Wednesday, October 17, 2012

Gurindam malam

Jika mahukan sesuatu yang tinggi nilai harganya,
Pastikan berusaha mencari harta,
Namun, tidak dinilai dari jumlah hasilnya,
Tetapi pada usahanya.

Jika merasa diri begitu berharga,
Dimanakah nilai dan tandanya?
Kayu ukur apakah yang mengkhabarkannya?
Mungkin silap telinga yang mendengarnya.

Jika Islam dikatan perhiasan,
Adakah ia sekadar perkataan,
Cinta Allah dilafazkan,
Cinta Rasul yang dipintakan.

Jika dakwah yang dikerjakan,
Betulkah ia medan yang diimpikan?
Atau sekadar wasilah impian,
Mengejar hasrat yang dipendamkan.

Jika dalil mampu dihujahkan,
Sekadar menunjuk ilmu kepandaian,
Tidak dibuat melalui amalan,
Murka Allah yang kelak dijanjikan.

Bukan ku alim ilmu agama,
Apatah lagi bahas bicara,
Sekadar ingatan kasih bersaudara.
Mohon maaf terkasar kata.

#baru balik KL. Penat nak tido. Kah3

3 comments:

  1. Jika dalil mampu dihujahkan,
    Sekadar menunjuk ilmu kepandaian,
    Tidak dibuat melalui amalan,
    Murka Allah yang kelak dijanjikan.

    #terkesan di hati..tidak mampu berhujah dan tidak buat amalan lagi sgt2 teruk dari yang pandai berhujah tetapi tidak buat melalui amalan. terima kasih..

    ReplyDelete
  2. muhasab mcm2 cara boleh...
    sama2 bermuhasabah bro..

    ReplyDelete

Sila la Komen