Sunday, March 4, 2012

Cikgu

Akhirnya hari yang ditunggu tiba. Aku diminta untuk menggantikan tempat kawan aku untuk mengajar tuisyen. Aku diminta untuk mengajar subjek matematik . Matematik? Macam tak percaya! Subjek paling aku benci. Rupanya2 matematik tahun 3. Fuih lega dengar.

Seawal 10.00 pagi aku dah gerak dari rumah. Punya la excited nak mengajar. Sampai di tempat tuisyen, aku baru lihat 2,3orng pelajar. Kelas mula 10.30 pagi. Aku lepak di rumah kawan membelek2 silibus buku dorang.

cikgu110.30 pagi start kelas. Aku macam blur. Dorang bertambah blur. Aku taaruf kn diri. Mungkin sebab kali pertama mengajar. Aku tak tahu macam mana nak start. Aku tanya pasal sifir, nak test pelajar2 aku. Ada yang hafal sampai sifir 5, ada yang tak tahu langsung. Untuk permulaan kelas aku ajar dorang sifir 9 guna jari, kelakar gila.

Dorang panggil aku ustaz, adui, macam ajar PAI ja, kdg2 aku bahasakan diri abg, kdg2 ustaz. Apa aku tengak budak2 ni, ada yang cerdik, cerdik sangat. Yang slow , slow sgt2. Sedih ya rabbi. Aku cuba beri2 nasihat, “ Jangan risau, ustaz dulu, dalam kelas selalu dapat no last jugak” TIba2 ada yang sambung, "Eh sama la dengan saya ustaz” . 2orang yang yang cakap macam tu. Tergelak aku.

CaptureMacam2 perangai ada, Tapi comel2 budak2 ni. Nak marah tak sampai hati. “ Ei, ustaz ni gelak macam perempuan lah!” tiba2 sorang budak perempuan sound. Peh, kurang asam jawa punya budak.

Pastu ada seorang budak perempuan ni, mengada2. “Saya ada pakwe ustaz, hensem, ustaz tak hensem, dia lagi hensem” Aku mengajar, buat tak tahu. Tapi dia still cakap, “Ustaz tak hensem, ustaz tak hensem”. Aku sabar lagi. Tiba2 dia amik maker pen, dia lukis aku, pastu dia tulis ustaz tak hensem. Ni betul2 menguji ni,aku pn cakap, “ Eleh, awak tu macam la cantik sangat!” Pastu kawan dia sambung, “ Dah la hitam, ganaz, tak cantik!”

Ustaz jahaaaat, ustaz jamal (cikgu yang sebenar) lagi baik” dia merajuk. hahaha. Lawak gila. ha amik ko padan muka. Setengah jam terakhir aku buat pop kuiz, aku bahagi kumpulan, semua excited nak main.

Lepas dorang dah tahu markah, aku nak bincang jawapan, tapi mak ayah dorang dah sampai, aku pun lepas dorang tuk balik.  Baca surah al-asr, pastu balik, berakhir tugas aku harini, semoga Allah berkati apa aku buat untuk kanak2 tu harini. Semoga kita jumpa lagi, Danial, Azwan, Hani, Anis, Afiqa, Fatiha.

11 comments:

  1. wah..kelakar bebudak skrg ne..
    sbr je lah ye.:)

    ReplyDelete
  2. “Saya ada pakwe ustaz, hensem, ustaz tak hensem, dia lagi hensem”
    hahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. tu la budk2 skrg... layan je la...

    ReplyDelete
  4. wah..bagus tu... ^_^ menjdi pengajar itu mudah..tetapi , mjadi pendidik bukan mudah..

    ReplyDelete
  5. sekeh je... bru dierg tau... huhu.. tp betul la ckp bdak tu...huhuhu....

    ReplyDelete
  6. Ckin Kembaq
    mmg susah nk jd pendidik... kne didik diri kita dlu..

    mimie:
    mmg la best.. tp.. sabo je la..

    don:
    ana sedar diri ni...

    ReplyDelete
  7. hahah..bagus nyer dapat ajar budak2 ..teruskan usaha..tapi series saya x suka klu cikgu asyik tumpu pada pada budak pandai jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk dlu jnis y cmne? Pndai ke x?

      Delete
  8. Uish.. kalo jd cikgu, mana boleh diskriminasi antara pelajar cerdik dan kurang cerdik!

    -GPK HEM-

    ReplyDelete

Sila la Komen