Sunday, December 9, 2012

Jalan Cinta ini

123
2-3 hari ni hati dan emosi semakin tak stabil.Kenapalah hati ini. Kalau fikir balik biasalah. Sunnah perjuangan pimpinan silih berganti. Entah bakpe la sedih sangat. Harini aku nak tulis panjang-panjang.

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).At-Taubah [24]

Aku tak tahu sejauh mana cinta aku kepada Allah dan RasulNya dan cinta kepada jihad dalam menyampaikan agamaNya. Dulu, hari itu yang aku selalu menghitung, kapan tiba, tapi bila datangnya hari itu, perasaan sebak sentiasa di hati.

Jalan inilah pemula bagi segalanya, disinilah ak kenal apa itu erti ukhuwah. Setahun kami bersama menggerakn dakwah di kampus. Suka, duka, menangis, kami bersama. Bergaduh tidak pernah henti, tapi kerja tetap jalan. Bukanlah memudah mengetuai satu gerakan dakwah di kampus. Macam-macam orang kena berurus.

Meeting sampai ke pagi, program hujung minggu. Banyak luang masa bersama-sama mereka. Sungguh, pengalaman itu memang best. Aku rasa satu binding yang sangat kuat. Kadang-kala memang sangat-sangat rasa macam adik-beradik. Hinggakan kadang-kala melanggar ikhtilat sendiri, bergurau terlebih.
Ini yang bahaya ni, last-last boleh bawa masalah hati yang merencatkan pergerakan gerak kerja. Teringat pesanan senior, “ Enta tahu kenapa Baitul muslim tidak dibuat pada tahun satu/dua, sebab ada muslimin ni, dia gerak kerja dengan orang ni, dia suka orang ni, nanti gerak kerja dengan orang lain dia suka kat orang lain”

Tipu lah kalau siapa cakap dia tak pernah ada masalah hati. Normal la manusia. Cuma kita perlu lebih bijak dalam mengawal segala tu. Hati ni sifat dia berbolak-balik. Kejap je Allah nak “twist” hati seseorang tu. So bila fikir-fikirkan balik, tak payah nak masalah hati sangatlah. Melemahkan pemikiran, gerak kerja, merencatkan perkembangan dakwah itu sendiri.

Segalanya berakhir semalam, dan aku percaya itu titik permulaan aku dalam jalan ni. InsyaAllah, aku akan terus jaga adik-adik penyambung rantai perjuangan ni, untuk sebarkan Islam di kampus.

#ya Allah seandainya aku jatuh cinta , Kau jatuhkan hati aku ini dengan cinta kepada jalan dakwah ini. opss. haha

7 comments:

  1. kerana jalan inilah yg dilalui Rasulullah dan para sahabat..
    maka selusurilah jln ini dengan ilmu,iman,amal dan penuh mahabbah..

    ReplyDelete
  2. Jika buat btol2 krana Allah, terasa nikmat kemanisan bergerak kerja....
    #sobbing

    ReplyDelete
  3. wei jgn la komen kt sini.. buat sedih je...

    ReplyDelete
  4. selamat berpencen tapi dakwah tetap berjalan (:

    ReplyDelete
  5. tak pencen syahid. benti kejap... (:

    ReplyDelete

Sila la Komen