Thursday, December 29, 2011

Riadah Menjadi Padah

Riadah mengikut wikipedia adalah aktiviti-aktiviti sihat yang mencergaskan tubuh badan. Skema ayat! Salah satunya sukan. Sepanjang semester kali ni, harini kali ke-3 turun futsal. 3hari berturut-turut. Sebelum ni bukan tak bersukan, tapi lebih berminat dengan badminton.images

Satu rumah aku turun main futsal harini. Awal permainan bermula dengan baik. Kumpulan aku mendahului 2-0. Keadaan menjadi semakin panas pada bila team aku, Villa,bukan nama sebenar dirembat headshot di kepala. Permainan terhenti seketika.

Pasukan lawan bermain dengan serius. Rembatan demi rebatan diberi. Asakan demi asakan. Aku yang tak berapa pandai main ni, main-main dalam main-main. Kadang-kadang aku capai tali skipping di tiang gol, main skipping.

Kemuncaknya tiba bila, team lawan, C.Ronaldho,bukan nama sebenar mula merembat kuat ke arah seorang team aku, Messi, bukan nama sebenar juga.“Nak lagi boleh!” tiba-tiba keluar dari mulut team lawan. Messi yang panas dengan kata-kata tersebut terus meluru ke arah C.Ronaldho dan satu das tumbukan sedikit terhayun. Sedikit darah di mulut C.Ronaldho.

Pergaduhan mulut berlaku. Permainan terus terhenti. Kami terus ke menuju ke bilik. Sepanjang perjalanan ke bilik, peperangan mulut terus berlaku.

Tiba di bilik, aku ingatkan semua dah setel. Tiba-tiba Messi terus ke bilik C.Ronaldho. Suasana tegang , masing-masing menunjukkan hero. Peperangan mulut terus berlaku, aku dan beberapa orang kawan terpaksa menenangkan Messi dan C.Ronaldho.futsal

Akhirnya setel, minta maaf, tapi dendam masih membara, Perang yang tercetus sebelum ni antara Messi dan C.Ronaldho masih terpendam di lubuk hati.

Dalam hal ni, tak nak salahkn sesiapa. Tapi biarlah matang dalam perbuatan kita. Umur makin matang, biarlah sematang tindakkannya. Hilang nak riadah, akhirnya dapat padah. Hilang seronok aku harini.

Sunday, December 25, 2011

Akademik = Dakwah

Ya Allah, tup2 dah nak final exam. Pantas masa berlalu. Sejak diberi taklifan dalam persatuan, terasa belakang memikul satu bebanan yang sangat berat. Satu tanggungjawab , satu amanah, satu malaysia  yang perlu dipegang untuk satu penggal. Menjadi kebiasaan, bilamana kita aktif dalam satu persatuan,kelab mahupun organisasi, pengurusan masa yang mantap sangat diperlukan.
Kita selaku mahasiswa yang mana tanggungjawab belajar juga harus menjadi keutamaan. Bila dah sibuk, masa untuk study menjadi semakin kurang, jika tidak kena pada pengurusannya. Allah swt berfirman dalam surah al-asr, “ Demi masa, sungguhnya manusia dalam kerugian”. Ya memang benar! Kita memang dalam kerugian. Sebaik manakah pengurusan masa kita?alwanwallp8
Dalam sibuk berpersatuan, saya sering memfokuskan kerja, program-program dakwah dalam persatuan, kadangkala masa untuk mengulangkaji pelajaran dikurangkan. Itulah silap! Buka minda kita. Tahukah kita bahawa study itu adalah salah satu ruang lingkup dalam dakwah. Tidak percaya?
Kita buka lebih luas perbincangan kita. Bila disebut sunnah, apakah terlintas di fikiran anda? Jubah? kopiah? serban? lagi?!. Lupakah kita sunnah itu adalah tiap-tiap dari Nabi s.a.w. Salah satunya adalah sikap optimis yang pada Rasulullah s.a.w dakwah
Jadi, dalam study kita perlukan sikap yang optimis dalam memastikan kecemerlangan dalam ujian ataupun peperiksaan. Jadi secara tidak langsung kita berdakwah menggunakan sikap yang diamalkan Rasulullah saw! Jom kawan-kawan mengoptimiskan diri kita dalam usaha kecemerlangan di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Wednesday, December 7, 2011

Cinta

Dalam kitab ash-Shahihain Nabi s.a.w bersabda:
Ada tiga hal, sesiapa sahaja yang ada padanya, maka ia akan merasakan manisnya keimanan.

Seseorang hamba tidak akan merasakan manisnya iman, kecuali orang dalam hatinya ada 3 perkara: menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang yang hanya cinta kerana Allah, dan membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah swt menyelamatkannya daripada kekufuran itu,sebagaimana kebenciannya untuk dilemparkan ke dalam api neraka” (HR Bukhari No 16,21 dan Muslim no 43)

Sesiapa sahaja yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah,maka ia telah berupaya menyempurnakan imannya” (HR Abu Daud, No 4681, Tirmidzi No 2521)

Tidaklah dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, kecuali orang yang lebih utama daripada kedua-duanya adalah yang paling besar cintanya kepada sahabatnya itu’ (HR Hakim no 7323 dia berkata hadis ini sohih)

Membezakan Pelbagai Cinta

Ada 4 jenis cinta yang perlu dipisahkan, sebab banyak yang sesat kerana tidak memisahkannya.

Pertama: cinta jepada Allah. Agar selamat daripada seksaan Allah dan beruntung meraih pahala daripada-Nya,ini sahaja tidak cukup.Sebab orang-orang musyrik,para penyembah salib, orang2 yahudi dan lain2 mereka juga mencintai Allah.

Kedua: cinta kepada apa yang dicintai Allah. Jenis Cinta inilah yang membawa seseorang ke pangkuan Islam dan mengeluarkannya daripada kekufuran.Manusia yang paling dicinta Allah adalah orang yang paling konsisten dan paling kuat dalam mencintai.

Ketiga: Cinta kerana Allah dan cinta dalam keredhaanNya. Ini mengangkat cinta kepada apa yang Allah cintai. Kecintaan kepada apa yang Allah cintai ini, tidak akan benar kecuali dengan cinta kerana-Nya dan dalam redha-Nya,

Keempat: Kecintaan bersama Allah.Inilah cinta yang syirik, setiap orang yang mencinta sesuatu bersama dengan (kecintaan) kepada Allah, bukan kerana Allah, bukan dengan alasan-Nya atau dalam redhaNya, maka ia telah mengambil sekutu selain Allah inilah bentuk cinta orang2 musyrik.cinta (1)

Tinggal jenis kelima yang bukan dalam perbahasan kita; iaitu kecintaan alamiah, iaitu kecenderungan seseorang kepada apa saja yang sesuai dengan sifatnya, seperti kecintaan orang yang dahaga pada air, orang yang lapar pada makanan, cinta tidur , cinta isteri dan anak. Semua itu tidaklah tercela, kecuali yang melalaikan zikir kepada Allah, dan menyibukan daripada kecintaan kepada-Nya, sebagaimana Allaj swt berfirman mafhumnya.

Hai orang2 yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu sampai melalaikan kamu daripada mengingati Allah, barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang2 yang rugi (al-Munafiqun [63];9)

“lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah (an-nur[24]:37)

p/s: Aku petik dari kitab Mengetuk Pintu Keampunan Allah karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah anak murid kepada Syeikh Ibnu Taimiyyah kang ada cakap aku pandai2 plak.