Kembali ke bumi Melaka. Masa yang singkat dirumah dimanfaat sebaik mungkin.
“ Dah makan belum?,” tanya mak sebaik tiba dirumah. “Tak lagi” jawab ringkas. Aku berjalan perlahan ke dapur. “ Mak dengan ayah puasa harini” sambung mak ringkas. Petang tu kami berBBQ untuk mak dan ayah yang berpuasa.
“ Datang la rumah, ada je” sms ringkas Akid. Sahabat yang kemalangan tempoh hari. Aku pakat dengan beberapa sahabat yang lain. Usai solat Maghrib kami bergerak terus dari masjid ke rumah Akid.
“Assalamualaikum, Akidd” salam diberi. “ Waalaikumusslm” keluar lelaki berkain pelekat , bertshirt menyahut salam. Ya Allah dah boleh jalan dalam hati aku bersuara. kami dihidang nescafe panas dan kek pisang . Pelbagai cerita dikongsi bermula dari kemalangan sampai ke hari ini. Akid cuma sedikit lain dari perangai yang dulu, dari seorang pendiam menjadi periang dan peramah.
Teringat sewaktu melawat di ICU , doktor memberitahu harapan untuk hidup hanya 50%. Dan kalau hidup pun tidak la seperti dulu. Wayar-wayar yang berselirat memenuhi jasad Akid. Tengkorak retak. Paru-paru tercucuk besi. Ternyata Tuhan lebih berkuasa. Ibu Akid menceritakan sewaktu Akid mula sedar, tak mampu berjalan, tapi tetap mahu solat. Dirumah, rebah di pintu bilik air. Allah
Solat hajat demi solat hajat, doa demi doa, akhirnya termakbul. Hebat bukan? Kadang-kadang bukan Tuhan tu tidak mahu memberi tapi kita yang malas untuk meminta (berdoa). Dan bukan semua orang yang diberiNya tapi yang disayangiNya.
Terkadang kita sibuk, gelisah, kalut, soal, rezeki, duit, JODOH, dan sebagainya. Dengan usaha yang tidak seberapa kita impikan sesuatu yang lebih baik. Tiada masalah. Cuma pastikan Dia (Tuhan) menyayangi lebih buat dirimu.
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Surah Al-Ghaafir ayat 60
No comments:
Post a Comment
Sila la Komen