Wednesday, March 21, 2012

Umur = Tua

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Umur umatku antara 60-70 tahun,hanya sedikit yang lebih dari itu.” (Hadith Riwayat at-Tirmidzi).

Bila datangnya hari jadi aku, hadis ni pasti bermain-main kat kepala otak ni. Ya Allah, berapa tahun je aku ada masa lagi untuk mencari redha dan rahmat Allah. Sibuknya kita kat dunia ni, jika di tanya pada diri sendiri, sehari 24 jam, berapa banyak masa kita peruntukan untuk Allah?? Lu fikirlah sendiri~.

Apa2 pun, untuk tahun ni, aku malas nak ‘besday’ sangat, aku hide notic kat fb, bila ‘besday’ aku pergi program. Buat mcm tak ada menda berlaku la katakan. Tapi agak terharu la, dalam pukul 12.30 pagi lebih kurang, ada la seorang sahabat wish selamat hari jadi kat aku, dah lame tak contact tapi still ingat, ni orang cakap, wish tu tak penting mana, tapi doa kita, ingatan kita kat sahabat kita tu lebih penting. kn?

Pukul 2.30 am, adik aku mesej, aku dapat anak sedara!! Muhammad Anas Lutfi. oh aku jadi pakcik! Excited kot.

kek saya

Esok malamnya tu, kawan2 belanja makan, ikan siakap 3 rasa, peh terbaik. pastu beli kek, dapat hadiah. Terharu jugak la. Ni 2nd time kawan celebrate harijadi kt sini.

Apa2 pun, bukan belanja, makan tu yang nak dipointkan, yang penting ingatan kita kepada seseorang, tu la kawan.Terbaik la.

Harini plak, dapat result spm, adik aku dpt 7 A 1 B 1 C, bahasa melayu B, C bahasa Inggeris, terbaik la. Yang PMR sorang haritu dapat 9 A, peh, bijak2 budak2 sekarang, kenapa la aku jadi budak dulu2, Smile with tongue out.

8 comments:

  1. YDP BADAR.
    sanah helwa ya akhi.
    May Allah bless u always.

    ReplyDelete
  2. sanah helwa YOP BADAR ...presiden badar..

    ReplyDelete
  3. manfaatkan masa sebaik-baiknya..
    btw,dah jadi p.cik..semakin tua dah..
    semoga amalan fardhi juga semakin meningkat

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah.. semakin meningkat usia kite. semoga meningkat juga amalan kita..

    ReplyDelete

Sila la Komen