Aku selalu pesan pada diri, jangan biarkan kita lalui tiap detik kehidupan ini, dengan persepsi orang. Apa orang nak kata , katalah, jangan sampai menimbulkan fitnah sudah. Bosan, tertekan, tak bebas, bila kita asyik fikir apa kata orang, kadang-kadang menjadi plastik yang elastik yang sebenarnya membuat kita sentiasa statik.
Sebenarnya, sedar tak sedar kita sendiri yang mewujudkan persepsi itu sendiri. Wujud dek fikiran yang dibelenggu pelbagai perasaan.
“Didalam sesetengah keadaan, kita menghakimi seseorang dan kita merendahkan orang lain hanya kerana untuk memuaskan perasaan kita dan merasakan diri kita lebih baik.” Dr Tom Mulholland
Baru-baru ni, ikut bersama kawan-kawan lakukan “Street Dakwah” di tengah bandar di waktu malam. Bukan kerja yang mudah. Sebelum ni, hanya di kampus, sekeliling budak-budak yang berkopiah, tudung labuh, yang sedikit sebanyak sudah ada asas-asas pengetahuan agama.
Kekadang, kita lihat, kaki lepak, couple, rempit, sana-sini. Laju je kita cakap, “anak sapa la ni, dorang ni tak tahu dosa pahala, bla3x” Instead of kita dekati mereka, kita lebih cepat menghukum. Sedangkan kita tak tahu pun apa mereka lalui. Ada yang anak luar nikah, yang pernah melahirkan anak luar nikah, tidak pernah tahu agama, dan macam-macam lagi. Ya Allah! Tersentak jiwa rasa.
Cukup membuka mata, hati dan perasaan. Kita sering mewujudkan “dunia” sendiri dek kerana keselesaan, kepuasan diri. hakikatnya jauh berbida dengan realiti. Cukuplah dengan yang ada, dari kita terus membina persepsi, sebaiknya kita mencari persediaan berdepan dengan realiti!.
No comments:
Post a Comment
Sila la Komen