Friday, October 5, 2012

Kawan is Friend III

DSCN9230

“ Ko untung ko tahu!, zaman aku dulu, aku xde kawan2 macam ko ada sekarang. Aku tengok , ramai support buat kerja. Aku dulu sorang² ko tahu!”

Terdiam aku. Sewaktu nak tidur. Kata-kata ni masih terngiang-ngiang di fikiran. Betul. Memang betul. Kuat aku harini sebab mereka yang “kuat”. Lemah mereka lemah la aku. Mereka yang terbaik….

"’Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dalam menjalankan kerja dakwah agamaMu yang mulia ini, jadikan penat lelah kami, deraian air mata kami, tangis tawa kami, habis masa dan ruang kami, derita sakit kami, korban harta kami, perit rasa jiwa di hati kami, yang akan menjadi penyaksian kami ke syurga kelak.

Ya Allah, istiqamahkan semangat perjuangan di hati-hati kami, jangan Engkau bolak-balikkn hati kami, jauhi keraguan di hati-hati kami, was-was di hati kami, segala kemusykilan di hati kami, tanamkan semangat qiyadah dan jundiyah yang tinggi dalam diri kami, agar ruang masa hidup kami terus dalam jalan ini.

”Ya Allah jadikan kasih antara kami, kasih dan cinta kerana Mu, kerana dakwah dan perjuangan agamaMu, bertemu kami kerana Mu, berpisah jua kami kerana Mu, ukhuwah kami kerana Mu, Jadikan ia pengikat kami menggapai syurgaMu.

”Ya Allah, tiada apa yang kami harapkan, keinginan, kehidupan sementara di dunia ini, diperhentian ini, dalam perjalanan kami menemui Mu, hanya mengharap belas rahmatMu, berkat kasih Mu.

Amin ya Allah. Amin ya Rabb. Engkaulah Tuhan Yang Mengkabulkan permintaan hamba-hambu ini.

1 comment:

  1. kenapa fazwin muke die lain macam? mohon siasat

    ReplyDelete

Sila la Komen