Ayat itu diturunkan berkaitan dengan sekelompok orang Bani Najjar yang suatu ketika bertanya kepada Rasulullah saw " Wahai Rasulullah , sesungguhnya kami ini sering merantau untuk berniaga. Bagaimana cara kami melakukan solat ? (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
Walaupun ayat 101 surah an-Nisa' menceritakan keadaan yang ketakutan, solat jamak dan qasar juga boleh dilakukan ketika musafir dalam keadaan aman. Manakala disebut dalam satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Anas beliau berkata "Rasulullah s.aw.apabila berangkat dalam perjalanan (rehlah) sebelum tergelincir matahari, Baginda akan menta'hirkan Solat zuhur ke asar. Kemudian baginda turun (berhenti).Baginda menjamakkan kedua-dua (zuhur & asar). Maka jika sudah tergelincir matahari seblum baginda berangkat, baginda solat zuhur dulu kemudian baru naik kenderaan.
Berbalik kepada topik, sekiranya kita melakukan solat Jumaat ketika musafir, kita boleh menjamak (menghimpun) dengan solat asar. Begitu juga sekiranya kita sudah solat Maghrib berjemaah dengan penduduk tempatan, kita boleh terus melakukan solat Isyak qasar sebagai jamak taqdim.
Syarat dibolehkan untuk jamak ialah --->
1) Berada di Arafah dan Muzdalifah
kalangan ulama bersepakat bahawa jamak antara zuhur dan asar di arafah , maghrib dan isyak jamak takhir di Muzdalifah adalah sunnah seperti yang dilakukan Rasulullah saw.
2) Berada safar jamak antara 2 solat dalam musafir adalah harus menurut kebanyakkan ulama. Tiada musafir singgah atau sedang berjalan.
3) Kerana Hujan
Ulama mazhab Syafie membolehkan jamak bagi yang bermukim,iaitu jamak taqdim sahaja dengan syarat ada hujan ketika ihram (takbir) solat pertama, sesudah selesai solat yang pertama kemudian dimulakan yang kedua. Perlu diketahui bahwa rukhsah ini tertentu dengan orang yang solat berjemaahdi masjid yang datang dari jauh yang mengalami kesukaran dalam perjalanan. Adapun tinggal berdekatan masjid atau solat berjemaah di rumahnya atau boleh ke masjid dengan memakai payung , maka tidak dibolehkan mereka menjamak solatnya.
4) Sakit atau uzur
Imam Ahmad, al-Qadhi husain, al-Khathby,Mutawalli daripada ashhab as-Syafie' berpendapat bahawa menjamakkan solat kerana uzur(sakit) baik taqdim mahupun takhir dibolehkan kerana kesukaran. Sakit lebih kuat daripada kesukaran yang lain.Imam Nawawi berkata : " Pendapat ini dalilnya kuat.
; Demikianlah Wallhua'lam.
Ustaz Zahazan Mohamed
No comments:
Post a Comment
Sila la Komen