Friday, May 27, 2011

Pentingnya Doa dan Tawakal

Hari ini dalam sejarah , 7.30 pagi selepas dibelanja sarapan oleh Jo, Junior matrik, di kafe, saya dan nazmi bersiap untuk bertolak pulang. Nazmi pulang ke Perak manakala saya pulang ke Melaka. Cuaca mendung sepanjang perjalanan dari Kedah ke Perak.

Pada mula perjalanan, semua bermula dengan baik, tiba-tiba ketika baru masuk sempadan Perak, rasa mengantuk yang teramat. Tak pernah rasa begitu masa tengah bawa motor.

Tiba-tiba mata terlelap seketika, dalam 5-10 saat, bila sedar meter motor menunjukkan 120 km/h dan kedudukkan motor sedikit ke tengah. Subhanallah! Kalau la ada kereta atau lori tidak terbayang apa akan terjadi. Kemudian terus berhenti di R & R Simpang Pulai , membeli minuman nescafe dan solat duha, tidur sebentar di surau Petronas.

Beberapa jam selepas perjalanan, berhenti seketika di R & R USJ untuk solat Zohor dan Asar (jama' qasar). Motor diparking agak jauh dari tempat orang ramai,(depan pondok berehat) dalam hati berbisik, " Tawakkal tu ala Allah je la..". Kemudian terus ke surau untuk solat dan singgah ke kedai untuk membeli makanan tengah hari. Sampai di pondok duduk berehat baru perasan kunci motor tertinggal di motor. " Ya Allah gila ke pe aku ni..kalau la hilang". Spontan keluar dari mulut.Alhamdulillah perjalanan harini selamat dengan bantuan Allah s.w.t.

Itulah pentingnya kita perlu sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kadang-kala kita sering terlepas pandang perkara-perkara seperti ini. Alhamdulillah ya Allah , harini Kau telah menyelamatkan aku dari malapetaka.....

3 comments:

  1. gile bahaya kerul ...ish3..hati2 lain kali..penat sgt la tu program..tawakal pd Allah mmg penting

    ReplyDelete
  2. Salam wbt..

    Hikmah doa memang hebat.. Subhanallah.. Allahuakbar.. Maha penyayang.. Maha pelindung.. Maha segalanya.. Moga Allah memeliharamu..

    ReplyDelete
  3. yup.... pengalaman ngeri yang xboleh lupe...

    Maha Suci Allah yang Maha Melindungi....

    ReplyDelete

Sila la Komen