Saturday, February 15, 2014

Realiti tanpa Persepsi

 

Aku selalu pesan pada diri, jangan biarkan kita lalui tiap detik kehidupan ini, dengan persepsi orang. Apa orang nak kata , katalah, jangan sampai menimbulkan fitnah sudah. Bosan, tertekan, tak bebas, bila kita asyik fikir apa kata orang, kadang-kadang menjadi plastik yang elastik yang sebenarnya membuat kita sentiasa statik.

Sebenarnya, sedar tak sedar kita sendiri yang mewujudkan persepsi itu sendiri. Wujud dek fikiran yang dibelenggu pelbagai perasaan.

“Didalam sesetengah keadaan, kita  menghakimi seseorang dan kita merendahkan orang lain hanya kerana untuk memuaskan perasaan kita dan merasakan diri kita lebih baik.” Dr Tom Mulholland

IMG_0126 Baru-baru ni, ikut bersama kawan-kawan lakukan “Street Dakwah” di tengah bandar di waktu malam. Bukan kerja yang mudah. Sebelum ni, hanya di kampus, sekeliling budak-budak yang berkopiah, tudung labuh, yang sedikit sebanyak sudah ada asas-asas pengetahuan agama.

 

Don't judge people you never know what kind of battle they are fighting Kekadang, kita lihat, kaki lepak, couple, rempit, sana-sini. Laju je kita cakap, “anak sapa la ni, dorang ni tak tahu dosa pahala, bla3x” Instead of kita dekati mereka, kita lebih cepat menghukum. Sedangkan kita tak tahu pun apa mereka lalui. Ada yang anak luar nikah, yang pernah melahirkan anak luar nikah, tidak pernah tahu agama, dan macam-macam lagi. Ya Allah! Tersentak jiwa rasa.

 

 

Cukup membuka mata, hati dan perasaan. Kita sering mewujudkan “dunia” sendiri dek kerana keselesaan, kepuasan diri. hakikatnya jauh berbida dengan realiti. Cukuplah dengan yang ada, dari kita terus membina persepsi, sebaiknya kita mencari persediaan berdepan dengan realiti!.

Thursday, February 6, 2014

Ustaz , “ Ustaz ” , dan Baru Nak Start

 

Sms diterima “ Salam, ustaz nak minta tolong skit boleh,? ”. Eh sejak bila pula aku jadi ustaz ni. Salah nombor barangkali. Kadang-kala kita mudah untuk mengustazkan orang, kopiah sikit, janggut skit, ha konfem ustaz ni. kan?

Semalam, ikut kawan pergi mengajar tajwid. Jauh ya rabbi. Sampai dah dalam 9.30 mlm lebih kurang. Seramai 36 orang pelajar, 2 orang pelajar lelaki. Terbaik? mana lelaki? Pupus? Dalam kelompok tersebut ada yang dah faham, ada yang baru nak faham ada yang tak faham langsung. Lelah ustaz nak menerang.

Hebat seorang ustaz sejati. Tidak mengira jarak, penat, kewangan dan sebagainya untuk menyebar kalam Allah. Pernah seorang ustaz kongsi cerita, dia hanya ada dirumah pada hujung sahaja, ceramah sana sini dan isterinya cukup faham. Ada juga yang diancam, diugut, tak dibayar dan dilabel macam-macam.

Itu lumrah, sunnah dalam perjuangan. tidak kira apa jua dugaan sedikit pun tidak mengundur langkah untuk sebar kalam Tuhan. Tapi pelik juga dengan sesetengah makhluk Tuhan yang mengustazkan diri sendiri. Baru belajar pondok sekali dua, baru tahun 1, 2 dalam pengajian Islam sudah mula mengfatwa, menyesatkan orang, haram sana haram sini. haram jadddah?

Bila bercakap soal agama, bukanlah agama itu datang menghukum. Sepatutnya kita penyampai keindahan beragama, memudahkan bukan menyusahkan. Tak cukup dengan tu lagi, kecewa juga dengan sesetengah pelajar pengajian Islam, ambil fiqh fatwa, syariah tapi merokok! ala tu khilaf, enta tak faham kaedah fiqh bla3. Juga yang couple, kononnya “islamik”, sheikh, ana dah khitbah dia, soal ikhtilat ada rukhsah dia. Juga yang menonton , melihat benda² tak elok. “biasa la kita manusia biasa iman turun naik bla3” Tidak kurang juga, lepasan Mesir, waktu belajar tak datang kelas, kuat main game, layan korea, drama. balik² jadi penceramah, masuk tv. lolz.

Ahh susah! Pening kita begini. Apa yang penting sebenarnya, semua orang perlu menjadi ustaz. dan baru nak start dalam beragama itu yang terbaik. Tuhan tak tanya hang ni jadi ustaz ka ulama ‘ ka tapi Dia tanya Hang ni ada ngaji ilmu agama ka dak? lebih kurang begitu la.

aku-dan-perjalanan-ku1

Tuesday, February 4, 2014

Sayang Dia Yang Lebih

 

Kembali ke bumi Melaka. Masa yang singkat dirumah dimanfaat sebaik mungkin.

“ Dah makan belum?,” tanya mak sebaik tiba dirumah. “Tak lagi” jawab ringkas. Aku berjalan perlahan ke dapur. “ Mak dengan ayah puasa harini” sambung mak ringkas. Petang tu kami berBBQ untuk mak dan ayah yang berpuasa.

“ Datang la rumah, ada je” sms ringkas Akid. Sahabat yang kemalangan tempoh hari. Aku pakat dengan beberapa sahabat yang lain. Usai solat Maghrib kami bergerak terus dari masjid ke rumah Akid.

“Assalamualaikum, Akidd” salam diberi. “ Waalaikumusslm” keluar lelaki berkain pelekat , bertshirt menyahut salam. Ya Allah dah boleh jalan dalam hati aku bersuara. kami dihidang nescafe panas dan kek pisang . Pelbagai cerita dikongsi bermula dari kemalangan sampai ke hari ini. Akid cuma sedikit lain dari perangai yang dulu, dari seorang pendiam menjadi periang dan peramah.

Teringat sewaktu melawat di ICU , doktor memberitahu harapan untuk hidup hanya 50%. Dan kalau hidup pun tidak la seperti dulu. Wayar-wayar yang berselirat memenuhi jasad Akid. Tengkorak retak. Paru-paru tercucuk besi. Ternyata Tuhan lebih berkuasa. Ibu Akid menceritakan sewaktu Akid mula sedar, tak mampu berjalan, tapi tetap mahu solat. Dirumah, rebah di pintu bilik air. Allah

Solat hajat demi solat hajat, doa demi doa, akhirnya termakbul. Hebat bukan? Kadang-kadang bukan Tuhan tu tidak mahu memberi tapi kita yang malas untuk meminta (berdoa). Dan bukan semua orang yang diberiNya tapi yang disayangiNya.

Terkadang kita sibuk, gelisah, kalut, soal, rezeki, duit, JODOH, dan sebagainya. Dengan usaha yang tidak seberapa kita impikan sesuatu yang lebih baik. Tiada masalah. Cuma pastikan Dia (Tuhan) menyayangi lebih buat dirimu.

1508099_10202014539862374_1405677320_n

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Surah Al-Ghaafir ayat 60