 Hari

Ya Allah, pantas betul masa berlalu. Cuti semester selama seminggu macam tak cuti je. Aku tekad, memang kena balik. Mak dan ayah selalu bising kerana jarang balik rumah. Tak macam dulu dah. Macam2 kerja kena buat kat rumah Pagi sabtu aku bertolak balik.

DSC01748Sampai2 kat rumah. Wah! Rumah baru renovate, cantiknya! Macam rumah baru. Tapi aku pelik, ayah minta tolong aku wiring lampu,soket, kipas, tapi aku tengak semua dah setel. Rupa2nya ayah dah upah orang lain , fuh lega. Tapi bayaran RM 1000++. Kalau buat sendiri tak sampai pun.

Tapi ada sikit lagi yang tak setel, aku buat la mana termampu. Wiring ni memang memenatkan. Hari pertama aku kat rumah, banyak tidur , melepaskan keletihan yang dibawa dari kampus.DSC01747

Ha. Yang ni paling bes, aku layan keyboard ni, adik aku beli, hadiah PMR katanya. Dapatla aku tumpang sekaki. Balik ni aku berjaya mengkhatamkan lagu laukana bainana. Lagu full house pun sangkut2 lagi. Tapi tak boleh la main lama2 , jadi lagha la pulak.

 

ayam

Malam tu balik dari jumpa kawan2 lama. Aku dengan adik aku plan tangkap ayam hutan. Mak slalu sgt sebut pasal ayam ni. Malam tu kami memulakan operasi. Bersenjatakan jaring dan lampu suluh yang tak boleh menyala kami berdua jalankan tugas. Akhirnya dapat tangkap 2ekor, tapi lagi seekor sasaran yang dikehendaki, masih terlepas bebas. Geram! Harap lampu suluh rosak. kalau tak….

pokok-kelapa-belakang-rumahPagi esoknya, tiba-tiba pula rasa nak minum air kelapa. Aku pun pergi kait buah. Gambar pokok kelapa ni dusta semata2, yang aku kait tu tak la tinggi macam ni. Kalau kat melaka, air kelapa RM3.00 , kat rumah mau minum? kait sendiri!. Dalam erti kata lain free.

Petang tu hujan lebat, aku balik ke melaka, paling best kena saman sebab memotong pada double line. melayang duit aku.

Habis 4 hari dirumah. Betulah sumpah Allah, "demi masa!, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dengan kebenaran dan kesbaran. (Al-asr 1-3) Gunakanlah masa sebaiknya. Apa2 pun, sibuk macam mana pun kita, jangan lupa mak ayah di rumah. Mak ayah ni, kita tengak muka dah dapat pahala. Apatah lagi menggembirakan mereka.

Tapi berpada-padalah. Aulakan mana yang patut di aulakan. Fiqh aulawiyat, kepentingan keberadaan kita dimana yang diperlukan. Bahagikanlah masa sebaik-baiknya. Program, kawan2, keluarga, anak2, dan akademik. Kalau masa tengah usia meningkat retua ni kita gagal dalam bab pengurusan ni, percaya lah, kelak masa depan menjadi masalah untuk hadapi cabaran2 yang LEBIH hebat dari biasa. Teruskan belajar! Matangkan dirimu sematang usia mu! (dh mcm iklan pencuci muka)

 

No comments:

Post a Comment

Sila la Komen