Thursday, April 26, 2012

Nafsi = Diri sendiri

“ Enta ni , cuba laa faham sahabat sikit, dia tu bla3xjuta…” ataupun kita biasa dengar, “ Kau best la tak pegang apa2 jawatan, pegang pun tahap kuli je, aku ni (dengan riak nya) bla3xjuta…. cuba la faham keadaan aku”. Baru-baru ni sibuk cerita tetang memahami sahabat/kawan/geng dan sebagainya.

Kadang-kala kita sering lupa untuk cuba memahami diri orang lain, pada masa yang sama kita hanya memahami keadaan diri sendiri. Akhirnya mendatangkan sifat mementingkan diri tanpa kisah keadaan orang2 lain.

                     Memahami sifat, perangai, ataupun style seseorang bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi semua itu, kita HARUS belajar. Pemerhatian, penilaian, cara percakapan, pertuturan dan sebagainya itu adalah wasilah pembelajaran untuk kita.

                    Tapi, walau apa2 pun, janganlah kita mengharapkan orang lain untuk memahami perasaan diri kita. Sebab apa? Tiada siapa yang lebih mengenali diri kita melainkan diri kita sendiri. Kata ulama’ “ man a’rafa nafsahu faqod a’rafa rabbahu” “ Barang siapa mengenali dirinya sendiri, maka dia mengenali Tuhannya.”.

DSCN0258Cari lah ruang dan peluang untuk bermuhasabah, menitiskan air mata demi cinta Tuhan Yang Menciptakan, bukan demi cinta manusia YANG DICIPTAKAN.

1 comment:

Sila la Komen